Saturday, December 24, 2011

Ketibaan Van Baru Sekolah Menceriakan Tahun 2012

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam ucapan pada perasmian School Times, Timbalan Perdana Menteri menjanjikan van bernilai RM100,000 untuk kegunaan pihak sekolah.

Semalam 23 Disember 2011, hampir 3 bulan selepas janji tersebut, van Nissan URVAN yang siap dengan logo SMKBS telah diterima.

Van berkapasiti 14 penumpang dan berkuasa 3.0 cc dijanakan enjin diesel telah selamat tiba selepas maghrib. Pengetua dan saya sendiri telah menjadi saksi penyerahan dan penerimaan van tersebut.

Kepada Kementerian Pelajaran, khususnya YAB Menteri Pelajaran, sekalung perhargaan kerana menunaikan janji yang dibuat. Moga van baru ini akan mencetuskan semangat kepada warga SMKBS untuk lebih berjaya dalam menaikkan nama sekolah.

Pengetua menandatangani surat akuan terima




Jumlah penumpang 14 orang, keselesaan diutamakan
Tak dapat plet pandaftaran Perak, sebab didaftarkan di bawah nama KPM

Wednesday, December 21, 2011

Apabila Pemirikan Tidak Rasional

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Apa ertinya politik pada anda?  Pemimpin boleh datang dan pergi. Siapa pun tidak kekal, kecuali Allah. Baiklah, jika itu konsep asas yang kita percaya, bolehkah kita memahami erti wujudnya pembangkang dalam sebuah negara demokrasi? Pembangkang berfungsi untuk menjadi alat timbang tara, kuasa 'check and balance' yang bertanggungjawab membetulkan tindakan kerajaan yang memerintah.

Hari ini, kebencian terhadap kerajaan bukan disebabkan oleh usaha berterusan untuk membangunkan negara. Saya salin dan tampal satu kenyataan yang menunjukkan betapa segelintir rakyat hari ini hanya bermatlamat untuk melingkupkan UMNO dengan apa cara sekalipun.

"Peduli apa Pas nak buat negara Islam ka atau Pas nak buat negara Komunis janji Pas lawan Umno kami sokong.

Kalau Pas buat negara Islam tapi kawan dengan umno kami akan lawan dengan Pas. Kalau PKR tak makan rasuah tapi kawan dengan UMNO pun kami lawan PKR.

Asal Bukan UMNO semua kami sokong. Walaupun kami tau dalam Pas ada banyak anjing tapi nak buat macam mana dah Pas lawan UMNO kenalah kami sokong jugak."

Jadi, apabila Datuk Hassan Ali cuba membetulkan laluan PAS, beliau dianggap 'balaci' UMNO oleh Setiausaha Agung PAS sendiri. Saya makin tak nampak di mana relevannya PAS. Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan Datuk HAssan Ali. PAS semakin tersasar.

Anda harus tahu mengapa saya katakan begini. Saya antara pengundi yang memberi undi kepada PAS dalam PRU 2008. Saya juga pernah tidak bertegur sapa dengan arwah ayah saya kerana bercanggah fahaman politik dahulu. Saya antara orang terawal mengunjungi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas disytiharkan sebagai pemenang dalam PRU 1999. Ketika itu, saya melihat PAS sangat relevan dengan hati saya.

Kini, saya memahami mengapa Hassan Ali kecewa dengan PAS. PAS sudah berubah. Apa yang saya bimbangi dahulu sudah berlaku.

Saturday, December 17, 2011

Moga Ariff Alfian Rosli Sempat Bertaubat.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Heboh satu Malaysia apabila kisah seorang bekas pelajar tajaan Petronas dikhabarkan berkahwin sesama jantina di Dublin. Saya terkenang 'perjuangan Ambiga dan sekutunya dalam Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan tidak lama dahulu. Kebebasan berkahwin sesama sejenis,kebebasan mengamalkan hubungan diluar tabie seperti inilah yang cuba diperjuangkan oleh mereka.

Bekas pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli dilaporkan hilang pada awalnya tidak lama selepas melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian namun gagal. Dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya.
Hari ini punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.

Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menghayat hati ini.

Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.
 
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga.

Ingatlah kisah kaum Nabi Lut yang diceritakjan dalam Al-Quram. Paling tidak pun, ingatlah jasa ibu bapa yang membesarkan kamu, wahai Ariff. Moga kamu sempat bertaubat sebelum menutup mata. Jangan jadikan nafsu sebagai panduan hidup.

Thursday, December 8, 2011

Pelaksanaan SBPA untuk Kakitangan Awam Mulai 2012

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Perdana Menteri dalam pembentangan bajet 2012 telah mengemukakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menambah baik Sistem Saraan Baru (SSM) yang dilihat banyak kelemahan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi mandat untuk memastikan perjawat awam mendapat faedah dan manfaat di sebalik pelaksanaan SBPA nanti. Dalam kenyataannya, JPA hari ini memberi jaminan penjawat awam yang berpengalaman dan cemerlang diberi keutamaan bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam walaupun dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan 1 Januari depan akan membuka ruang kepada ‘orang luar’ menduduki sesuatu jawatan. Orang luar yang dimaksudkan adalah golongan ahli profesional tertentu yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan sitem perkhidmatan awam yang sedia ada.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, dipetik sebagai berkata, pengambilan orang luar hanya dilakukan apabila keadaan sangat diperlukan tetapi masih tertakluk kepada penilaian dan saringan ketat.

“Ini adalah sebagai persediaan. Apabila menyusun skim perkhidmatan, kita bukan hanya mahu mengatasi masalah sedia ada, malah melihat keperluan masa depan untuk generasi akan datang.

“Kita akan buat penilaian dari Jusa C, Jusa B dan seterusnya sehingga ke kumpulan Premier. Jika tiada yang benar-benar layak, barulah kita mencari bakat luar tetapi keutamaan tetap diberikan kepada penjawat awam yang berpengalaman dan cemerlang,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Justeru, katanya, dakwaan menyatakan sistem baru itu bertujuan membuang penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi baik menerusi dasar pemisah atau exit policy adalah tidak benar.

Beliau berkata JPA juga memberi jaminan tidak akan berlaku penganiayaan kepada sesiapa menerusi pelaksanaan skim baru itu.

Baru-baru ini, CUEPACS dilaporkan membantah cadangan membawa orang luar mengisi jawatan tertinggi sektor awam yang disifatkannya umpama menganaktirikan penjawat awam yang sudah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran tertentu.
Pada masa sama, pembangkang mengambil kesempatan menggesa kerajaan membatalkan dasar membawa masuk orang luar kerana bimbang berlaku pelantikan politik, selain boleh menyebabkan institusi perkhidmatan kerajaan bercelaru.

