Tuesday, November 10, 2009

BERSETUJUKAH ANDA DENGAN JOSE MARIA AZNAR?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jose Maria Aznar adalah seorang Perdana Menteri Sepanyol satu ketika dahulu. Pemerintahannya tidak lama, tetapi ketika Perang Teluk, Perdana Menteri ini menyokong tindakan NATO dan Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, kecaman rakyat sendiri menyebabkan dia membawa pulang tentera Sepanyol dari Timur Tengah.

Baru-baru ini, dia mengeluarkan kenyataan ketika berucap di sebuah universiti. Setujukah anda dengan pandangannya?


Video: Former Prime Minister Of Spain Jose Maria Aznar Says All Jihadists Are Muslims.
 

Length of Full Interview: 4:29



 


(1:20) "I am very aware that not all Muslims are jihadists but all jihadists are Muslims. Let me be clear because this is something very sensitive. I am not saying or implying that we are confronted by Islam or that we are at war with Islam. What I'm trying to say is that there is a struggle within the Islamic world between moderates and radicals"
 
Who: Former Prime Minister Of Spain Jose Maria Aznar
Where: Georgetown University

6 comments:

  1. Salam sdr. Brahim

    Yang ini saya setuju.

    "I am very aware that not all Muslims are jihadists but all jihadists are Muslims"

    Yang di bawah ini pula persepsinya tidak betul. Beliau seolah menggambarkan Jihadists itu adalah golongan Radicals Muslim yang extream.

    "What I'm trying to say is that there is a struggle within the Islamic world between moderates and radicals"

    Beliau bercakap dalam keadaan buta tentang Jihad yang sebenar seorang individu Muslim.

    ReplyDelete
  2. apa yg dikata itu lebih penting daripada siapa yang mengatakan..

    betul: jihadist bukan extremist.

    spttnya beliau refer kepada extremist macam al qaeda.

    plg penting, mmg umat islam skrg terperangkap antara radikal dan moderate.

    sbnrnya takde pon istilah islam sederhana kerana islam itu sendiri mmg sederhana.

    yg jadi masalah bila org (ulama sendiri) yg tafsirkan islam tu salah dan sempit.

    kat arab saudi perempuan tak boleh bawak kereta. katanya itu hukum tuhan dan itu islam.

    adoi ai...

    ReplyDelete
  3. best juga perbincangan ni. Mampu mencambah dan mencapah pemikiran

    ReplyDelete
  4. Salam Khairi,

    Tak pastilah saya, sama ada jihadist = extremist atau sebaliknya.

    Tapi saya suka sekali membaca pandangan blogger, terutama Pakdin yang nampak matang dalam berhujah, mungkin faktor makan garam lebih awal.

    Tapi saya yakin setiap orang Islam tidak suka agamanya diperlekeh-lekehkan.

    ReplyDelete
  5. Pakdin,

    Saya teruja baca kisah penyanyi rap Peranchis yang memeluk Islam baru-baru ni. Berita tu di akhbar Ahad lalu, mengisahkan artis tersebut mencari ketenangan dalam Islam setelah mendapati dirinya sering berkonflik.

    Setelah memeluk Islam, apa yang dicarinya sudah ditemui. Allahuakbar!

    Basuh baju,

    Saya setuju Islam itu sudah cukup sederhana. Perihal wanita tak boleh memandu di Arab Saudi, rasanya perlu diubah. Tapi pihak berkuasa di sana mungkin melihat dari sudut lain, berbeza dengan perspektif kita.

    Apa pun, saya bersyukur di negara kita peranan wanita diiktiraf.

    Anjang,

    Ceko-ceko ah,.....hehehehe. Meh join bahas Hari Guru, nak?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...