Sunday, November 29, 2009

Adik Nak Balikk...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sudah menjadi rutin masyarakat di sekitar Batu Rakit, mengadakan majlis kurban atau disebut 'ghebang' di kawasan berdekatan rumah. Ada juga 'ghebang' dilakukan di masjid, tetapi jumlahnya terhad.

Pagi hari raya kedua, kami bercadang ke Pangkalan Atap, membantu Ayah Ngah dan Cek Ngah Yang menguruskan kurban seekor kambing dan lembu. Tetapi dua tiga orang anak saya 'mengekor' termasuk Nuha, yang bongsu.

Awalnya, dia tak kisah, tak takut pun. Tetapi apabila melihat lembu yang ditambat mula agresif, Nuha jadi takut. Dia mula buat hal, nak balik dan tak mahu tengok lembu kurban.

"Adik nak balik. Adik takut.." Katanya ketika dalam dukungan saya.


Keterangan foto (dari atas: Ayah Ngah memegang tali memastikan lembu bersedia disembelih; Tukang sembelih bersedia dengan pisaunya; Abang Long memisahkan kulit lembu; Bapa mertua melapah daging dan tulang.

Walaupun dipujuk, anak kecil ini 'tetap' dengan pendiriannya. Disebabkan dia asyik dengan rengekan takutnya, terpaksalah dia dihantar pulang dahulu. Selepas itu, barulah saya dapat menumpukan perhatian membantu melapah daging kurban.Saya bersama adik ipar, Shahrul dan Mie 'bertugas' di bahagian memotong daging yang telah dilapah.

Sangat besat pengertian kurban dari sudut agama Islam. Memanglah penat melapah dan memotong daging kurban, tetapi ia menyeronokkan. Apatah lagi ia bukan selalu kami lakukan secara bersama.

Sebelum pulang, Cek Ngah Yang mengajak kami makan dahulu di rumahnya. Gulai ayam kampung, katanya.

Apa lagi, 'sorru' la...

Thursday, November 26, 2009

Syukur, Banjir Kian Menyurut

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


 Foto ehsan Mstaronline
 
Menjelang aidil adha esok, nampaknya cuaca di kawasan yang ditimpa musibah banjir sudah mula menyurut. Biarpun begitu, beberapa pusat pemindahan di negeri-negeri yang terlibat masih mempunyai penghuni, tetapi kebanyakannya sudah mula berpindah balik ke rumah masing-masing.

Moga cuaca memberi ruang untuk umat Islam menyambut Aidil adha.

Selamat melakukan ibadah Kurban, dan salam lebaran aidil adha untuk semua.

Maaf zahir dan batin.

Wednesday, November 25, 2009

Moga Roh Abang Rashid Tenang Di Barzakh

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya sedang memantau anak-anak menyiapkan latihan musim cuti ketika Wan, anak seorang jiran datang ke rumah pagi semalam.

"Ayah dah tak ada, cikgu!" riak wajahnya serius dan nampak sedih. Dia datang bersendirian dengan motor.

"Tak ada? Biar betul, Wan. Jangan main-main."Ujar saya ketika membuka pintu pagar.

Dia menolak untuk masuk ke rumah. Berita yang dikhabarkannya itu mengejutkan.

"Ayah dapat serangan jantung, jenazah masih di klinik. Cikgu tolong beritahu jiran lain."

Rupanya, jiran saya telah dijemput Allah. Betullah Abang Rasyid sudah meninggal dunia. Baru 53 tahun, dia sudah kembali ke barzakh.Sudah takdirnya meninggal dunia pada usia begitu.

Saya bukan setakat mengenalinya, malah mengajar anak-anaknya. Aziz, anaknya yang bekerja di Perodua, manakala Arfah, yang masih belajar di sebuah kolej sedang dalam perjalanan ketika Wan datang memberitahu hal itu.  Arif yang masih di tingkatan 4, adalah pemain kriket sekolah, yang turut sama berada di klinik menguruskan keperluan yang belum selesai.

Arwah pernah menjalani pembedahan pintasan jantung kira-kira 15 tahun lalu. Pagi semalam adalah pagi terakhir dia solat subuh. Selepas solat, dia berasa penat tiba-tiba. Pada awal serangan jantung, dia masih boleh bercakap. Kemudian keadaannya semakin nazak. Dia muntah sebelum sempat dibawa ke klinik, dan meninggal dunia dalam perjalanan ke sana.

Orangnya tak banyak bercakap, tapi mudah tersenyum. Al-Fatihah untuk Abang Rasyid, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza, Satu Penilaian Peribadi.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada tarikh 23 November 2009, syarikat pengeluar kereta kedua negara telah melancarkan model MPV terbaharu iaitu Perodua Alza. Model ini berkapasiti enjin 1500cc dikeluarkan di kilang Perodua di Rawang, menggunakan teknologi terkini khususnya adaptasi teknologi robotik Toyota.

Umum sudah mengetahui bahawa Perodua adalah usahasama dengan Daihatsu, anak syarikat Toyota, pengeluar kereta utama dunia sekarang. Tidak dapat tidak, sentuhan Toyota dalam melahirkan generasi MPV tempatan, pasti merancakkan industri automatif negara.


Alza menanti untuk dipandu uji

Semalam, saya sempat ke pusat pameran Perodua di Seri Manjung. Orang ramai, seperti juga saya teruja untuk melihat lebih dekat kelebihan Alza. Pengenalan harga yang berdaya saing pasti memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan nilai terbaik setanding pelaburan mereka.