Abu Bakar juga menafikan skim baru itu akan mengurangkan tenaga kerja sektor awam, sebaliknya memastikan jumlah kakitangan kerajaan mengikut keperluan.

“Sejumlah 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA berdasarkan enam strategi inisiatif perkhidmatan awam iaitu kawalan saiz, kajian pertindihan fungsi, penjajaran fungsi utama, perkhidmatan boleh diserah urus, perekayasan proses kerja dan kajian semakan skim perkhidmatan,” katanya.

Sebenarnya, perkhidmatan awam adalah tunjang kekuatan sesebuah negara yang bergerak maju seperti Malaysia. Itulah sebabnya adalah pelik jika ada parti politik yang bercadang untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam atas alasan 'membazir'. Adalah baik jika satu kajian telus dibuat sebelum kenyataan bodoh dikeluarkan, seperti yang dibuat oleh seorang ahli politik di Johor dalam satu konvensyen tidak lama dahulu. 

Saturday, December 3, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia: Satu Penilaian Positif

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jika  kita kaji semula sirah Rasulullah s.a.w, ada cerita menarik untuk dikongsikan berkaitan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Semasa Perjanjian Aqabah ditandatangani, Nabi dimaklumkan oleh puak Aus dan Kahzraj bahawa ekonomi di Madinah dikuasai oleh orang Yahudi. Setibanya Nabi dari Mekah ke Madinah, baginda mendapati kebenarannya, apabila semua bidang ekonomi termasuk pemilikan telaga dimonopoli oleh orang Yahudi. 

Telaga amat penting untuk kelangsungan hidup masyarakat Madinah ketika itu. Ia membekalkan sumber air bersih bagi keperluan asas masyarakat. Malangnya, orang Yahudi mengenakan harga air yang amat mahal. Pun begitu, masyarakat terpaksa membeli air kerana tiada pilihan. Nabi Muhammad s.a.w melihat keadaan itu dan mencari penyelesaian terbaik untuk ummah.

Apakah yang dilakukan oleh Nabi? Baginda telah mengumpulkan wang daripada semua para sahabat dari kumpulan Ansar dan Muhajirin. Nabi berjaya memujuk seorang pemilik telaga Yahudi untuk menjualkan telaganya. Harga yang ditawarkannya tidak munasabah, dan sangat mahal. Pemilik telaga itu bercadang menjualkannya kerana mengikut perkiraannya, telaga usang itu sudah tidak mampu membekalkan air yang banyak. Walaupun harga telaga usang itu mahal, Nabi Muhammad s.a.w tetap membelinya.

Foto hiasan: Telaga merupakan sumber air bawah tanah
Dengan izin Allah, telaga usang yang dibeli itu mampu membekalkan air yang mencukupi. Nabi mengarahkan para sahabat menjualkan air dengan harga yang rendah dan mampu dibayar oleh masyarakat Madinah tanpa mengira lapisan masyarakat, baik Islam mahupun bukan Islam. 

Dalam masa yang singkat, telaga yang usang itu menjadi tumpuan masyarakat, manakala telaga lain milik orang Yahudi, tidak lagi menjadi pilihan. Ini kerana harga air yang ditawarkan berkali ganda lebih rendah berbanding telaga milik orang Yahudi. Walhal, kualiti air adalah sama.

KR1M: Lebih baik menyokong daripada menghentam. Rasional dalam bertindak
Akhirnya, orang Yahudi menyedari kesilapan mereka dan menurunkan harga air di telaga milik mereka. Jika tidak berbuat demikian, telaga mereka tidak dikunjungi oleh masyarakat.

Kesimpulannya, usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ada persamaan dengan cara kerajaan menangani inflasi. Kita harus melihat KR1M dari sudut yang positif. Jika ia mampu menawarkan harga barang keperluan yang lebih rendah daripada kedai biasa, mengapa tidak kita memberi sokongan, berbanding mengkritiknya semberono?

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda dan Rakyat Malaysia!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya puas dengan kemenangan skuad Harimau ke atas skuad Garuda dalam penentuan pingat emas penuh debaran semalam.  Jika kita membaca berita kemenangan itu, pasti rasa bangga menyelinap di dada. Hakikatnya, perlawanan 120 minit itu bukan mudah dihadapi oleh skuad Harimau di bawah kendalian Ong Kim Swee. Bermula minit pertama lagi, debaran demi debaran memuncak. Apabila skuad Indonesia mendapat gol pada minit ke-5 perlawanan, spontan saya menutup TV di dapur. Anak dan isteri yang menonton TV di ruang tamu pelik dengan sikap saya. 
Sebenarnya ia bukanlah sikap sebenar saya, cuma saya rasa seolah-olah putus harap dengan situasi ketinggalan satu gol. Bagaimanapun, isteri dan anak-anak terus menonton dan memberi sokongan. Saya pun kembali ke dapur dan membuka semula TV kecil tersebut. Kelakar rasanya apabila mengenangkan sikap tersebut. Jika pemain muda kita bersikap seperti saya, tentulah pintu gol Malaysia bolos lagi. 

Selepas 15 minit perlawanan, pasukan negara mula menyerap tekanan dan bermain dengan baik. Cuma peluang yang datang tidak dizahirkan dengan sempurna oleh Fakri Shaarani. Pelbagai kutukan dilemparkan kepadanya di fb. Tak keterlaluan jika dikatakan itu adalah reaksi spontan melihat kegagalan penyerang negara gagal menerobos gawang lawan. 
Akhirnya, gol yang dicari muncul melalui tandukan lemah Asraruddin yang mendapat umpanan Baddrol Bakhtiar. Ia sudah cukup untuk menyemarakkan smangat seluruh negara. Apa tidaknya, di rumah saya sahaja, ia gegak gempita kerana kami menjerit-jerit keseronokan. Isteri yang tidak pernah ambil tahu tentang bola sepak turut memberi ulasan selari yang kekadang melucukan. 

Anak-anak lelaki saya semuanya bergembira dengan gol penyamaan tersebut. Kami menonton aksi perlawanan dengan penuh debaran. Apabila penyerang Indonesia membawa bola ke dalam kotak penalti, debaran memuncak. Doa dan segala ayat lazim dibacakan anak-anak menyebabkan saya sedikit geli hati. Apabila tendangan sudut diambil oleh penyerang lawan, kami berdoa dengan harapan tiada gol dihasilkan. 

