Tuesday, November 3, 2009

Kalau Tersalah Bertindak, Mengakulah..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisah penangkapan Dr. Mohd Asri (Dr. MAZA), bekas mufti negeri Perlis baru-baru ini, bukan sahaja menggemparkan, malah ia menjadi tajuk utama dalam media massa minggu ini. 


Penangkapan beliau dilakukan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS di sebuah premis persendirian, ketika beliau sedang mengadakan kuliah bersama 300 orang pendengar. Alasan JAIS ialah Dr. MAZA tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah agama.



Malang sekali, cara yang dilakukan oleh JAIS tidak menampakkan kematangan dalam bertindak. Dengan diiringi oleh sepasukan anggota polis, drama penangkapan tersebut seolah-olah kelihatan untuk memberkas penjenayah yang berbahaya.


Tidak cukup dengan itu, Dr. MAZA dituduh menyebarkan fahaman Wahabi, yang mana beliau sendiri menafikannya.


Tuduhan terbaru adalah beliau dikatakan mempunyai kelayakan palsu dari sebuah universiti di Jordan.


Selepas ini, rakyat tertanya-tanya, apa pula tuduhan yang bakal dikenakan ke atas bekas mufti tersebut.


Sebelum lebih banyak fitnah dan alasan JAIS untuk mengiakan tindakannya, saya menasihatkan pihak yang berkenaan, kalau tersalah bertindak, mohon maaf segera. Jangan disulitkan keadaan yang sudah kelam kabut ini.

Percaya atau tidak, penyelesaiannya perlu disegerakan. Jika tidak, lebih banyak kemudaratan yang berlaku. Malah, imej Islam sendiri akan tercalar.



Tambahan pula, semakin lama, semakin ramai akan bersimpati dengan Dr. MAZA. Ini tidak baik untuk imej jabatan agama. kerana masyarakat melihat seolah-olah, ia memusuhi ilmuwan dan alim ulama.




7 comments:

  1. kan?
    ke nak buat GEMPARK MUKA SURAT DEPAN PAPER JER...
    ye la..
    kasi selindung apa apa berita lain..

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Barahim

    Inilah akibatnya bila bertindak tanpa berfikir. Sudah tersasul baru gelabah. Malang sekali bila sesuatu jabatan di ketuai oleh manusia berotakkan lutut.

    ReplyDelete
  3. Shushah nak komen ni, tak tercapai pengetahuan hamba, cakap karang takut salah, baik aku diam.
    just wait and see

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Cikgu Izuddin. Kalau pun Dr Maza itu ada buat salah dan silap, bukan dengan cara menangkapnya begitu..kan boleh panggil berbincang secara tertutup supaya tak kecoh.

    ReplyDelete
  5. Iya Kak.

    Sekarang ni, Kerajaan Selangor pun dah panggil JAIS untuk jelaskan isu ni.

    Jenuh la Pengarah JAIS nak defend tindakan anak buahnya. Tapi dah namanya Pengarah, dialah yang bertanggungjawab. Mustahil dia tak tahu..

    ReplyDelete
  6. Pakdin,

    JAIS mesti menanggung akibatnya bila bertindak tanpa menyediakan pertuduhan. Sudah terhantuk baru terngadah.

    Malang sekali,tindakan JAIS dilihat ada agenda tersembunyi sebab JAIS memberi alasan demi alasan, tetapi semakin banyak alasan, ia menjadi makin tak keruan.

    ReplyDelete
  7. Kak Tirana,

    Dari kaca mata saya, kak dan masyarakat, kita sependapat. Dr. MAZA tidak buat kesalahan. Selama ini saya mengikuti blognya, memang pandangannya kritis, tapi ada hujah.

    Mungkin mufti lain tidak seberani dia. Itu bukan tiket untuk JAIS malukan dia.

    Dia bekas mufti. Bukan calang-calang.

    Teringat arwah Datuk Ishak Baharom. Arwah juga pernah dimalukan...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...