Daripada pemerhatian saya, ia adalah model Myvi yang dipanjangkan chasisnya. Lampu hadapan dan kemasan dalamnya menarik, tetapi ruang untuk penumpang agak sempit berbanding Livina dan Citra. Ia memang kalah kalau dibandingkan dengan Avanza, sebab ruang Avanza lebih luas terutama bahagian tempat duduk belakang. Seorang rakan yang bersaiz sederhana, cuba duduk di belakang, tetapi kakinya kelihatan tidak selesa.

"Sempitlah belakang ni,"katanya memandang saya.


Dashboard mendapat sentuhan Passo Sette
 
Tempat mengisi barang Alza juga terhad, tetapi tarikannya ialah enjinnya yang sangat berkuasa. Ia menggunakan enjin yang sama dengan Avanza iaitu model 3SZ-VE. Dengan tubuh yang kecil, ia lebih  pecutan dan menjimatkan minyak.

Secara peribadi, saya kira Alza tak dapat menandingi MPV lain termasuk Proton Exora yang nyata lebih luas dan besar.  Apatah Exora mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna, dan pengenalan harga Exora untuk 'Basic Model' di bawah RM58,000 baru-baru ini, pasti merancakkan persaingan dengan pelancaran model Alza. Strategi Exora sebenarnya bukan sahaja dari segi harga, tapi ia mempunyai kelebihan lain yang boleh dipertimbangkan oleh pembeli.
 


Alza
Exora
Livina 1.6
Avanza 1.5
Rondo
Innova
Kerb Weight
1,150kg
1,422kg
1,245kg
1,120kg
1,563kg
1,575kg
Length
4,205
4,592
4,420
4,150
4,545
4,580
Width
1,695
1,809
1,690
1,630
1,800
1,770
Height
1,620
1,691
1,590
1,695
1,650
1,755
Wheelbase
2,750
2,730
2,600
2,655
2,700
2,750
Track (F)
1,475
1,542
1,470
1,415
1,573
1,510
Track (R)
1,465
1,530
1,475
1,425
1,569
1,510
Fuel Tank
42L
55L
52L
45L
55L
55L
Power (hp)
104hp
125hp
104hp
108hp
142hp
134hp
Torque (Nm)
136Nm
150Nm
150Nm
141Nm
189Nm
182Nm
kg/Nm
8.45
9.48
8.3
7.94
8.27
8.65
Sumber: Paultan.org


Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

Monday, November 23, 2009

Menipu Atau Tidak, Peranchis Tetap Layak Ke Afrika 2010

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kontroversi bola terkena tangan penyerang Peranchis, Theiry Henry dalam play-off menentang Ireland baru-baru ini memang menguji kemampuan FIFA. Apa tidaknya, dua orang kuat FIFA, iaitu Sapp Blatter dan Michel Platini  mengambil sikap senyap berhubung perkara tersebut.

Dalam perlawanan di Paris itu, Peranchis layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Jun 2010 setelah Henry menolak bola ke arah William Gallas, seterusnya menyumbat masuk bola ke gawang Ireland. Sebelum itu, bola tersebut sudah jelas terkena tangan Henry yang cuba mengawalnya daripada keluar.

Kemenangan 1-0 sudah memadai untuk Peranchis layak ke Piala Dunia berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Ini bermakna, Peranchis akan menyertai 31 lagi pasukan negara yang beraksi di pentas tersebut.

Eric Cantona, lagenda bola sepak Manchester United, menyelar tindakan Henry, manakala Zinadine Zidane, bekas pemain Peranchis yang pernah menjulang Piala Dunia, tetap mempertahankan Henry sebagai 'tidak menipu'.

Henry pula, ketika mengulas kontroversi tersebut, menyalahkan pengadil, yang didakwanya gagal melihat dan menyedari kesilapannya. Dia juga tidak menafikan perbuatannya, tetapi tetap beranggapan ia di luar kawalannya ketika itu.

Beberapa perkara yang perlu kita fikirkan:

1. Jika aksi tangan Henry gagal menyebabkan jaringan gol, ia tentu tidak menjadi berita panas.

2. Ireland memohon diadakan play-off kali kedua. Kalau pemain Ireland yang melakukannya, adakah Peranchis berdiam diri? Tentu tidak..



3. Bola sepak dianggap sangat penting di sesetengah tempat, sama seperti rakyat Malaysia yang sangat suka menonton Liga Perdana Inggeris, walhal seorang pun pemain Malaysia tiada dalam mana-mana pasukan.



2. Pemain Malaysia guna tangan selama 90 minit pun, belum tentu dapat ke Piala Dunia....Hehehehe..

Sunday, November 22, 2009

Masyarakat India Memperkasakan Pendidikan, Melayu Masih Harap Bantuan?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


'Satu Keluarga , Satu Simpanan' Untuk Keluarga India (Mstaronline)
 
KUALA LUMPUR: Dengan lebih ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka tetapi tempat terhad di instituti pendidikan awam, MIC menggesa ibu bapa kaum India menyimpan wang untuk pelajaran anak-anaknya.
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mencadangkan Skim "Satu Keluarga, Satu Simpanan" bagi memastikan masa depan anak mereka terutamanya apabila mereka layak memasuki universiti tempatan atau berhasrat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Beliau berkata melalui usaha MIC, Kooperasi Didik (Kop Didik) telah ditubuhkan yang kini mempunyai 34,220 anggota dengan pelaburan berjumlah RM5.7 juta untuk pendidikan anak-anak mereka.
"Minat di kalangan ibu bapa untuk menyimpan bagi keperluan pendidikan anak-anak mereka kian meningkat," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Kop Didik di sini hari ini.
Selain Kop Didik, dana Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) yang dikenadalikan MIC telah mengeluarkan hampir RM90 juta pinjaman pelajaran dan geran, kata beliau.
Beliau berkata Kop Didik juga melancarkan Skim Penyimpanan Pendidikan Tinggi yang kini mempunyai 2,252 anggota berdaftar dengan pelaburan bernilai RM3.3 juta. Kop Didik juga mengambil perlindungan insuran dengan sebuah syarikat insuran tempatan bagi memastikan anak-anak mereka akan mendapat faedah.
"Kita (MIC) akan terus memberikan keutaman terhadap pendidikan dan penyimpanan untuk masa depan anak-anak kita," tambah Samy Vellu. BERNAMA

ULASAN SAYA:

Masyarakat India di Malaysia nampaknya semakin menyedari kepentingan menabung untuk pendidikan anak-anak. Pada awal 90-an, pemimpin yang sama menerima pandangan perwakilan MIC agar setiap keluarga India memastikan anak-anak mereka menjadi doktor. 