Pengadil juga tidak terlepas daripada kutukan. Pengadil kayu, bodoh dan rasuah, pasti dilemparkan terutama ketika pemain negara dibentes secara kasar. Ketika perlawanan menuju ke minit-minit akhir, Indonesia terus mengasak tetapi barisan pemain negara tenang mengawal, biarpun ada ketikanya kami cuak juga dengan 'gol offside' yang mujur tidak dikira.

Selepas masa tambahan, sampai waktunya penentuan kemenangan melalui sepakan penalti. Saya memang ada keyakinan Apek mampu mengawal gawang. Ketika Gunawan, pemain pertahanan Garuda gagal membolosi pintu gol, kami bersorak kegembiraan. Ada peluang untuk mendapat emas. Pun begitu, ketika Fakhri gagal menyempurnakan sepakannya, saya berkata kepada anak-anak, "Kalau kita kalah pun, kita kalah bermaruah. Pemain kita menunjukkan semangat yang hebat.."

Anak-anak yang turut berdebar hanya kumat kamit membaca doa. Ada rasa kecewa tetapi kami terus menunggu sepakan seterusnya dilakukan. Tiba giliran Ferdinand menendang bola, ramalan Apek tepat dan berjaya menghalang sepakan tersebut. Ketika itulah, kami menjerit lagi, sedangkan waktu itu, suasana Gelora Bung Karno seakan dilanda kebimbangan maha dahsyat. Penonton terpaku dengan kegagalan pemain mereka manakala TV menayangkan aksi Fadhli Shas dan Asraruddin yang mula terlompat-lompat kegembiraan. 

Ketika Baddrol Bakhtiar mengambil sepakan, kami berdoa dan sangat berharap tendangannya sempurna. Degup jantung sama lajunya dengan gerakan sepakan Baddrol yang ditampan oleh Kurniawan Miega, penjaga gol pasukan Indonesia. Tampanan itu bagaimanapun tidak kemas, menyebabkan ia perlahan-lahan masuk ke gawang dan melepasi garisan gol. Ketika itu juga, suasana di rumah saya gegak gempita sekali lagi. Saya yakin seluruh negara meraikan kejayaan sepakan Baddrol seperti mana keluarga kami.

Tahniah skuad Harimau Muda. Anda berjaya membuktikan kepada masyarakat Indonesia bahawa kita bukannya menang kerana nasib semata-mata, malah usaha yang berterusan menjadikan perlawanan tersebut sangat dramatik.

Sunday, November 20, 2011

Penghinaan Kepada Skuad Bola Sepak Malaysia di Sukan SEA 2011

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pertamanya, tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23, bimbing Ong Kim Swee yang berjaya ke final pada 21 hb November ini. Sebagai rakyat dan penyokong bola sepak, wajar kita memberikan sokongan penuh kepada barisan anak muda seawal 17 tahun hingga 23 tahun yang menunjukkan kualiti permainan yang boleh dibanggakan.

Kejutan yang paling besar tentulah apabila skuad negara mengalahkan skuad tuan rumah dalam perlawanan kumpulan dengan satu gol tanpa balas. Gelora Bung Karno menjadi saksi tumbangnya satu pasukan yang ego rakyatnya pelik. Rakyat negara yang mempunyai bahasa, agama dan sejarah rumpun yang rapat dengan kita, tetapi sifat dengki khianat terhadap Malaysia tidak pernah padam.

Bermula dengan kegagalan Presiden Soekarno mencapai kemenangan semasa peristiwa 'Ganyang Malaysia' pada 1963, ia berterusan disimpan sebagai dendam yang diluahkan melalui sikap mereka terhadap negara kita dalam apa juga keadaan.

Sama ada kita sedar atau tidak, isu Pulau Sipadan dan Ligitan, isu amah, Isu ladang sawit syarikat Malaysia di Indonesia dan seumpamanya, menjadikan pandangan sebahagian rakyat Indonesia terhadap negara kita sangat skeptikel. Mereka mempunyai stigma bahawa Malaysia suka mengambil kesempatan dan wajar mereka menunjukkan rasa tidak hormat kepada rakyat negara ini.

Menurut Buletin Utama TV3, belum pernah berlaku lagu terhadap mana-mana pasukan bolasepak di seluruh dunia samada ia bertaraf kelab mahupun pasukan kebangsaan yang menerima kawalan keselamatan yang sebegitu tinggi dan ketat daripada pihak berkuasa di sesebuah negara tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan sebagaimana yang pernah dan telah diterima oleh pasukan bolasepak Malaysia daripada pihak keselamatan Indonesia. Sewaktu perlawanan Indonesia menentang Qatar dalam pusingan Piala Dunia baru-baru ini, respons penyokong negara Garuda itu sangat pesimistik. Setakat menyokong  pasukan mereka dan boleh menerima kekalahan di tempat sendiri.

Sudah dua kali, skuad bola sepak negara kita terpaksa menaiki Barracuda, sejenis kenderaan perisai tentera Indonesia untuk pulang ke hotel penginapan. Pertama, ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF pada tahun lepas di Stadium Nasional Gelora Bung Karno juga. Skuad Harimau Malaya terpaksa dibawa keluar dari stadium dengan menggunakan kereta perisai tentera serta kereta kebal bagi mengelak mereka dari diganggu oleh penyokong yang berada di luar stadium.
 Kedua, sebaik saja tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia 17 November dua hari yang lalu di stadium yang sama, layanan serupa juga telah diterima oleh pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun ketika mereka keluar meninggalkan stadium terpaksa dibawa dengan beberapa buah kereta kebal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelak gangguan daripada penonton warga Indon yang tentunya tidak berpuashati dengan kekalahan 0-1 pasukan Indonesia ditangan skuad Harimau Malaya.

Jika difikirkan, pernahkah pasukan ternama seperti Brazil, Italy, Perancis, Sepanyol, Jerman, Argentina, Chile, Paraguay, Uruguay dan sebagainya menerima kawalan yang begitu ketat sekali seperti yang pasukan negara kita terima daripada negara Indonesia?

Begitu jugalah dengan kelab-kelab bolasepak terkemuka dunia seperti Chelsea, Manchester United, Liverpool, Manchester City dan lain-lain, belum pernah lagi mereka mendapat jaminan keselamatan yang begitu tinggi sekali daripada pihak berkuasa negara penganjur sebagaimana layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas pasukan negara kita.

