Friday, October 10, 2008

Isteri Najib Lebih Berkuasa?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.


Membaca posting terkini Dato' A Kadir Jasin mengingatkan aku tentang cerita rakan lama yang kini bermastautin di Australia, Kamal namanya. Semasa kami bertemu awal tahun 2007, dia bercerita pengalaman di bumi orang. Banyak perkara suka duka dia di tempat orang.


Satu ceritanya yang cukup menarik untuk kukongsi ialah ketika dia dalam penerbangan ke Eropah, dan transit di KLIA dari Brisbane. Dalam pesawat, Kamal terdengar bunyi suara perempuan bising-bising marahkan pramugari.


Rupa-rupanya, itu adalah suara Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Dato' Seri Najib Tun Razak.


"Hang tau, punyalah cerewet Rosmah ni," kata Kamal sambil menghirup teh ais di gerai Rojak Manjung ketika itu.


"Aku ingat apalah riuh rendah. Rupanya, dia marah kat pramugari. Tapi Najib cool aje. Terus ke Business Class. Rosmah ni, cengey, kuat bergaya. Tak tinggi mana, ketot je. Suaranya tak padan dengan badan."


Kami ketawa bersama mengenangkan Rosmah.


Perbualan kami tentang isteri Timbalan Perdana Menteri itu, terhenti setakat itu. Banyak lagi cerita lain yang kami kongsikan pada petang itu. Kamal pulang ke Australia tidak lama selepas itu. Entah bila lagi aku bertemu dengannya.


Apabila membaca posting Dato' KJ dalam blognya, beliau menyebut 'isteri' sebanyak dua kali. Aku rasa, Dato' KJ bukan orang baru dalam dunia kewartawanan. Mungkin dia bukan generasi Rahim Kajai atau Ishak Hj Mohammad, tapi pandangannya kritikal. Cuma, tidak sekritikal Allahyarham Tan Sri Samad Ismail.


Posting terbaru beliau membuatkan aku terfikir, adakah kita sekarang, terlepas dari mulut biawak, masuk ke mulut buaya?


Ferdinand Marcos, bekas Presiden Filipina, mati dalam keadaan hina, setelah ditolak oleh rakyatnya. Satu daripada puncanya ialah , di tengah-tengah ekonomi Filipina ketika itu yang membebankan rakyat, isteri Marcos, Imelda membelanjakan berjuta-juta peso Filipina untuk aksesori pakaian dan kasut mewahnya.


Apabila mengenangkan isteri bekas presiden Filipina itu, aku terfikir juga gaya Rosmah yang tak jauh dari gaya Imelda marcos yang terkenal dengan borosnya.


Tidak adil untuk aku menilai tanpa mengenali siapa Rosmah. Tapi orang seperti Dato' KJ mempunyai hubungan unik dengan golongan aristokrat. Pastilah maklumat itu bukan sembarangan maklumat.


Teringat aku isteri MB Perak, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, tak silap aku, Datin Seri Fatimah namanya. Baik perilakunya, sopan gayanya. Pertemuan secara spontan di Masjid Seri Manjung selepas solat Asar bulan Julai lalu membuktikan isteri MB itu berhemah tinggi.


14 comments:

  1. Cikgu..tengok sepintas lalu raut wajah Rosmah tu pun dah tahu kerenah dia macam mana.. Harap2 kalau najib jadi PM, dia tak ikut la telunjuk isteri dia tu..

    ReplyDelete
  2. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
    Pantun untuk Tirana:
    Apa dikupas buah peria
    Kalau sudah tahu pahitnya
    Di sebalik wanita penggoncang dunia
    Ada juga yang menghancurkan negara.

    Bukan semua perempuan pemusnah,
    Masih ramai yang menjadi serikandi.

    Tak begitu, Tirana?

    ReplyDelete
  3. SALAM UKHWAH !!!

    Saya link laman saudara...

    Semua orang kenalah terdidik, tapi tidak mesti mendidik, tapi kalau ulama, para guru dan pemimpin serta ibubapa tidak mendidik, rosaklah masyarakat dan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. Selamat hari raya. Saya link blog saudara.

    ReplyDelete
  5. Raja Marzuqi,

    Makaseh tinggalkan jejak.

    Buat Pok li,

    Makaseh juga tinggalkan jejak.

    Salam lebaran, buat rakan mayaku.

    ReplyDelete
  6. "adakah kita sekarang, terlepas dari mulut biawak, masuk ke mulut buaya?"

    apsal mesti masuk mulut?

    ReplyDelete
  7. Bro Pendekar,

    Makaseh ziarah blog saya.

    Saya umpamakan mulut, sebab ia tempat memasukkan apa juga sumber halal atau haram ke perut.

    Makan santan bersama pulut
    Makan berdua di hujung pondok
    Mulut bukan sebarang mulut
    Habis semua, penuh tembolok.

    ReplyDelete
  8. Cikgu Izzudin ni pandai berpantun ye.. Saya tak pandai nak membalas..

    Wanita penggoncang dunia.. goncangannya terlalu kuat hingga habis musnah satu negara..hancur berkecai macam serbuk roti..(serbuk roti ni saya guna untuk buat inti pai) hehehe

    ReplyDelete
  9. a'kum nak kongsi maklumat/bahan untuk ptk boleh tak. mana-mana website yang berkaitan untuk ptk.. terima kasih.

    ReplyDelete
  10. saya setuju cdg saudara. terima kasih kerana menasihat.

    ReplyDelete
  11. Zarul Hani,
    tinggalkan emel anda.

    Saya pun tengah penin cari bahan. Belasah je. Sama juga ke? Corpthone 8-15/11?

    ReplyDelete
  12. Azli, shukran.

    Teruskan menganalisis politik negara. Ingat, mata pena anda boleh mengubah pemikiran manusia.

    ReplyDelete
  13. Cikgu,

    Salam Ukhwah...blog yang menarik ...
    saya link blog ye!

    ReplyDelete
  14. sdr brhmnyior, 8-15/2008 sama, tapi di selatan... pening nak cuti sekolah kerja semakin banyak..tak dapat nak tumpu kursus, harap minggu depan ok la.. tk

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...