Pada awal 2000, ketika Melayu berbalah dan bertelingkah, ramai pelajar bangsa India dihantar ke Ukraine dan Russia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Mereka juga turut dihantar ke Indonesia. Sekarang, jika kita ke hospital kerajaan, doktor-doktor kaum India yang masih muda bergaya dengan stetoskop  dan fail, memenuhi wad untuk menjalankan tugas merawat pesakit.

Persoalan bangsa tidak boleh dirujuk sebagai racisme, kerana bagi saya, sebagai orang Melayu-Muslim, kita sepatutnya mempunyai iltizam meningkatkan keupayaan bangsa, khususnya melalui pendidikan. 

Hari ini, kaum India melalui politik telah berjaya mengambil peluang ini, sedangkan orang Melayu menjadi jaguh gejala sosial. Fikirkan. 

Saturday, November 21, 2009

Saman Untuk Keadilan?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Keluarga mangsa jambatan runtuh tuntut RM105 juta (Utusanonline)


KETIGA-TIGA ibu bapa mangsa mati lemas akibat jambatan runtuh di Kuala Dipang bergambar selepas memfailkan saman ganti rugi berjumlah RM105 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.


IPOH 20 Nov. - Bapa tiga murid yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang pada hujung bulan lalu memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM105 juta.
Mereka terdiri daripada K.Mageswaran, K.Vasudevan dan T.Nathan - masing-masing bapa kepada mendiang M.Dava Dharshini, 11; V.Divyashree, 12; serta N.Dina Deve, 11.
Setiap plaintif terbabit menuntut ganti rugi am RM35 juta daripada 10 defendan yang dinamakan dalam saman tersebut.
Turut dituntut adalah ganti rugi khas RM19,120, ganti rugi teladan RM100,000, faedah lapan peratus bagi jumlah penghakiman, kos dan relif-relif lain.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan; guru besar SJKT Gopeng; Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pengarah Pelajaran Perak.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar (MDK); Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dan Komandan Kem 1Malaysia Kuala Dipang.
Defendan-defendan lain ialah penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn. Bhd., syarikat kontraktor CWL Enterprise, Menteri Pelajaran dan kerajaan Malaysia.
Writ saman difailkan melalui firma guaman, Tetuan A. Sivanesan & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 26 Oktober lalu, tiga murid terbabit menyertai 298 murid tahun empat, lima dan enam dari seluruh Kinta Selatan mengikuti Perkhemahan 1Malaysia selama empat hari di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan.
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, pada masa kejadian, kawasan itu dipercayai gelap gelita dan tidak ada lampu besar dipasang untuk keselamatan murid.
Mereka mendakwa, keadaan itu menunjukkan wujudnya kecuaian kerana jika ada lampu besar, kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai boleh dilihat dengan jelas serta mempunyai peluang lebih baik untuk menyelamatkan diri atau diselamatkan.
Plaintif turut mendakwa, tidak ada seliaan atau kawalan yang baik di jambatan oleh pihak penganjur sedangkan penggunaannya perlu diawasi dengan menentukan bilangan murid yang boleh menggunakan kemudahan itu pada satu-satu masa.
Murid-murid juga didakwa tidak dilengkapi jaket keselamatan ketika menyeberangi sungai, guru-guru tidak terlatih untuk mengendalikan kem dan tiada doktor atau pegawai perubatan disediakan untuk keselamatan peserta kem tersebut.
Plaintif turut mendakwa jambatan gantung tersebut tidak diperiksa oleh MDK dan JKR Perak bagi memastikan ciri-ciri keselamatan telah dipatuhi.
Kematian kanak-kanak tersebut juga amat menyedihkan plaintif sehingga mengugat ketenteraman mereka sekeluarga selain mengalami kerugian.

ULASAN SAYA:

Sebagai orang Islam, kita menerima tragedi ini sebagai takdir, biarpun ia pahit untuk ditelan. Unsur kecuaian boleh diambil kira, tetapi jika tujuannya untuk mendapat keuntungan daripada kematian  mangsa tragedi, ia tidak sepatutnya berlaku.

Saya bimbang ini memberi kesan negatif kepada kepada usaha guru untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti luar bilik darjah pada masa hadapan. Sewajarnya guru berasa bimbang kerana takut disaman oleh ibu bapa dan penjaga pelajar.

Wednesday, November 18, 2009

Cikgu Doakan Kamu Berjaya Dalam SPM 2009

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bermula hari ini, 18 November 2009, soalan penulisan SPM 2009 akan dijawab 176 orang calon sekolah saya bersama 465,000 calon lain seluruh negara. Ia dijangka berakhir pada 16 November, bergantung kepada jumlah mata pelajaran yang diambil pelajar mengikut aliran.