Jikalau dianalisis secara jujur, tentu tindakan diambil oleh pihak berkuasa Indonesia yang membawa barisan pemain bolasepak negara menggunakan kenderaan perang milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan sendirinya telah menunjukkan kepada masyarakat dunia umumnya bahawa betapa kolot dan ganasnya rakyat Indonesia. 

Monday, November 14, 2011

Tidur Satu Fitrah Dan Keperluan Fizikal

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Foto MP PKR tertidur ketika sidang Parlimen. Adakah yang bermain dalam fikiran anda?
 Tidur adalah satu respons biasa tubuh badan apabila mengalami keletihan fizikal. Umum mengetahui bahawa manusia perlukan tidur dan rehat yang cukup bagi memastikan kita mempunyai bekalan tenaga yang dipulihkan untuk aktiviti berikutnya.

Kadangkala, tidur tidak mengira tempat. Ada orang yang miskin dan hidup gelandangan, tidurnya lebih mudah berbanding orang kaya yang tinggal di banglo pinggir kota raya. Tidur adalah nikmat yang Allah berikan kepada makhluknya. 

Tetapi berhati-hati ketika tidur, sebab anda tidak menyedari apa yang orang 'jaga' lakukan ketika anda sedang lena.

Saturday, November 5, 2011

Membanteras Salah Laku Homoseks Adalah Tanggungjawab Bersama

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selama ini, saya sering membaca luahan Bro Mazidul Akmar Sidek, seorang wartawan TV3 yang banyak membongkar kisah seks luar tabie oleh golongan homoseks di Malaysia. Perbuatan homoseks atau perilaku mengadakan hubungan intim sesama jantina  memang ditentang oleh semua agama, apatah lagi agama Islam.

Apabila Ambiga Sriverasan, yang disokong Majlis Peguam bersetuju merasmikan Pesta Merdeka Seksualiti, ia menggambarkan betapa kroniknya masyarakat kita kini. Marilah kita  menelusuri sejarah kaum homoseks menurut Al-Quran.
Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami
sepanjang timur laut (Dari Israel – Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Kisah Nabi Allah Luth a.s. mengikut Islam telah diceritakan di dalam Kitab Al-quran seperti mana dalam Surah Asy-Syuara;

“Kaum Luth telah mendustakan para Rasul”,(160)

“Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,”Mengapa kamu tidak bertakwa?”(161)

“Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,”(162)

“Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku”(163)”

Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam”(164)

“Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia”(165)

“dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas’(166)

” Mereka menjawab, ” Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir”(167)

” Dia (Luth) berkata, ” Aku sungguh benci kepada perbuatan mu”(168).

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri .” (QS. Al A’raaf, 7: 80-82)

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadom, sebuah kota di pinggir Israel sekarang.

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka.Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang.Akhirnya, Allah terbalikkan bumi di sekitar Kota Sadom, dan akhirnya mewujudkan lopak besar hari ini yang dikenali sebagai Laut Mati.

Semoga kita sentiasa dilindungi daripada amalan buruk ini.

Saturday, October 29, 2011

Pelancaran School Times Oleh TPM Mencipta Sejarah di SMKBS

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tanggal 27 hb Oktober 2011, tarikh yang tidak dilupakan oleh semua warga SMKBS apabila pihak New Straits Times Press (M) Berhad atau NSTP mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pelancaran School Times iaitu sisipan pendidikan di sekolah ini. Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Dato Seri Diraja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. 

Pihak sekolah mendapat kerjasama yang baik daripada agensi-agensi berkaitan seperti RELA, JPAM, Jabatan Kesihatan, PDRM dan staf NSTP yang banyak membantu melancarkan majlis yang dianggap sangat bermakna. Kedatangan TPM sempena program "Turun Padang" Ke negeri Perak Darul Ridzuan turut disertai oleh Menteri Besar Perak YABDato' Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Hj Supaat Tumin.

Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri turut memberi sumbangan kepada sekolah sebuah van untuk pengangkutan pelajar asrama dan sekolah bagi aktiviti luar yang bersesuaian. 

Majlis tersebut dipengerusikan oleh seorang guru Bahasa Inggeris, Pn. Norliza bt Saidi dan pelajar, Nur Nabilah bt Azhari dalam dwibahasa. Tahniah kepada semua warga SMKBS, kerana berjaya menjadikan program ini seperti yang dirancang.
Sebahagian daripada pelajar yang menyaksikan pelancaran School Times


Pelbagai gelagat pelajar sementara menanti kedatangan TPM


Cikgu Norliza dan Nur Nabilah menjadi pengacara majlis

Guru dan pelajar berbaris menanti ketibaan TPM


YAB TPM disambut dengan paluan kompang pelajar SMKBS



TPM menyampaikan ucapan perasmian pelancaran School Times NSTP

Pelajar yang mengambil bahagian dalam pelancaran School Times di pentas utama


Tetamu Khas bergambar dengan pelajar SMKBS




Sunday, October 23, 2011

Pelajar Kelas Belakang Sering Dipinggirkan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ramai orang beranggapan tugas guru mudah. hakikatnya, hanya guru yang memahami tanggungjawab untuk meng'insan'kan manusia. Bukan mudah menjadi 'jurutera kemanusiaan' berbanding jurutera permotoran. Secebis kisah yang ingin saya kongsikan di sini adalah kelompok pelajar yang sering diabaikan.
Dalam tempoh hari-hari terakhir menjelang SPM 2011, pelbagai usaha dilakukan oleh guru untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin. Impaknya tentulah keputusan peperiksaan yang lebih baik. 

Di sekolah, panitia Bahasa Melayu melaksanakan Klinik Intensif Mampu Lulus (KLIMS) yang bertujuan membantu calon SPM kelas belakang menjawab soalan subjek teras tersebut. Istilah 'kelas belakang' merujuk kepada kumpulan pelajar yang lemah dari segi kemampuan akademik, tiada motivasi dan sering dilabel dari sudut negatif sahaja oleh segelintir guru.

Kelas KLIMS ini sudah sering saya kendalikan mengikut jadual. hanya sekali seminggu sejak awal Oktober. Selebihnya mereka ikut jadual P&P seperti biasa. Semuanya pelajar lelaki. Ada sesetengahnya tidak mampu membaca. Itu tak boleh dinafikan, sebab kelemahan daripada sistem peperiksaan PMR membolehkan mereka yang tidak mampu membaca naik ke tingkatan 4. Hasrat KPM untuk mengurangkan keciciran pelajar pada usia remaja dilihat tidak mampu menyelesaikan lambakan pelajar 'kelas belakang'. 

