Saturday, October 4, 2008

Saingan EPL


Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sebagai peminat Manchester United (Manu), tidak dinafikan aku selalu mengikuti perkembangan bola sepak kelab tersohor ini. Pasukan yang digelar Red Devils ini memanglah sudah mempunyai penyokong di seluruh dunia. Aku sendiri, tidak fanatik sangat dengan Manu, tetapi kalau berpeluang ke Old Trafford, mesti rasa bangga melihat sendiri kehebatan pasukan ini di gelanggang mereka.


Sebenarnya, melalui pengurusan yang betul, bola sepak boleh menjadi produk yang sangat menguntungkan. Aku 'salute' dengan Sir Alex Ferguson yang telah menerajui kelab ini selama 21 tahun. Lama tu... Dalam tempoh tersebut, Manu berjaya merangkul 2 kejuaraan Liga Juara-juara iaitu pada 1999 dan 2008. Umur dah 70 tahun, tapi sangat dihormati rakan dan lawan.

Bagaimanapun, saingan liga English Premier League (EPL) musim ini ternyata sengit buat Manu. Kemasukan beberapa pemain hebat di dalam pasukan Liverpool dan Manchester City, agak menggusarkan. Begitu juga dengan penyertaan Big Phil Scolari di Chelsea, sudah cukup membuktikan, Manu kena bekerja 'lebih keras' untuk musim ini.

Tak semena-mena, ada berita yang agak mengecewakan Chelsea. Menurut Berita Harian 3 Oktober 2008, Didier Drogba tercedera dan perlu berehat lebih daripada 3 bulan. Ini sedikit sebanyak memberi hara
pan bahawa Manu masih boleh bersaing dengan kelab-kelab EPL yang lain.
CLUJ-NAPOCA (Romania): Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari kini gelisah memikirkan kemungkinan berdepan krisis kecederaan yang mampu menghancurkan permulaan tanpa kalah pasukannya selepas Didier Drogba tercedera ligamen lutut ketika seri 0-0 dengan CFR Cluj dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam.

Drogba bakal diketepikan dari aksi sehingga tiga bulan akibat kecederaan itu yang dialami awal separuh masa kedua di Stadium Dr Constantin Radulescu, kelmarin. Menyedihkan, dia baru sahaja pulih daripada masalah lutut yang mengenepikannya pada permulaan musim.

Saingan baru bermula, tapi Manu ketinggalan berbanding Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Hanya masa yang menentukan. Hero Tamil agaknya, kalah dulu, menang kemudian.. Buktinya, pada perlawanan di Ewood Park, Manu kalahkan Rovers 2-0 melalui Brown dan Rooney.

Blackburn Rovers 0-2 Manchester United
http://www.premierleague.com/page/Headlines/0,,12306~1412917,00.html

A goal in each half handed Manchester United a win over Blackburn Rovers at Ewood Park.

Wes Brown and Wayne Rooney were on target as United recorded back-to-back Barclays Premier League wins for the first time this season with a comfortable 2-0 triumph.

Brown nodded home Rooney's first-half cross and the latter clinically applied the first-time finish to Cristiano Ronaldo's cut-back.

Buat peminat Chelsea, Liverpool dan Arsenal, berhati-hatilah. We're back on track!








2 comments:

  1. peminat bola - makan bola @ tidur bola : tah kenapa jauh benor teman dengan bola ni...sekarang sibuk melayah dengan WWE aja...itu pun sukan juga ( walaupun sekadar cerita ) itu pun nostalgia yop.satu aktiviti orang kampung ( biasanya org tua2 ) duduk kedai kopi ( berjam2 ) tgk gusti - sampai sekarang , sebut apa aja pasal WWE.....ganas !!! itu cerita yop....

    ReplyDelete
  2. Sukan..memang tak masuk kepala aku. Entah kenapa, mungkin sebab rasa xde feel. Itulah sama atau bezanya antara sesama manusia yang membuatkan hidup ini penuh dengan Warna-warni Kehidupan...kan?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...