Monday, November 2, 2009

Tatu "Cinta Monyet"

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dia berumur 15 tahun, dan baru selesai menduduki PMR. Pelajar lelaki ini sedang menyanyi -nyanyi kecil ketika terserempak dengan saya.

Rupanya  dia bertatu. Peliknya, tatu tersebut bukan tatu yang biasa dilihat. Ia adalah kesan torehan pada lengan kirinya. Tertulis nama "Ainon".




"Siapa? Makwe kamu ke?" Saya mencungkil rahsia tatu itu.

Dia tersengih. Nampak riak cuak di wajahnya.

"Dah lama, cikgu. Dah tak ada apa-apa." katanya dengan sengih kelat yang dibuat-buat.

Saya membelek-belek lengannya. Kesan torehan itu pasti dibuat sendiri.

"Mengapa kamu toreh lengan kamu? Tak sakit?"

Dia diam tak menjawab.

"Ainon ni, pelajar kita?"

Masih sengih dengan riak tidak selesa ditanya begitu.

Dia sanggup mencederakan lengannya semata-mata ingin 'membuktikan' cintanya kepada kekasih hatinya. Apa pula balasan si gadis kepadanya?  Jika difikirkan, macam-macam andaian yang boleh dibuat.

Demi cinta, apa sahaja sanggup dilakukan.

Penangan cinta monyetlah katakan.

8 comments:

  1. Remaja yang mengalami kecelaruan emosi akan bersikap begitulah..mengikut nafsu dan kata hati tanpa menggunakan akal fikiran. Di mana mak ayah sebagai pembimbing kepada remaja yang di bawah umur ini?

    ReplyDelete
  2. Entahlah kak Tirana.

    Sulit untuk saya jawab. Yang pasti, remaja kita memang mengalami kecelaruan personaliti.

    Akal ada, tapi tak digunakan. Dalam hal ini, rakan sebaya banyak mempengaruhi. Berhati-hatilah dengan rakan sebaya anak-anak kita. Biar kita tahu dengan siapa dia berkawan, apa jenis kawannya,..

    ReplyDelete
  3. macamana tu yop.
    kalau dulu setakad ' toreh ' kat pokok aja....
    serius ni.
    beberapa persoalan.
    dia tak sakit ke
    macamana untuk hari2 seterusnya....

    aduhai remaja kut.....
    yop pinjam gombo...

    ReplyDelete
  4. Bro Jinggo,

    Camane apanyer, udah bertoreh, parut le yang tinggey.

    Foto tu saya amik peh soal jawab dengan dia. Dia bagi saya 'usik' dan tangkap gambo parut tatu tu..

    Sian, budaknya memang tgh celaru, spt kata Kak Tirana.

    ReplyDelete
  5. Mak ai, dia toreh ngn apa tu. itu bukan objek tajam. Most probably oleh benda tumpul dan panas atau berasid.

    mungkin api rokok atau kumbang cali.

    ReplyDelete
  6. cikgu..salam.

    ikut hati mati..itu kerana ikut hati, bukan akal..semoga murid tu membesar dgn kesedaran yg apa yg dilakukan merugikan diri sendiri dan x menguntungkan sesiapa. cikgu, saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. muda2 memang keinginan hati jadi keutamaan. :p

    ReplyDelete
  7. saya boleh kategori kan budak tu sebagai lelaki kurang macho.. betul?

    sebagai lelaki, kita harus menunjukkan ke'macho'an kita secara spontan.. bukan dibuat2 atau mencederakan diri sendiri..

    ReplyDelete
  8. Khairi,

    Apa juga alatan yang digunakan, saya pasti dia kesakitan kulitnya ditoreh.

    Wilda,

    Saya setuju. Zaman nakal memanglah ikut kehendak hati. Apabila semakin dewasa, kita akan tersenyum sendirian memikirkan betapa 'jahilnya' kita ketika itu.

    Amir Arif,

    Tepat sekali. Remaja lelaki ini tidak hensem, pendek dan tiada kelebihan akademik. Mungkin dengan menoreh lengannya, dia anggap lebih macho, tapi sebenonya hancus...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...