Thursday, December 9, 2010

Zina Semakin Membudaya..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

1. Sumber Berita Harian Online

“Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.”
17,303 setahun anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan di Malaysia pada tahun 2009. Ini bermakna 17,303/365 iaitu  47 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap hari di Malaysia pada tahun 2009 bersamaan 2 kelahiran anak luar nikah Melayu (Islam) dilahirkan setiap jam di Malaysia pada tahun 2009. Ini juga bermakna 47 kes zina yang menghasilkan kehamilan berlaku setiap hari di kalangan Melayu (Islam) pada tahun 2009.

Kita hanya bersikap 'tidak apa..'. Bak cerita Luncai yang terjun dengan labu-labunya, biarkan...

2 comments:

  1. Salam maal hijrah. Bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa, masalah ini akan menjadi lebih ketara dari masa ke semasa. Bahananya pula akan terasa apabila generasi ini mendukong negara kelak. Segalanya bermula dari diri sendiri (individu) dan innstitusi rumah tangga. Ibu bapa perlu lebih mengambil berat terhadap anak (dan anak buah) dan jangan leka serta alpa dengan ulitan dunia sahaja.

    wallahuaklam

    ReplyDelete
  2. oleh itu.hudud mesti dilaksanakan di malaysia bagi membendung masalah ini.jangan tertunggu-tunggu untuk melaksanakan undang-undang Allah.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...