Kepada pelajar-pelajar saya, tiga perkara yang cikgu ingin kamu tahu:

1. CIKGU SUDAH MAAFKAN APA JUGA KESALAHAN KAMU.

2. CIKGU SUDAH HALALKAN ILMU YANG CIKGU CURAHKAN SELAMA INI KEPADA KAMU.

3. CIKGU SENTIASA DOAKAN KAMU BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN DALAM PEPERIKSAAN INI DENGAN MUDAH.

Jangan lupa, hubungan kamu dengan Allah hendaklah dipelihara. Dapatkanlah restu ibu bapa, sebab ia sangat penting untuk kamu menjawab dengan tenang dan aman. Percayalah, restu dan rahmat ibu bapa serta guru akan memudahkan kamu menjawab soalan dalam peperiksaan.

JUMPA LAGI SEMASA MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM PADA MAC 2010!


Monday, November 16, 2009

Pengemis Tua di IPT

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Seorang pensyarah yang sering berulang alik mengajar di universiti, terserempak pengemis tua yang kusut masai. Keadannya uzur, manakala kakinya tempang. Pensyarah tersebut kerap memberi sedekah ketika melalui kawasan pengemis tua, tetapi tidak pernah   berbual dengannya.

Satu hari, pensyarah itu nekad untuk mengetahui latar belakang pengemis tua itu.

"Berapa hasil yang pakcik dapat dalam sehari?" Tanya pensyarah itu sambil merenung mata kuyu pengemis tua.

"Adalah,... RM30, kadang-kadang boleh dapat RM40.." Pengemis tua itu menjawab lemah.

"Pakcik takde keluarga?"

"Ada. Isteri Pakcik di rumah, dan anak lelaki ada tiga orang."

"Anak-anak pakcik masih belajar?" Tanya pensyarah itu kembali.

"Dah kerja." Pendek jawapan pengemis tua itu sambil merenung ke arah padang kampus.

"Dah kerja?" Tercengang pensyarah itu mendengarnya.

Anak-anak sekarang tak mengenang jasa mak ayah, sanggup biarkan bapa mengemis, getus hati kecil pensyarah tersebut.

"Anak pakcik kerja di mana?" Dia bertanya diam seketika.

"Yang sulung, di UIA, yang tengah di UKM, dan bongsu di UPM." Kata pengemis tua itu sambil mengurut-ngurut kakinya. Mungkin kakinya lenguh kerana terlalu lama duduk.

"Hah? Anak pakcik kerja di universiti?" Pensyarah itu tercengang, menahan marah. Dia benar-benar terkejut mendengar jawapan pengemis tua itu.

Pengemis tua itu mengangguk perlahan-lahan. Mukanya berkerut menahan panas mentari yang semakin terik.

"Apa kerja anak pakcik? Bahagian apa, dan nyatakan namanya. Saya  tak boleh biarkan pakcik begini. Anak-anak Pakcik patut bertanggungjawab." Kata pensyarah itu bersemangat.

SAYA AKAN SAMBUNG CERITA INI DALAM ENTRY SETERUSNYA. JIKA SUDI SAMBUNGKAN, SILALAH.

Litar Lekir Mengaum!


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.









 Sebuah kereta RC sedang beraksi!



















Sunday, November 15, 2009

Tetamu Allah Memeriahkan Mekah Al-Mukarramah

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Din, kak nak bagitau. Kak akan ke Mekah. Maafkanlah kalau kak ada buat dosa."  Ujar Cikgu Norhashimah Noordin, seorang guru yang banyak terlibat dalam aktiviti bahasa peringkat daerah dan negeri.


Ka'abah, semua Muslim wajib menyimpan hasrat ke sini

"Insya-Allah. Kak, saya juga mohon maaf kalau ada salah dan silap selama ini. Doakanlah saya juga dapat ke sana satu hari nanti." kata saya sebelum memutuskan talian.


Kak Shimah dan suaminya telah pun berangkat  23 Oktober lalu.  Saya doakan mereka dan tetamu Allah yang lain dapat mengerjakan haji yang mabrur.

Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga. Saya bersungguh mengharapkan dia berdoa agar saya dapat ke sana satu hari nanti. Selalunya begitulah. Kata orang, berdoa di hadapan Kaabah maqbul.

Musim haji yang lalu, Cikgu Kadir dari Parit Buntar pergi ke Mekah, saya minta dia tolong doakan.

Tahun ini,lebih 23 ribu rakyat Malaysia yang layak dan sihat telah disenaraikan oleh Tabung Haji untuk menunaikan haji di Mekah. Saya suka membaca kisah tetamu Allah ini di Harian Metro. Ada yang mengumpul wang menjaja kecil-kecilan selama 20 tahun. Agaknya, keberkatan itulah yang mendorong mereka untuk mengerjakan haji di Mekah.

Saya dan isteri telahpun mendaftar dan giliran kami dijangka pada tahun 2020. Mungkin ketika itu, Malaysia sudahpun mencapai taraf negara maju seperti yang diimpikan pemimpin kita. Harapan saya, ketika itu saya dan isteri mempunyai kekuatan untuk mengerjakan ibadah haji.

Marilah kita berdoa, agar kita dapat menjadi tetamu Allah satu hari nanti.Insya-Allah.

Saturday, November 14, 2009

Apabila Jasad Bertuankan Nafsu..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisah pembunuhan seorang pensyarah UiTM pada tahun 2002 lalu, akhirnya dinoktahkan dengan hukuman gantung sampai mati terhadap dua orang tertuduh.

Dua bunuh pensyarah UiTM dihukum gantung

Oleh Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bharian.com.my


Sulkarnain Alias (kiri) dan Noorman Ab Wahab

KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga sahabat yang didakwa membunuh pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang mayatnya dibakar, tujuh tahun lalu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini semalam.