Saya bertekad mengubah pandangan mereka terhadap kelas KLIMS, lalu membawa mereka ke Makmal Bahasa. Makmal Bahasa adalah kelas khas yang mempunyai pendingin hawa, Projektor LCD dan skrin besar seperti panggung wayang.

"Inilah Makmal Bahasa," Kata saya kepada mereka yang nampak seronok masuk ke situ.

"Sepanjang tahun ini, dah berapa kali kamu masuk  ke sini?" Saya bertanya mereka.

Semuanya terkebil-kebil memandang saya dengan pandangan yang penuh makna. Kemudian, seorang daripadanya menjawab, "Ini kali pertama, cikgu."

Kasihan. Mereka pun berhak untuk mendapat kualiti dalam P&P sebenarnya. Cuma, tak ramai guru yang sanggup melayan karenah sesetengah pelajar ini.

Alhamdulillah, sepanjang bersama saya di makmal tersebut, respons mereka amat memberangsangkan. Saya bertekad membawa mereka ke sini lagi dengan pendekatan yang lebih mesra demi memastikan mereka mampu menjawab soalan Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Saturday, October 22, 2011

Bela Aziz Bari dan Senyap dalam Isu Dr Rosti

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

kredit kepada sahabat-gunung

Sikap segelintir pihak yang menyelar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya iaitu pensyarah undang-undang Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai suatu yang tidak sewajarnya dibangkitkan apatah lagi untuk dibawa ke pentas politik.

Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.

“Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan,” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).

Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tindakan tersebut telah menimbulkan polemik sehinggakan wujud segelintir pihak yang mahu mewujidkan himpunan membantah penggantungan tugas beliau atas alasan membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’.

“Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.

“Apa saja yang mahu dilakukan ada kebebasannya tetapi tidak ada kebebasan mutlak sebagaimana kebebasan akademik yang diperkatakan oleh para pendukung himpunan terbabit.”
Katanya, pihak universiti mengambil tindakan tatatertib ke atas kakitangannya yang diminta menjawab surat tunjuk sebab.

“Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.

“Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

Jelas beliau lagi, seharusnya Aziz Bari sendiri dapat menjangka apa yang bakal berlaku sebelum membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain apatah lagi Sultan Selangor dan apabila tindakan tatatertib diambil maka dia perlu bertanggungjawab tanpa berasa tersinggung.

Apabila kerajaan Negeri Selangor yang terang-terang melakukan tekanan politik kepada bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr. Rosti Saruwono sehinggakan terpaksa meletak jawatan dengan notis 24 jam maka pihak yang lantang bersuara sepertimana mempertahankan Aziz Bari tidak tampil ke hadapan atas alasan yang sama.

Pendapat saya, isu Dr Aziz Bari hanya manipulasi pembangkang, tetapi ia gagal menarik sokongan rakyat kerana Dr Aziz Bari sendiri menghina titah sultan.

Tuesday, October 18, 2011

Kaki Komplen Hanya Tahu Cari Salah Orang

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pernahkah anda berdepan dengan orang yang suka komplen (complaint) atau mengkritik membuta tuli. Ada sahaja salah dan kelemahan orang yang dilihatnya. Lebih buruk lagi, dia menjaja 'keburukan' tersebut merata-rata dengan harapan ada orang lain akan terpengaruh akan cerita yang dibawanya.  

Situasi ini sering berlaku dalam dunia pekerjaan kita. Tidak kira di mana atau apa profesion anda, kita terdedah kepada komplen yang tidak berasas. Manusia seperti ini bagai parasit dan ada di mana-mana. Mereka ada sahaja perkara hendak diadukan. Pantang ada ruang pasti mereka mengomel dan mengkritik.

Menurut Dr Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya '55 Petua Kerja Berpasukan' golongan yang suka komplen ada dua kumpulan. Pertama, mereka ikhlas memberi teguran dan aduan. Cara mereka juga nampak jujur. Misalnya, seorang guru menasihati pelajar agar membaca buku sewaktu ketiadaan guru yang sepatutnya mengajar. 

Kumpulan kedua, menurut beliau adalah orang yang suka mengkritik kerana hobi dan supaya diterima oleh orang lain. Mereka merasakan apabila mereka sentiasa membuat komplen, merekalah orang yang cemerlang. 
Berdasarkan pembahagian ini, menurut pakar motivasi ini, kumpulan kedua tidak perlu dilayan. Bagaimanapun, kumpulan pertama, memberi sumbangan kepada sesebuah organisasi. Mereka sebenarnya adalah golongan yang prihatin; jika mereka pekerja, mereka merupakan orang yang responsif dengan persekitaran. Apabila mereka mengkritik, sewajarnya mereka diajak bersama bagi mengatasi masalah yang timbul, agar penyelesaiannya dapat dibuat secara konsensus.

Saya akui, kadang kala saya menjadi orang yang suka mengkritik, tetapi saya berhasrat untuk menjadi kumpulan pertama, iaitu mengkritik untuk kebaikan. 

Anda, bagaimana?



Tuesday, October 4, 2011

PYTHON RETICULATIS HAIWAN BELAAN EKSOTIK

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Python Reticulatis atau ular sawa adalah haiwan reptilia terpanjang yang sering ditemui di hutan-hutan Asia Tenggara. Ular dewasa boleh membesar sehingga lebih 8.7 m (28 kaki) tetapi kebiasaanya purata panjang ular ini antara 3-6 m (10–20 kaki).

Ular sawa merupakan reptilia yang tidak berbisa. Ia tidak menjadi ancaman kepada manusia kerana ular ini bersifat pemalu dan menjauhkan dirinya daripada kawasan penempatan manusia. Jarang berlaku serangan ular sawa terhadap manusia. Bagaimanapun pernah dilaporkan, di Johor, seorang penoreh getah mati dibaham seekor ular sawa pada tahun 1995. Walaupun tiada bisa, rahangnya amat kuat dan gigi tajamnya mampu mengoyak kulit  jika digigit olehnya.
Ular sawa boleh berenang dan mampu berlapar selama berbulan-bulan. Ia mempunyai persamaan dengan sepupunya, anaconda yang banyak ditemui di Hutan Amazon, Amerika Selatan. 

Habitat

Ular sawa tinggal di hutan hujan, dan sekitar belukar. Ia juga mudah ditemui di kawasan paya. Ia sering berlingkar di pokok atau menyerang hendap mangsanya dari hutan semak samun.

