Monday, November 23, 2009

Menipu Atau Tidak, Peranchis Tetap Layak Ke Afrika 2010

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kontroversi bola terkena tangan penyerang Peranchis, Theiry Henry dalam play-off menentang Ireland baru-baru ini memang menguji kemampuan FIFA. Apa tidaknya, dua orang kuat FIFA, iaitu Sapp Blatter dan Michel Platini  mengambil sikap senyap berhubung perkara tersebut.

Dalam perlawanan di Paris itu, Peranchis layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Jun 2010 setelah Henry menolak bola ke arah William Gallas, seterusnya menyumbat masuk bola ke gawang Ireland. Sebelum itu, bola tersebut sudah jelas terkena tangan Henry yang cuba mengawalnya daripada keluar.

Kemenangan 1-0 sudah memadai untuk Peranchis layak ke Piala Dunia berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Ini bermakna, Peranchis akan menyertai 31 lagi pasukan negara yang beraksi di pentas tersebut.

Eric Cantona, lagenda bola sepak Manchester United, menyelar tindakan Henry, manakala Zinadine Zidane, bekas pemain Peranchis yang pernah menjulang Piala Dunia, tetap mempertahankan Henry sebagai 'tidak menipu'.

Henry pula, ketika mengulas kontroversi tersebut, menyalahkan pengadil, yang didakwanya gagal melihat dan menyedari kesilapannya. Dia juga tidak menafikan perbuatannya, tetapi tetap beranggapan ia di luar kawalannya ketika itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fikirkan:

1. Jika aksi tangan Henry gagal menyebabkan jaringan gol, ia tentu tidak menjadi berita panas.

2. Ireland memohon diadakan play-off kali kedua. Kalau pemain Ireland yang melakukannya, adakah Peranchis berdiam diri? Tentu tidak..



3. Bola sepak dianggap sangat penting di sesetengah tempat, sama seperti rakyat Malaysia yang sangat suka menonton Liga Perdana Inggeris, walhal seorang pun pemain Malaysia tiada dalam mana-mana pasukan.



2. Pemain Malaysia guna tangan selama 90 minit pun, belum tentu dapat ke Piala Dunia....Hehehehe..

4 comments:

  1. Aku dah lama tak menonton bolasepak malaysia. Dulu ada juga minat seksikit nengok bolasepak Perak. Rasa buang masa, tiada kualiti. Gempak je lebih

    ReplyDelete
  2. ayat yg last tu bro.. ahahah.. pemain malaysia klu main, keeper lawan siap boleh baring lagi.. defend je buat keje.. haha

    ReplyDelete
  3. Anjang, aku pun jarang-jarang tengok. Dulu pernah lah ke Stadium Perak. Tp sekarang, kat TV pun aku tak tengok. Baca paper je. Tambah menyampah nengok final Piala Malaysia baru-baru ni. Main pun, hampeh.

    ReplyDelete
  4. Amir,

    Salah tu, keeper lawan takleh baring, diorang kena tido. Hahahahahahaha...

    (Nanti FAM mesti marah kat kita, sebab kutuk lebey... Tapi ni hakikat, kan?)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...