Wednesday, November 19, 2025

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sabah akan melaksanakan pembuangan undi untuk pilihan raya negeri pada 29 November 2025.  Ia serentak dengan tarikh konvokesyen anak keempat saya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijadualkan pada 29/11 hingga 2/12/2025. 

Sabah adalah negeri besar, namun kekayaan negerinya tidak dapat dinikmati rakyat secara menyeluruh. Andainya pergi ke Sabah, jauh benar beza jalan raya berbanding negeri jiran Sarawak. Begitu juga masalah air yang selalu membelenggu penduduk Sabah. Negeri ini banyak sumber ekonomi seperti pembalakan, pertanian, pelancongan dan seumpamanya, tetapi tidak diuruskan dengan baik. 

Puncanya, pemimpin negeri ini tidak amanah dan berebut kuasa. Ada yang melantik ahli keluarga sebagai wakil rakyat, dan lebih buruk lagi, ada yang didakwa di mahkamah kerana tuduhan rasuah, namun masih mencalonkan dirinya sebagai calon PRN pada 29/ 11 ini. 

Pemimpin seperti ini tidak malu malu berjanji seperti sebelumnya, konon kalau terpilih dia akan menyediakan kemudahan untuk rakyat, sama seperti janji dajjal pada akhir zaman. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...