Pemakanan

Dalam persekitaran semula jadi, ular sawa makan mamalia terutamanya burung kecil. Pernah . direkodkan ia membaham beruang madu dan babi hutan. Ia boleh mengambil masa 10 minggu untuk mangsanya dihadamkan sepenuhnya.
Sebagai pemburu, ular sawa menangkap mangsanya dengan cara menunggu mangsa di kawasan tertentu. Ia menggunakan kelebihan badannya yang kuat untuk membelit mangsa sehingga lemas. Kemudian, ular ini membaham mangsanya dengan menelannya dari kepala, sehinggalah ke bahagian kaki atau ekor.

Pembiakan

Secara am, ular sawa betina menghasilkan antara 15 dan 80 biji telur dalam satu musim pembiakan. Suhu optimum pengeraman 31–32°C (88–90 °F), dan telur tersebut mengambil masa purata 88 hari untuk ditetaskan. Anak ular sawa yang baru lahir berukuran sekurang-kurangnya 2 kaki 2 kaki (61 cm).

Kepentingan

Ular sawa merupakan haiwan yang dilindungi. Habitatnya makin diancam oleh kemajuan dan pembangunan. Tanpa sokongan masyarakat, ular sawa akan hilang habitat semula jadi dan boleh pupus sekiranya tiada tindakan diambil oleh pelbagai pihak untuk melindunginya.

Saturday, October 1, 2011

PM Mengecewakan Isi Hati Orang Melayu Islam

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tidak perlu saya huraikan apa dosa Wee Meng Chee a.k.a Namewee kepada orang Melayu. Jika anda pembaca naif yang tak tahu apa-apa tentang anak muda Johor yang penah menuntut di Taiwan ini, anda boleh taip namanya di Youtube dan melihat betapa biadabnya dia terhadap orang Melayu dan agama Islam.

Persoalan yang menarik untuk saya ketengahkan adalah respons manusia paling berkuasa di Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang saya hormati selama ini

Datuk Seri Najib dipetik sebagai berkata 'Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri.'
Beliau juga berkata, "Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,”


Saya kecewa dengan pandangan Datuk Seri Najib. Bertambah kecewa lagi apabila mendapati rakan-rakan yang sebelum ini mengkritik kebiadaban Namewee, juga menjadi lembut hati apabila secara terang-terangan Namewee menunjukkan sikap menyokong perhimpunan BERSIH melalui penghasilan filem merapunya, Nasi Lemak 2.0.

*Saya ingin menasihati rakyat Malaysia yang patuh pada peraturan, anda tidak akan mendapat perhatian PM jika kekal begitu. Anda harus ada sikap 'lain daripada yang lain'. Atau anda boleh buat kacau huru harakan negara, kemudian burukkan negara kepada dunia luar

*Bahasa yang digunakan adalah bahasa inversi, iaitu bahasa sindiran yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Pemahaman secara tersirat amat diperlukan.

Thursday, September 22, 2011

PASCA-TRIAL SPM

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Peperiksaan percubaan SPM (trial) menuju ke hari terakhirnya. Guru-guru sedang bertungkus lumus menanda skrip jawapan. Ada yang sudah siap, ada juga yang belum, bergantung kepada cara mereka melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan. Yang penting, apabila tiba masanya, semua markah sudah dimasukkan ke lembaran atas talian SAPS.

Pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara masa hadapan.

Suasana di dewan peperiksaan. Skrip jawapan akan mewakili diri pelajar.

Alhamdulillah, saya sudah pun menyelesaikan penandaan. Keputusannya sederhana, tidaklah begitu baik. Masih jauh daripada sasaran, tetapi ia tidak membimbangkan sebab masih ada ruang untuk dibaiki. Perlu ada penambahbaikan pada subtopik tertentu. Ini akan saya kongsikan dengan pelajar saya, calon SPM 2011 dalam perbincangan pascatrial nanti.
Saya tertarik dengan luahan seorang pelajar saya, Azhar Ahmad. Pelajar ini agak bijak dan suka bertanya. Susuk tubuhnya tegap, sesuai dengan pencapaiannya sebagai atlet peringkat negeri dan kebangsaan. Pada zaman kemuncaknya dalam sukan, beliau pernah mewakili negara di Singapura. Pelajar ini, pada hemat saya sukar dicari ganti.Ciri-ciri peribadinya menarik perhatian saya.

"Cikgu, saya rasa trial ni untuk mengenal pasti kelemahan kami, kan?" Dia bertanya.

"Begitulah,.. Trial ini juga untuk melihat persediaan kamu menghadapi SPM. Mengapa kamu tanya?"

"Begini, cikgu. Saya tak puas hati dengan Cikgu XXX yang marah-marah kami. Prestasi trial untuk subjek XXX kelas saya memang tak baik, kami agak lemah untuk topik tertentu." Katanya meluahkan rasa yang terbuku.

"Habis tu?"

"Cikgu XXX kata kami macam-macam. Saya rasa cikgu XXX tak patut kutuk kami melampau. Kami boleh terima kelemahan tapi, kenalah diajar." Dia bercakap dengan tenang. Nampak jujur kata-katanya.

Saya diam. Tapi jika saya di tempat cikgu XXX, mungkin saya tidak gunakan kata-kata kutukan melampau seperti yang dinyatakan pelajar saya. Hakikatnya, bukan pelajar sahaja yang inginkan markah cemerlang, tetapi guru juga menaruh harapan yang tinggi. Harapan yang tinggi inilah yang menyebabkan guru kecewa jika tidak dapat dicapai oleh pelajar. Kekecewaan itu akan diluahkan melalui kata-kata dan perbuatan. Jika tiada rasa sabar, pelbagai istilah akan dihamburkan oleh guru berkenaan.

Berdepan dengan pelajar, sesuatu yang sukar dilaksanakan oleh semua guru. Ada guru yang cepat hilang pertimbangan apabila pelajar tidak mengikut apa yang diajar. Saya tak nafikan, pengalaman selama belasan tahun sebagai pendidik, mengajar saya menjadi seorang yang tenang menghadapi karenah pelajar. 

Pelajar hari ini tidak sama dengan dahulu. Generasi hari ini kenal telefon bimbit berbanding surat kiriman. Mereka lebih tertarik kepada mainan video berbanding galah panjang atau jengket-jengket. Mereka terdedah kepada gajet ICT seperti pendrive, portable harddisk, bluetooth, wireless dan entah apa istilah lagi yang begitu asing sebelumnya.

Generasi hari ini adalah 'screen generation', iaitu generasi yang hidupnya terdedah kepada skrin: televisyen, video, telefon bimbit, Ipad dan seumpamanya.

