Wednesday, November 18, 2009

Cikgu Doakan Kamu Berjaya Dalam SPM 2009

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bermula hari ini, 18 November 2009, soalan penulisan SPM 2009 akan dijawab 176 orang calon sekolah saya bersama 465,000 calon lain seluruh negara. Ia dijangka berakhir pada 16 November, bergantung kepada jumlah mata pelajaran yang diambil pelajar mengikut aliran.

Kepada pelajar-pelajar saya, tiga perkara yang cikgu ingin kamu tahu:

1. CIKGU SUDAH MAAFKAN APA JUGA KESALAHAN KAMU.

2. CIKGU SUDAH HALALKAN ILMU YANG CIKGU CURAHKAN SELAMA INI KEPADA KAMU.

3. CIKGU SENTIASA DOAKAN KAMU BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN DALAM PEPERIKSAAN INI DENGAN MUDAH.

Jangan lupa, hubungan kamu dengan Allah hendaklah dipelihara. Dapatkanlah restu ibu bapa, sebab ia sangat penting untuk kamu menjawab dengan tenang dan aman. Percayalah, restu dan rahmat ibu bapa serta guru akan memudahkan kamu menjawab soalan dalam peperiksaan.

JUMPA LAGI SEMASA MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM PADA MAC 2010!


6 comments:

  1. moga anak2 yang mengambil spm tahun ni berjaya dalam bidang mereka masing2, amiinnn

    ReplyDelete
  2. semoga anak murid masing-masing berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini

    ReplyDelete
  3. Maksu,

    Makaseh singgah. Kita doakan. Mak dan ayah pun pasti mengharapkan anak-anak berjaya

    ReplyDelete
  4. Anjang. Moga-moga...

    Amir,

    Semua cikgu ada harapan yang sama, agar muridnya cemerlang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...