Monday, November 2, 2009

JAIS Berlawak Ketika Tangkap Dr. Asri?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 
Dr Asri diiringi oleh polis ketika dibawa ke balai polis Hulu Kelang

SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.
Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu. Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.
   
"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.
Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.
Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.

Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.
Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.

 
Dr Asri kelihatan tenang, sedang dibawa ke balai polis Ulu Kelang

Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.
Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."
Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.
"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.
 
Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.
Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.
Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.
Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.
Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.
Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.
Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.

Komen saya:

JAIS perlu beri penjelasan mengapa Dr. Asri ditangkap, kemudiannya dibebaskan dengan bon, biarpun tiada pertuduhan. Janganlah berlawak dan berjenaka. Saya amat suka jika Ustaz Sharom Maarof, pegawai JAIS yang mengetuai serbuan itu memberi penjelasan lanjut. Pengarah JAIS pun hendaknya jangan senyap, sebab ini melibatkan kepentingan umum.   

7 comments:

  1. sebahagian perjuangan. sy penyokong ust Asri. :)

    ReplyDelete
  2. Salam sdr.

    Inilah masalah bila geng-geng bangang buat kerjalah konon.

    Satu jenis bengong ialah Hassan Ali, cuba sadara baca komennya

    ReplyDelete
  3. Komen Hasan Ali boleh dibaca di sini

    http://adukataruna.blogspot.com/2009/11/isu-maza-ditangkap-hasan-ali.html

    ReplyDelete
  4. Cikgu Izzudin,

    Sebab Dr Asri ditangkap ialah mengajar tanpa tauliah..Alasan yang tak logik. Nak menyampaikan ilmu Allah pun kena ada tauliah. Tauliah apa lagi yang diperlukan. Dr Asri dah ada PhD dalam bidang syari'ah pun. Tak cukup lagi ke tauliah itu. Jauh di sudut hati kak tirana, merasakan ada muslihat lain. Kita tunggu dan lihat saja perkembangannya.

    Orang yang terkinja-kinja menari atas pentas tunjuk body, dedah sana sini..tak ada pulak diorang nak tangkap. Ini orang yang elok sampaikan ilmu Allah pulak yang kena tangkap. Buta hati betullah siapa yang mengarahkan tangkapan tu dibuat.

    ReplyDelete
  5. Khairi,

    Saya pun. Hehehe.. Tidaklah fanatik, tapi saya sering membaca blog beliau di mindatajdid. Tak pulak nampak pelik penulisannya. Memanglah ada pandangan beliau yang bertentangan dengan pandangan semasa, tapi ia melibatkan perkara kecil, bukannya perkara besar dalam hukum agama.

    Ia seumpama pertentangan zaman sebelum merdeka, antara Kaum Muda lulusan Azhar dan Kaum Tua lulusan sekolah pondok Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  6. Dr Asri...satu nama yg sy dh kenal dr thn 1987 lagi sewaktu di tingkatan empat di Kolej Islam Klang. Berlainan kelas tapi seangkatan dlm kumpulan 'pelajar utara.' Amat mengenalinya sbg pelajar yg kuat semangat, tabah, tinggi cita2 dan sedikit agresif dlm tingkahlaku.

    Masih tak memahami sebab tangkapan ini dibuat...bekas mufti perlukah bertauliah beria2 serupa mcm ustaz biasa yg lain...aduhai!!

    Kita tunggulah perkembangan selanjutnya.

    Sepatutnya Dr Asri skrg menghabiskan studynya lagi di Lampeter, wales. Tak faham pula kenapa dia berada di Malaysia skrg.

    Cikgu Din buatlah entry utk perkembangan selanjutnya. Sy tak sempat nk meninjau2...

    ReplyDelete
  7. Pakdin,

    saya dah ke adukataruna, dan dah senaraikan di blog yang perlu saya kunjungi, Makaseh bagi cadangan.

    Cuma, bahasanya kasar sedikit, tapi ideanya menarik, sebab menilai dari sudut yang berbeza.

    Kak Tirana,

    Kita tengoklah perkembangannya. Saya pasti ada udang di sebalik batu.

    Asyiq,

    rupanya pernah mengenali Dr Asri? Kita tengoklah plot drama tangkapan ni, bagaimana kesudahannya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...