Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza, Satu Penilaian Peribadi.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada tarikh 23 November 2009, syarikat pengeluar kereta kedua negara telah melancarkan model MPV terbaharu iaitu Perodua Alza. Model ini berkapasiti enjin 1500cc dikeluarkan di kilang Perodua di Rawang, menggunakan teknologi terkini khususnya adaptasi teknologi robotik Toyota.

Umum sudah mengetahui bahawa Perodua adalah usahasama dengan Daihatsu, anak syarikat Toyota, pengeluar kereta utama dunia sekarang. Tidak dapat tidak, sentuhan Toyota dalam melahirkan generasi MPV tempatan, pasti merancakkan industri automatif negara.


Alza menanti untuk dipandu uji

Semalam, saya sempat ke pusat pameran Perodua di Seri Manjung. Orang ramai, seperti juga saya teruja untuk melihat lebih dekat kelebihan Alza. Pengenalan harga yang berdaya saing pasti memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan nilai terbaik setanding pelaburan mereka.

Daripada pemerhatian saya, ia adalah model Myvi yang dipanjangkan chasisnya. Lampu hadapan dan kemasan dalamnya menarik, tetapi ruang untuk penumpang agak sempit berbanding Livina dan Citra. Ia memang kalah kalau dibandingkan dengan Avanza, sebab ruang Avanza lebih luas terutama bahagian tempat duduk belakang. Seorang rakan yang bersaiz sederhana, cuba duduk di belakang, tetapi kakinya kelihatan tidak selesa.

"Sempitlah belakang ni,"katanya memandang saya.


Dashboard mendapat sentuhan Passo Sette
 
Tempat mengisi barang Alza juga terhad, tetapi tarikannya ialah enjinnya yang sangat berkuasa. Ia menggunakan enjin yang sama dengan Avanza iaitu model 3SZ-VE. Dengan tubuh yang kecil, ia lebih  pecutan dan menjimatkan minyak.

Secara peribadi, saya kira Alza tak dapat menandingi MPV lain termasuk Proton Exora yang nyata lebih luas dan besar.  Apatah Exora mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna, dan pengenalan harga Exora untuk 'Basic Model' di bawah RM58,000 baru-baru ini, pasti merancakkan persaingan dengan pelancaran model Alza. Strategi Exora sebenarnya bukan sahaja dari segi harga, tapi ia mempunyai kelebihan lain yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli.
 


Alza
Exora
Livina 1.6
Avanza 1.5
Rondo
Innova
Kerb Weight
1,150kg
1,422kg
1,245kg
1,120kg
1,563kg
1,575kg
Length
4,205
4,592
4,420
4,150
4,545
4,580
Width
1,695
1,809
1,690
1,630
1,800
1,770
Height
1,620
1,691
1,590
1,695
1,650
1,755
Wheelbase
2,750
2,730
2,600
2,655
2,700
2,750
Track (F)
1,475
1,542
1,470
1,415
1,573
1,510
Track (R)
1,465
1,530
1,475
1,425
1,569
1,510
Fuel Tank
42L
55L
52L
45L
55L
55L
Power (hp)
104hp
125hp
104hp
108hp
142hp
134hp
Torque (Nm)
136Nm
150Nm
150Nm
141Nm
189Nm
182Nm
kg/Nm
8.45
9.48
8.3
7.94
8.27
8.65
Sumber: Paultan.org


Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

14 comments:

  1. Rasa hendak pergi alza, insyaallah aku pergi tengok hari ini

    ReplyDelete
  2. aku cadang nak tukar rusa aku tu dgn alza ni... tapi nak tunggu lepas setahun la... biar dah clear on the road dulu

    exzora... errr... rasa besar sangat la

    ReplyDelete
  3. Anjang, ko pergi dan nilaikan sendiri. Jika berkenan, jangan tunggu lama-lama..

    Booking terus, sebab duit banyak-banyak, bukan boleh bawak ke mati...

    Hehehehehe...aku 'perangat' nak suruh hang berhutang jer...

    ReplyDelete
  4. Shifu,

    Jangan tak jadi, sambar je sebijik.

    Hehehe.. Saya rasa Alza sesuai untuk orang anak kecik la, bang. Kalau anak dah besar-besar, tak sesuai gak.

    Anyway, elok tengok dan nilaikan sendiri.

    Cantik? Hmm.. Memang cantik. Cute dan tersendiri. Tapi Exora memang lebih besar.

    Tepuk dada, tanya poket, itu yang penting...

    Ngeh ngoh ngeh ngoh...:-)

    ReplyDelete
  5. Comel. Tapi kecik la mcm myvi je. Nak kena tgk sendiri gak ni :)

    ReplyDelete
  6. bab kereta ni..kak tirana tak expert. Selalunya suami aje yang menilai sesebuah kereta.. Apa yang dia beli, itulah yang kak tirana drive.

    ReplyDelete
  7. sebenarnya alza nie adalah klon dari abang yer....iaitu dari keluarga daihatsu...so kualiti mmg mengikut daihatsu

    ReplyDelete
  8. alza lebih penjimatan.......dan besar jugak....cume tngok dri luar exora besar sikit...tpi sebenayer space dlm tu same je cume alza rendah sikit je dri exora.....saya cakap mcm ni dbb saya dah ade kedua-duanyer

    ReplyDelete
  9. so anda paidailah fikirkan yg mane perlu....saye cdangkan belilah alzar sbb dunia hari ini minyak dah naik......so ape tunggu lagi...belilah barang yg menjimatkan..........

    ReplyDelete
  10. Kalau drive jauh mana lebih selesa?.. alza ke exora. Dengar cerita alza seat nya nipis.. betul ke. Saya tak tengok lagi

    ReplyDelete
  11. harga alza lebih menarik

    ReplyDelete
  12. sbelum ni pakai viva je. tabik kat viva memang lasak dah 4 thn enjin xpernah buat hal.. skarang dah beli alza..tak lah sempit spt yg dikatakan ramai.. yg penting selesa & jimat petrol..

    ReplyDelete
  13. saya baru beli alza..memang best..jumat minyak..nak u-turn laju pon tak gayat..bukan kecik mana pon, ok ja..

    ReplyDelete
  14. Baru nk servey alza...mcm2 org kata yg alza ni gtu lah gini lah...tp nampak ok ja...padan ngan harga....

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...