Saturday, November 7, 2009

Kita Sering Menghargai Apabila Kehilangannya


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


 Bahagian bergaris kesan pembedahan memasukkan besi di paha

Sebelum ini, dia sering ponteng sekolah. Nampak sungguh dia tak berminat untuk belajar. Awal tahun ini, kerap benar dia tidak hadir. Surat amaran sudah pun dikeluarkan, tapi sikapnya tetap sama.

Tidak lama kemudian, pada April 2009 kami mendapat berita dia kemalangan ketika bermotosikal. Dia pun bukan berlesen. Ditabrak kereta dari belakang, mujur nyawa tak melayang.

Kakinya parah. Doktor beri dia cuti selama 6 bulan. Sesuatu yang mungkin dia dambakan selama ini. Tapi lebih malang lagi, kecacatannya kekal.

"Saya mungkin tempang, cikgu." Katanya ketika saya mengunjunginya untuk bertanya khabar.

"Saya rindu nak ke sekolah, cikgu."

Badannya susut, tetapi kakinya lebih lagi. Tulang pahanya terpaksa disambung dengan besi untuk tempoh yang agak lama.

"Sakit tak?" Saya memegang lembut pahanya.

"Kalau berjalan, sakitlah. Kalau kilat, ada rasa ngilu." Dia merintih perlahan. Suaranya pun seakan sayu minta simpati.

"Kamu cutilah dulu. Doktor ada beri sijil sakit, kan?. Selagi kamu mendapat cuti daripada hospital, kamu tak dianggap ponteng." Saya jelaskan kepadanya.

"Saya minta maaf, cikgu. Dulu saya selalu tak hadir ke sekolah. Sekarang, saya jemu berada lama di rumah."

Saya sendiri tidak menaruh harapan untuk dia cemerlang. Dia akan menghadapi SPM tahun ini, tapi apalah boleh diharap kerana sudah hampir 5 bulan dia tidak ke sekolah.

Belajar sendiri? Rasanya sukar untuk dia buat, apatah lagi dengan sikapnya sebelum ini kurang ambil berat soal pelajaran.

Dia kehilangan nikmat untuk berjalan dengan baik, mungkin kerana kecuaiannya sendiri. Ikut hati, mati; ikut rasa, binasa. Sudah takdirnya dia tempang, dan saya pasti dia menghargainya selepas kehilangan nikmat tersebut.



8 comments:

  1. hargailah apa yg kita miliki sebelum kehilangannya...

    ReplyDelete
  2. Mudah-mudahan itu menjadi pengajaran padanya dan pada kita semua. InsyaAllah, masih belum terlambat untuknya menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang asalkan semangatnya masih ada.

    ReplyDelete
  3. Ya Kak. Kita doakan.

    Saya harap dia cepat insaf.

    Kak, apa cite lah PGSM dan Dr. Asri ni. Ingatkan dah selesai, nampak PGSM ada isu lain, udang di sebalik batu.

    ReplyDelete
  4. Salam sdr. Barahim

    Itulah kita selalu alpa dan tidak menghargai bila ada bersama kita tetapi akan dihargai setelah kita ketiadaanya. Begitulah juga dengan Ibu bapa, hargailah sementara mereka bersama kita.

    ReplyDelete
  5. Sungguh kata Pakdin.

    Saya ada abadikan video dan foto ketika ayah masih ada, tapi ketika itu dia uzur. Ayah tinggal bersama saya untuk 2 tahun +, dan apabila dia tiada, kekadang rinduuuuu sangat..

    Rindu pada ayah, mak. Sayangnya dah tiada.

    ReplyDelete
  6. Tajuk entry ni terlalu besar makna yang tersirat.

    Ingat kan cerita apa tadi...haha.

    Sepjg usia sy...terlalu byk perkara yg dihargai hilang sebelum masanya. Terlalu byk moment indah yg sy ingin ulang semula. Cuma sy akur....apa yang ada skrg kena hargai betul2 spy tidak rasa kehilangan sgt sewaktu sudah tiada nanti...

    Saya suka perkataan "damba".

    ReplyDelete
  7. Asyiq,

    Selalunya manusia lupa dengan nikmat, sehinggalah apabila dia kehilangannya, barulah tersedar betapa pentingnya nikmat itu.

    Saya pun kekadang begitu.

    Damba, maknanya ingin, atau hasrat memiliki sesuatu... Damba Syugra, maknanya inginkan syurgalah, hihihihi

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...