Wednesday, September 14, 2011

Syarat Lulus Bahasa Inggeris SPM Bukan Penyelesaian

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Keputusan Kementerian Pelajaran mewajibkan syarat lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM akan datang wajar diperhalusi. Menterinya, Tan Seri Datuk Seri Muhyiddin Mohd Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengulas ketika ditanya tentang jumlah guru Bahasa Inggeris. Beliau disebut sebagai berkata, KPM akan memastikan dahulu jumlah guru Bahasa Inggeris sudah mencukupi sebelum pelaksanaannya dikuatkuasakan.

                    Hakikatnya, beberapa perkara perlu difikirkan oleh pihak kementerian sebelum syarat baru SPM tersebut dilaksanakan. Bukanlah satu kejutan bahawa pelajar lepasan PMR tetap meneruskan pelajaran di tingkatan 4 kerana format PMR tidak sama dengan SRP yang dilaksanakan sebelum 90-an. Menurut syarat SRP, pelajar tingkatan 3 mesti lulus subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris sebelum meneruskan pelajaran di tingkatan 4. Natijahnya, pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang berkualiti dan mampu bersaing dalam SPM semasa di tingkatan 5.

                    Hari ini, PMR yang diperkenalkan bagi menggantikan SRP mempunyai format yang sangat longgar. Pelajar masih boleh meneruskan pelajaran di tingkatan 4, walaupun gagal mata pelajaran berkenaan. Malah, ia diburukkan dengan tiadanya sekatan kepada pelajar untuk ke tingkatan 4, kerana KPM ingin mengelakkan keciciran pelajaran.

                  Hal ini menambahkan masalah disiplin dan akademik di sekolah, khususnya di peringkat menengah atas. Kumpulan pelajar yang lemah dan tidak mampu bersaing mempunyai mentaliti negatif terhadap guru, kelas dan menimbulkan masalah disiplin. Kegagalan guru memanipulasikan teknik yang menarik dalam Pengajaran dan pembelajaran (P&P) menambahkan lagi situasi ini, sehingga akhirnya menyebabkan  tiada kawalan kelas yang mampu 'memikat' pelajar berkenaan untuk fokus kepada   tajuk yang diajar oleh guru. 

                         Penubuhan kolej vokasional dengan menukarkan status sekolah teknik sedia ada, diharapkan dapat menampung jumlah pelajar yang gagal bersaing di peringkat lepasan PMR. Sehubungan itu, KPM harus memastikan tujuan penubuhan kolej vokasional tersebut mengutamakan pelajar lulusan PMR berkenaan .

Seorang dokor, jika gagal dalam memahami deskripsi ubat, mungkin hanya menjejaskan seorang pesakit, tetapi jika guru gagal melaksanakan tugasnya dalam mendidik, ia menjejaskan satu generasi. Oleh hal yang demikian, kementerian harus bijak menangani setiap isu dalam pendidikan, supaya usaha merekayasa generasi masa hadapan yang menjamin kemajuan negara dapat dilaksanakan. 
                         

Monday, September 5, 2011

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Suasana meriah di rumah Pakcik di Cangkat Cermin.
Berdiri dari kiri: Fariz, saya dan Taufik. Duduk: Khairani, Puteri, Pn. Che dan Ustazah Wan Akmal

Hari raya, bukan sekadar menjadi simbol kemenangan melawan nafsu pada bulan Ramadhan. Malah, ia lebih daripada itu. Melalui suasana lebaran, kita dapat menjalinkan  ukhuwah yang renggang. Selain itu, tradisi kunjung-mengunjung antara rakan taulan, saudara dan kenalan, menjadikan aidilfitri satu detik yang sangat didambakan.

Pertemuan saya sekeluarga bersama adik tersayang, Oun yang tinggal di Johor, begitu bermakna. Kami dapat bersama-sama ke rumah saudara mara seperti Pak Ngah Hassan, Mak Ngah Itam, Mak Ngah Jemah dan Pakcik Endan. 

Saya juga berkesempatan mengunjungi guru saya dahulu, Pn. Hajah Che Saliha di Sitiawan. Kedatangan kami disambut mesra. Kali ini, bekas pelajar saya yang juga murid Pn. Che semasa beliau bertugas sebagai pengetua di SMKBS dahulu, turut memeriahkan suasana. 

Kita tak boleh menjangka apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, tetapi wajar kita menghargai detik-detik yang indah ini. Amalan kunjung-mengunjung wajar diteruskan. Jika berpeluang, berbuallah sepuas-puasnya dan elakkan menonton rancangan TV, sebab ia mematikan semangat ukhuwah yang ingin dibina. Selain itu, elakkan juga melayan mesej di telefon bimbit kerana ia mengehadkan perbualan dengan tuan rumah dan tetamu lain.

Salam lebaran. Moga kita dapat lagi bertemu dengan Ramadhan dan Syawal tahun-tahun akan datang. 


Sunday, August 21, 2011

RENUNGAN RAMADHAN 2

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Mengeluh apabila ditimpa musibah atau ujian, sudah menjadi kebiasaan. Kerap kita mendengar atau membaca rintihan mereka yang diuji. Hakikatnya, ujian Allah itu sebenarnya pelbagai. Naik pangkat, naik gaji, dapat beli kereta baru, kesihatan dan kewangan yang stabil, juga adalah ujian.

Selalunya apabila ditimpa malang, kita akan bertanya,"Mengapa aku diuji?"

ALQURAN MENJAWAB: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan bahawa 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Al-Ankabut:2-3)

Sering kita bertanya, "mengapa aku tak dapat naik pangkat? Mengapa aku tak dapat anugerah cemerlang? Mengapa itu.. mengapa ini dan seumpamanya.

ALQURAN MENJAWAB: Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..(Al-Baqarah:216)

Kesimpulannya, jangan berputus asa dengan apa yang ditentukan. Usaha dan tawakal harus seiring. Saya sekadar ingin berkongsi dan mengingatkan diri saya, agar kita tidak hilang arah tuju dalam melayari hidup ini. Moga Kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang. Moga Allah sentiasa memberi rahmatnya untuk kita. AMIN

Thursday, August 18, 2011

Moreh Dahulu dan Sekarang

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Amalan makan di masjid ketika bulan Ramadhan atau lebih mesra dengan istilah 'moreh' adalah budaya unik yang semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita. Moreh mendekatkan hubungan sesama ahli masyarakat. Di samping itu, moreh juga tidak membebankan kerana juadah yang dihidangkan adalah hasil sumbangan sesiapa yang berkemampuan. 