Sulkarnain Alias, 32, dan Noorman Ab Wahab, 31, didapati bersalah membunuh Bakarudin, ketika itu berusia 35 tahun, di Jalan SS19/6, Subang Jaya, jam 9.30 malam 12 Februari 2002.

Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee, dalam keputusannya, berkata pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah bagi membolehkan mahkamah membebaskan mereka.

Beliau bagaimanapun menangguhkan keputusan terhadap Azizul Azwal Mohamad Jailani, 26, yang didakwa bersama dua rakannya membunuh Bakarudin yang ketika itu mempunyai hubungan dengan kekasih Sulkarnain, iaitu Siti Rahmah Azman Subramaniam, juga seorang pelajar UiTM.

Penangguhan sementara sehingga 11 Disember itu bagi menunggu laporan akhlak Azizul Azwal yang ketika kejadian berusia 18 tahun.

Ketika keputusan dibacakan, semua tertuduh tidak menunjukkan reaksi dan tunduk memandang lantai selain menoleh ke arah ahli keluarga masing-masing yang berada di galeri awam.
Pada 3 Ogos 2007 mahkamah sama membebaskan tertuduh keempat, seorang pelajar, Muhamad Zakwan Ahmad Zaki, 24, pada akhir kes pendakwaan selepas gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sebelum itu, Siti Rahmah, 28, yang turut didakwa membunuh Bakarudin, dibebaskan selepas pihak pendakwaan menawarkannya sebagai saksi utama.

Muhamad Ideris juga berkata, keterangan Sulkarnain ketika perbicaraan hanyalah penafian semata-mata kerana dia telah mengatur masa untuk bertemu Bakarudin selain sentiasa bersama mangsa.

"Dia juga yang menyebabkan pertemuan berlaku yang tujuannya untuk berbincang dengan mangsa. Selain itu, mahkamah dapati ada keterangan tertuduh yang membawa mangsa ke dalam longkang dan memegang leher bajunya," katanya.
Beliau berkata, keterangan saksi pendakwaan ke-12, Muhammad Qaiyyum Abdul Wahab, pula menyatakan Noorman ada membuat pengakuan melakukan pembunuhan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Ismail, manakala Sulkarnain, Noorman dan Azizul Azwal diwakili peguam masing-masing, iaitu Suzana Alias, V Vikneswaran dan Hanif Khatri Abdulla.

Sepanjang perbicaraan mulai 17 Mei 2004, sebanyak 30 saksi pendakwaan dipanggil termasuk isteri Bakarudin, Mawarni Muhamad, 41, manakala pembelaan mengemukakan enam saksi.

Sementara itu, bapa Bakarudin ketika dihubungi, berkata beliau menerima keputusan mahkamah dan tiada sebarang sebab untuk memaafkan mereka yang membunuh anaknya tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Busu Ibrahim, 76, berkata, adil atau tidak hukuman bukan ditentukan olehnya tetapi ia balasan atas kekejaman yang dilakukan.

Beliau yang menetap di Kangar, Perlis, bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah kerana baru selesai menjalani pembedahan mata, manakala isterinya Anis Mohamad, 69, kini lumpuh.

"Kejadian sudah lama berlalu tetapi ia masih segar dalam ingatan. Malah, kami sekeluarga merasakan baru semalam Bakarudin pergi meninggalkan kami,' katanya.
Yang pergi, takkan kembali. Tapi keadilan perlu ditegakkan. Moga kita tidak bertuankan nafsu, kerana ia hanya mengambil kira kesan jangka pendek. 

Saya tertanya-tanya juga, apa jadi dengan Siti Rahmah Subramaniam, wanita yang dikatakan ada hubungan dengan pensyarah tersebut?

Thursday, November 12, 2009

Ketidakadilan Kepada Penjenayah?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kes seorang ibu berbangsa India, membunuh diri bersama anak-anaknya dengan meminum racun menarik perhatian masyarakat.

Kononnya, ibu tersebut berasa tidak adil seorang adiknya yang ditembak mati oleh polis. Adiknya dikatakan terlibat dalam jenayah melibatkan kumpulan PC BOY dan telah ditembak mati oleh polis baru-baru ini.

'Minum racun selepas adik mati ditembak polis' (Malaysiakini)
Nov 12, 09 2:46pm


Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adiknya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada anak-anaknya.Menurut setiausaha agung penaja Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar, wanita tersebut kini sedang dirawat bersama dua anaknya di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

NONEIsnin lalu, adik wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang suspek jenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama.

Polis mendakwa kelima-lima mereka - berusia 17 hingga 30 tahun - adalah anggota geng 'PCO Boy', yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan.

Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, Uthayakumar berkata: "Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut."

Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu.

ULASAN SAYA:

Apakah keadilan yang dituntut mengikut perspektif peguam tersebut? Adakah penjenayah seperti itu perlu diberi salam, sebelum ditangkap?

Atau polis perlu membiarkan mereka melakukan  jenayah lagi? Berapa orang lagi mangsa rompakan mereka perlu menderita, demi keadilan yang kononnya dituntut terhadap kematian kumpulan PC BOY?

Pemikiran sebegini adalah satu escapisme pihak yang suka menyalahkan orang lain. Mereka beranggapan kes jenayah seperti dilakukan oleh PC BOY tidak berbahaya, malah ia seumpama Robin Hood, barangkali? Hakikatnya, matlamat untuk hidup mewah tidak boleh dicapai melalui perbuatan merompak dan menyamun.

Tak masuk akal langsung! Negara kita ada undang-undang. Polis melepaskan tembakan setelah penjenayah bertindak menembak mereka. Dalam hal ini, saya sokong tindakan pihak polis. Sesiapa juga, tidak kira warna kulit dan agama, jika bersalah, wajar diambil tindakan. Jika berbahaya, tidak perlu dibiarkan. Ia boleh menjejaskan keamanan negara.

