Monday, November 9, 2009

Lawatan Abang Chik Ke Zoo Taiping

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sabtu lalu, Abang Chik, anak ke-4 saya mengikuti lawatan ke Zoo Taiping anjuran TASKI ABIM tempat dia belajar. Mulanya risau juga melepaskannya, tapi saya menaruh kepercayaan penuh kepada guru-gurunya. Seronok benar dia ke sana.

Abang Chik di baris ke-7, belakang sekali!


Sebenarnya, anak saya yang ini tak pernah naik bas. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Dia begitu teruja naik bas ke Taiping. Tapi sepanjang perjalanan pulang dari sana, dia tertidur.

"Letih mandi di kolam air panas," kata cikgu pengiringnya.

Memanglah, tiba di rumah, 'melepek' dia tidur hingga hampir masuk maghrib.

6 comments:

  1. Sesekali kena juga biarkan mereka mencari pengalaman bersendirian tanpa ibubapa..InsyaAllah..Tuhan akan pelihara mereka.

    ReplyDelete
  2. mmg letih lepas mandi kolam air panas. Nak masuk seluruh badan ke dalam kolam amik masa sejam huhu. part kat tengah2 badan tu yang sukar tu cikgu haha.

    ReplyDelete
  3. Mmg anak2 kita teruja utk naik bas...zmn kita dulu sungguh teruja nk naik kereta! Terbalik kan?

    Zmn skrg juga kita terlalu bimbangkan keselamatan anak2...kdg2 nk keluar main pun rasa tak harap. Budak boleh kena culik wpun hanya keluar ke kedai runcit.

    Zmn kita di kg....bertebaran di seluruh pelusuk kg. Masa tu cukup selamat rasanya.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,

    Saya yakin dia dalam perlindungan Allah.

    Kelakarnya, abang-abangnya pulak nak ikut sama. Maklumlah, tak pernah naik bas. Tapi apakan daya, tempat dah penuh.

    ReplyDelete
  5. Asyiq,

    Dulu masa kecik, main polisentri dengan kengkawan. Walaupun jauh antara 100 meter hingga 300 meter jauhnya dari rumah, tetap selamat.

    Waktu itu, kes culik tak segerun sekarang. Rasanya, tak ada pun. Tapi kalau balik lewat sangat, mak selalu kata, "Nanti diculik hantu kopek, kamu ndak?"

    Jarang sangat kami balik selepas maghrib. Malam, tak berani nak kuar macam bebudak sekarang.

    Tapi pengalaman lalu mengajar saya, supaya tak benarkan anak-anak kuar malam sendirian. Bahaya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...