Semasa saya kecil dahulu, moreh biasanya dibuat selepas solat tarawih. Ketika itu, imam sekadar membaca ayat lazim sehingga ke rakaat 20 tarawih. Tiga rakaat seterusnya adalah solat witir. Kebiasaannya, kanak-kanak hanya bertahan 8 rakaat, manakala orang dewasa akan menamatkan sehingga 23 rakaat keseluruhan.

Paling kami suka apabila menyahut takbir daripada bilal. Bilal akan melaungkan takbir "Allahum Massalli 'ala saidinaaaa Muhammadddd", dan kami yang tak tau apa-apa, akan menyahut, "Salahdah, Pak Sallehhhhhh". 
Sebutan sebenarnya ialah 'Sallallah wasalam 'alaih..' Memang menyeronokkan. Ada juga rakan yang suka mengganggu kawan solat. Biasanya mereka ditegur oleh Tok Siak.

Tok Siak paling saya takut dahulu, namanya Pak Ketang. Saya tak tahu nama sebenarnya, tapi jika dia menegur kanak-kanak yang bermain-main di dalam masjid, biasanya terkedulah kanak-kanak tersebut. Lagaknya garang, sesuai dengan tugasnya menjaga masjid. 

Biasanya, imam yang mempimpin solat ialah Imam Mokhtar, atau Imam Taharim. Bilalnya silih berganti antara Pak Busu atau Pak Brahim Bas. 

Waktu moreh itulah masa untuk 'mengintai' remaja perempuan yang turut sama mengikut ibu mereka bertarawih. Maklumlah, duduk di kampung, peluang menyapa atau berbual dengan budak perempuan sangat terhad. Biasanya, bagi remaja lelaki yang agak berani, mereka akan menunjukkan sikap rajin dengan menghantar makanan moreh ke bahagian perempuan. Ketika itulah sempat menjeling atau menatap wajah gadis yang 'rajin solat tarawih'.

Rutin di masjid ketika itu ringkas tetapi menyeronokkan. Usai menikmati juadah moreh, masing-masing akan terus pulang ke rumah. esok, rutin yang sama berulang lagi, sehinggalah Ramadhan menghampiri penghujungnya. Ketika itu, bilangan saf solat sudah menyusut. Para ibu dan anak gadis sudah mula mempersiapkan diri membuat kuih raya dan seumpamanya. Bunyi mercun dan meriam tanah semakin kerapm kedengaran. 

Kanak-kanak paling gembira ketika malam 7 likur

Menjelang malam 7 likur, kawasan kampung kami disinari lampu pelita panjut buatan sendiri. Ada yang dibuat daripada buluh dan tin susu pekat manis. Detik itu, kanak-kanaklah yang paling seronok menikmati suasana tersebut. Jika dibandingkan dengan sekarang, nyatalah kegembiraan menyambut Ramadhan dahulu lebih memberi erti dan kepuasan.


Wednesday, August 10, 2011

TRAGEDI SUNGAI RUI LAMBANG KEGAGALAN MELESTARIKAN ALAM SEKITAR


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya tulis kembali hasil kerja pelajar berkaitan tragedi Sungai Rui, semoga menjadi pengajaran kepada kita.

Alam merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya kepada umat manusia. Alam sekitar merangkumi segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di muka bumi. Namun kini anugerah tersebut dipersia-siakan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.  Kemusnahan alam sekitar sering dikaitkan dengan pembangunan secara rakus, khususnya di negara yang mengejar kemajuan.
Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya kemusnahan alam sekitar. Antaranya adalah kurang kesedaran kita tentang kepentingan melestarikan alam sekitar demi kelangsungan hidup makhluk bumi. Hal ini berlaku kerana kurang pendedahan diberikan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat terhadap generasi  muda. Pembuangan sampah di merata-rata tempat misalnya, menunjukkan kurangnya kesedaran kita terhadap alam sekitar.
Selain itu, penerokaan hutan secara giat oleh segelintir manusia yang rakus mengejar keuntungan turut menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan telah menjejaskan fungsi pokok-pokok besar dalam keseimbangan ekosistem hutan hujan. Selain itu, hutan juga diteroka untuk penanaman sayur dan buah-buahan seperti yang berlaku di Cameron Highlands. Tanpa kawalan dan penguatkuasaan yang tegas, ia telah mengakibatkan tragedi di Pos Dipang dan yang terbaru di Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, telah meragut tujuh nyawa tidak berdosa.
Selain itu, faktor pembalakan haram juga tidak boleh diketepikan.  Pembalakan secara tidak terkawal memusnahkan tanaman tutup bumi dan menyebabkan hakisan di lereng bukit, banjir kilat dan memudahkan proses tanah runtuh berlaku. Pokok-pokok di lereng bukit menjadi benteng mengelakkan gelongsoran tanah telah ditebang sewenang-wenangnya. Ia juga memusnahkan spesis tumbuhan bernilai tinggi seperti cengal batu, meranti dan menyumbang kepada kepupusan pokok yang dilindungi. Ini diburukkan lagi oleh penebusgunaan hutan paya bakau menjadi kolam udang dan penempatan. Hutan paya bakau berperanan menghalang ombak  tsunami seperti yang berlaku pada 26 Disember 2004. Selain kedudukan negara ini yang jauh daripada pusat gempa, kesan tsunami tidak seteruk di Aceh, Indonesia kerana hutan paya bakau menjadi benteng kepada hentaman ombak besar tersebut.
Kemusnahan alam sekitar mengakibatkan sektor pelancongan negara terjejas. Hal ini disebabkan keindahan semula jadi negara kitalah yang menjadi aset menarik minat pelancong luar ke negara kita.  Ini akan turut menjejaskan ekonomi kerana pelancongan turut menyumbang sejumlah besar KDNK negara. Malah, kemusnahan alam sekitar turut mengakibatkan gangguan binatang buas dan liar seperti harimau, ular dan kera kerana haiwan-haiwan ini kehilangan habitat asal mereka. Kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan memaksa ia menceroboh ke kawasan kediaman manusia. Kemusnahan alam sekitar turut menyebabkan kepupusan flora dan fauna yang estetik yang merugikan generasi akan datang.
Kesimpulannya, agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat harus memainkan peranan masing-masing agar alam sekitar dapat dilestarikan keindahannya. Kita harus sedar bahawa kita bukan mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Jika alam sekitar dimusnahkan, generasi akan datang tidak dapat lagi mempelajari habitat hutan tertua di dunia.

SITI KHADIJAH BINTI OTHMAN
SMK BATU SEPULUH, LEKIR
32020 SITIAWAN PERAK

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...