Jambatan Runtuh, Yang Naya Cikgu Juga!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam siasatan KPM yang dimaklumkan oleh Menteri Pelajaran, kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Kuala Dipang dikatakan berpunca daripada struktur asas binaan jambatan yang lemah.

Struktur binaan tidak kukuh mungkin punca jambatan runtuh: Muhyiddin (Berita Harian Online)

KUALA LUMPUR: Siasatan awal kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, mendapati struktur binaannya yang tidak kukuh mungkin punca kejadian yang mengorbankan tiga murid bulan lalu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) itu juga mendapati pembinaan jambatan berkenaan tidak mempunyai pelan lengkap.

Bagaimanapun, katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan jawatankuasa khas dengan membabitkan pelbagai agensi termasuk JKR, polis negeri Perak dan kerajaan negeri.

Hakikat yang berlaku selepas tragedi itu, guru di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil, turut mendapat tempiasnya.

Menurut Setiausaha Agung NUTP, guru berkenaan menghadapi trauma dilabel sebagai pembunuh oleh rakan taulan ibu bapa mangsa yang terbunuh dalam tragedi berkenaan.

Kasihan cikgu, niat yang baik disalahertikan. Memanglah kehilangan nyawa dalam tragedi itu sesuatu yang sukar diterima, tetapi itulah takdir yang perlu dihadapi oleh pihak yang terlibat.

Menyalahkan guru adalah satu tindakan yang tidak baik, kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada profesion ini pada mata masyarakat.

Biarpun tragedi itu mengorbankan tiga nyawa murid yang tidak berdosa, janganlah ada pula guru yang menjadi mangsa akibat tindakan segelintir manusia yang kurang akal. Dalam hal ini, KPM, JPN dan PPD wajar membuat sesuatu jika didapati nyawa guru terancam. Jangan bertindak lambat, seolah kurang aspek penjagaan kebajikan warga pendidik. 

Tuesday, November 10, 2009

BERSETUJUKAH ANDA DENGAN JOSE MARIA AZNAR?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jose Maria Aznar adalah seorang Perdana Menteri Sepanyol satu ketika dahulu. Pemerintahannya tidak lama, tetapi ketika Perang Teluk, Perdana Menteri ini menyokong tindakan NATO dan Amerika Syarikat. 

Bagaimanapun, kecaman rakyat sendiri menyebabkan dia membawa pulang tentera Sepanyol dari Timur Tengah.

Baru-baru ini, dia mengeluarkan kenyataan ketika berucap di sebuah universiti. Setujukah anda dengan pandangannya?


Video: Former Prime Minister Of Spain Jose Maria Aznar Says All Jihadists Are Muslims.
 

Length of Full Interview: 4:29



 


(1:20) "I am very aware that not all Muslims are jihadists but all jihadists are Muslims. Let me be clear because this is something very sensitive. I am not saying or implying that we are confronted by Islam or that we are at war with Islam. What I'm trying to say is that there is a struggle within the Islamic world between moderates and radicals"
 
Who: Former Prime Minister Of Spain Jose Maria Aznar
Where: Georgetown University

Monday, November 9, 2009

Lawatan Abang Chik Ke Zoo Taiping

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sabtu lalu, Abang Chik, anak ke-4 saya mengikuti lawatan ke Zoo Taiping anjuran TASKI ABIM tempat dia belajar. Mulanya risau juga melepaskannya, tapi saya menaruh kepercayaan penuh kepada guru-gurunya. Seronok benar dia ke sana.

Abang Chik di baris ke-7, belakang sekali!


Sebenarnya, anak saya yang ini tak pernah naik bas. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Dia begitu teruja naik bas ke Taiping. Tapi sepanjang perjalanan pulang dari sana, dia tertidur.

"Letih mandi di kolam air panas," kata cikgu pengiringnya.

Memanglah, tiba di rumah, 'melepek' dia tidur hingga hampir masuk maghrib.

Sunday, November 8, 2009

Sejarah Kaum Muda dan Kaum Tua Berulang

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya mulakan rencana kali ini dengan mengajak kita melihat dari sudut sejarah perkembangan gerakan Islam semasa zaman penjajahan.

Dalam Sejarah Malaysia Tingkatan 5, satu tajuk yang sering dibincangkan oleh guru dan pelajar adalah Gerakan Islah. Apabila membincangkan tajuk ini, seorang tokoh yang dikaitkan dengan gerakan ini ialah Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi (22 November 1867 - 20 Februari 1934) yang merupakan pelopor gerakan Kaum Muda di Malaya ketika itu.



Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka. Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami, Yemen. Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana, Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana. (sumber:wikipedia)

Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan pelajar di Makkah, Beirut dan Kaherah. Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari Mesir, Muhammad Abduh.

Kembali ke Malaya, beliau terpengaruh dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari yang mendedahkannya dengan pemikiran Muhammad Abduh dan Rashid Rida. Bersama-sama Shaikh Mohamad Tahir, Sheikh Mohamad Salim al-Kalili dan Haji Abbas Mohamad Tahar, mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura.

Pada 4 Februari 1908, beliau membuka Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Antara tahun 1909 - 1915, beliau menjadi peguam di mahkamah syariah di Johor Bahru. Tetapi pada tahun 1915, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya tersebut membolehkan beliau kembali ke Melaka dan membuka madrasah di sana bersama Haji Abu Bakar Ahmad yang kemudian dikenali sebagai Madrasah Al-Hadi. (sumber:wikipedia)

Tetapi masyarakat Melayu di Melaka tidak menyukai cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau yang ketika itu disifatkan terlalu radikal dan kontroversi. Dalam kalangan ulama tempatan berpendidikan pondok, mereka mengecamnya kerana beberapa saranannya kepada masyarakat dianggap tidak sesuai. Media kemudiannya membahagikan kelompok ulama aliran pondok yang konservatif ketika itu sebagai Kaum Tua, manakala Syed Sheikh Al-Hadi dan rakan-rakannya yang menerima pengaruh reformasi Timur Tengah sebagai Kaum Muda.

Kaum Muda melihat anak-anak perempuan di Malaya tidak diberi peluang dalam menimba ilmu. Mereka mencadangkan wanita turut diberi peluang pendidikan. Hal ini tidak disenangi Kaum Tua ketika itu, kerana beranggapan setinggi mana pun wanita belajar, akhirnya akan ke dapur menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kaum Muda turut memperjuangkan isu ekonomi, misalnya kepentingan menguasai ilmu perniagaan, dan kemahiran berbahasa Inggeris yang sepatutnya dipertingkatkan oleh orang Melayu. Malangnya, Kaum Tua melihat ia seolah-olah membuka ruang kepada gerakan mengkristiankan orang Melayu jika belajar di sekolah aliran Inggeris.

British, ketika itu sudah merasakan bahang reformasi yang dibawa oleh Kaum Muda, lantas bertindak pantas menggunakan saluran Raja-raja Melayu ketika itu untuk menghalang Gerakan Islah. Raja-raja Melayi ditekan agar tidak membenarkan gerakan reformasi berkembang melalui enakmen dan akta yang tertentu. Dengan demikian, pengaruh Gerakan Islah terbatas di Negeri-negeri Selat sahaja iaitu di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1919, Sheid Sheikh Al-Hadi berpindah ke Pulau Pinang dan membuka Madrasah Al-Mashoor, yang salah seorang tenaga pengajar di madrasah itu ialah Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari. Madrasah al-Mashhor juga antara antara madrasah yang terkenal dengan pengaruh gerakan radikal pada zaman penjajah. Madrasah tersebut merupakan sebagai instrumen untuk memberi pendidikan kepada pemikir dan aktivis reformis muda Muslim ketika itu.

Biarpun menerima tekanan daripada kerajaan British yang memerintah Malaya ketika itu, pada tahun 1927, beliau membuka Percetakan Jelutong di Pulai Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam. Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.(sumber:wikipedia)

Hari ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa apa yang berlaku kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) adalah ulangan sejarah masa lampau. Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS bertindak mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) dengan mendakwa Dr. MAZA tidak diberi tauliah untuk mengajar dan menyampaikan ajaran Islam. Beberapa pihak pula mendakwa Dr. MAZA membawa ajaran Wahabi. Rentetan ini berlaku kerana beberapa pembaharuan yang dibawa oleh Dr. MAZA tidak disenangi oleh segelintir ilmuwan yang masih beretorika bagaikan Kaum Tua dahulu.

Meminjam kata-kata Faisal Tehrani, tindakan JAIS sebenarnya menghina Raja Perlis yang telah menganugerahkan Dr. MAZA Anugerah Maal Hijrah Negeri Perlis 1427 Hijrah.

Hakikatnya, kita sedang melihat ulangan sejarah pertentangan Kaum Muda dan Kaum Tua. 

Perspektif Saya: Final Piala Malaysia

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Foto ehsan Utusan Online

Kekalahan Kelantan dalam final Piala Malaysia pastilah mengecewakan peminat dan sebahagian besar penonton yang membanjiri Stadium Bulit Jalil malam tadi.

Hemat saya, Kelantan tidak bermain seperti yang sepatutnya. Permainan yang diharapkan berkualiti ditenggelamkan oleh kekalutan barisan pertahanan dan kegagalan penyerang menyudahkan hantaran.

Gol pertama NS berpunca daripada kesilapan pertahanan Kelantan yang tidak membuat usiran atau 'clearence' dengan cepat. Gegak gempita di Stadium Bukit Jalil senyap seketika dengan gol pertama tersebut.

Selepas itu, permainan NS lebih menjadi. Kawalan bola dari bawah ke tengah padang sering menguji Halim Napi, manakala pemain Kelantan yang diterajui Indraputra Mahayuddin gagal menyinar. Ketika NS kerap melakukan serangan dari sepakan sudut, pemain lawan masih tercari-cari rentak. Mereka boleh membawa bola sehingga ke tiga suku padang, tapi apabila menjengah ke kotak penalti, pasti dirembat pertahanan NS.

Secara peribadi, saya berharap Kelantan menjuarai perlawanan akhir malam tadi, tapi selepas gol kedua oleh Hairuddin Omar, saya yakin harapan itu semakin mengubur. Zaquan Azha memang boleh merancang gerakan berbahaya, dan itulah yang menjadi kunci gol NS malam tadi.


Kepada semua peminat bola tanah air, terimalah keputusan ini. Yang terbaik pasti menjulang piala keramat tersebut. Tahniah juga kepada semua petugas media yang berjaya menghebahkan final ini menjadi lebih popular; diperkatakan di akhbar, radio, TV dan seumpamanya.

Tahniah juga kepada polis yang berjaya mengawal keadaan stadium yang berdentam dentum dengan mercun yang entah dari mana datangnya.

Tahniah juga kepada Bomba dan Penyelamat yang dapat mengawal kebakaran kecil di ruangan penyokong Kelantan ketika pemain sibuk di padang.

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. NS memang layak bergelar Juara Piala Malaysia 2009.

Saturday, November 7, 2009

Kita Sering Menghargai Apabila Kehilangannya


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


 Bahagian bergaris kesan pembedahan memasukkan besi di paha

Sebelum ini, dia sering ponteng sekolah. Nampak sungguh dia tak berminat untuk belajar. Awal tahun ini, kerap benar dia tidak hadir. Surat amaran sudah pun dikeluarkan, tapi sikapnya tetap sama.

Tidak lama kemudian, pada April 2009 kami mendapat berita dia kemalangan ketika bermotosikal. Dia pun bukan berlesen. Ditabrak kereta dari belakang, mujur nyawa tak melayang.

Kakinya parah. Doktor beri dia cuti selama 6 bulan. Sesuatu yang mungkin dia dambakan selama ini. Tapi lebih malang lagi, kecacatannya kekal.

"Saya mungkin tempang, cikgu." Katanya ketika saya mengunjunginya untuk bertanya khabar.

"Saya rindu nak ke sekolah, cikgu."

Badannya susut, tetapi kakinya lebih lagi. Tulang pahanya terpaksa disambung dengan besi untuk tempoh yang agak lama.

"Sakit tak?" Saya memegang lembut pahanya.

"Kalau berjalan, sakitlah. Kalau kilat, ada rasa ngilu." Dia merintih perlahan. Suaranya pun seakan sayu minta simpati.

"Kamu cutilah dulu. Doktor ada beri sijil sakit, kan?. Selagi kamu mendapat cuti daripada hospital, kamu tak dianggap ponteng." Saya jelaskan kepadanya.

"Saya minta maaf, cikgu. Dulu saya selalu tak hadir ke sekolah. Sekarang, saya jemu berada lama di rumah."

Saya sendiri tidak menaruh harapan untuk dia cemerlang. Dia akan menghadapi SPM tahun ini, tapi apalah boleh diharap kerana sudah hampir 5 bulan dia tidak ke sekolah.

Belajar sendiri? Rasanya sukar untuk dia buat, apatah lagi dengan sikapnya sebelum ini kurang ambil berat soal pelajaran.

Dia kehilangan nikmat untuk berjalan dengan baik, mungkin kerana kecuaiannya sendiri. Ikut hati, mati; ikut rasa, binasa. Sudah takdirnya dia tempang, dan saya pasti dia menghargainya selepas kehilangan nikmat tersebut.



Friday, November 6, 2009

Akhirnya Kekusutan Dr. MAZA Terlerai Juga

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Asri: PGSM janji mohon maaf, tarik balik tuduhan

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah memberi jaminan bertulis untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik semua tuduhan terhadapnya.
Katanya, jaminan bertulis itu ditandatangani dan diserahkan kepadanya oleh Presiden PGSM, Mohd Isa Abd Ralip selepas pertemuan dua jam di sebuah hotel di ibunegara petang semalam.

Dr Mohd Asri berkata, jaminan bertulis itu juga turut ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi halehwal Islam, Datuk Mohamad Jamil Khir Baharum sebagai saksi.

Katanya, pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz turut menghadiri pertemuan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau akan menunggu PGSM memohon maaf secara terbuka kepadanya dengan disiarkan dalam lamanweb rasmi persatuan tersebut dan melalui saluran media yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas satu forum di Pulau Pinang malam tadi, Dr Mohd Asri berkata sekiranya persatuan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua tuduhannya terhadapnya, maka beliau bersedia memaafkan mereka.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan tindakan menyaman PGSM jika persatuan itu gagal berbuat demikian, Dr Mohd Asi berkata beliau akan tunggu dan lihat apa pula alasan mereka, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun, beliau percaya, PGSM akan mengotai jaminan bertulisnya untuk berbuat demikian.

Sebagai sebuah persatuan Islam yang mewakili peguam Islam, Dr Mohd Asri percaya PGSM akan mengotai janjinya.

Sebelum itu, PGSM telah menghantar memorandum - yang disokong oleh 13 NGO Islam - kepada Yang di-Pertuan Agong membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Mereka membantah cadangan pelantikan Dr Mohd Asri ke jawatan tersebut atas alasan beliau telah menghina beberapa ulama Islam.

Berikutan itu, Asri telah menggesa persatuan tersebut mengemukakan bukti yang beliau telah menghina ulama besar Islam seperti Imam Nawawi, Imam Bukhari dan Imam Ghazali.

Dr Mohd Asri berkata, presiden PGSM telah menemuinya hari ini untuk mencari penyelesaian berhubung perkara tersebut.

Dalam pertemuan tersebut atas inisiatif menteri berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, beliau menuntut permohonan maaf secara terbuka dan semua tuduhan terhadapnya ditarik balik.

Katanya, ini kerana semua tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak masuk akal serta berunsur fitnah terhadapnya.

Sementara itu, katanya, Wan Sheikh pula menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan seorang pegawainya, Zamihan Mat Zain, mempertikaikan ketulenan ijazah sarjana muda bekas mufti Perlis itu dari Universiti Jordan, bukanlah pandangan Jakim.

"Ketua pengarah Jakim itu memberitahu saya bahawa Zamihan bercakap atas kapasiti peribadinya," kata Dr Mohd Asri. 

 Dipetik daripada Malaysiakini

Thursday, November 5, 2009

"Renyang" Pasal Sikat

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Renyang...


Tau tak apa maksud 'renyang'? Perkataan ini diguna pakai oleh penutur dialek Perak untuk situasi yang tak menyenangkan, atau perasaan yang sedang gundah.


Pagi ini, si abang ngah (anak kedua) sibuk mencari sikat.


"Sikat ada, baba?" Tanya dia sambil matanya mengelewar di bilik bacaan.


"Entah. Kamu letak di mana?"


"Tak tau."


"Pergi cari. Baba nak bersiap ni,"


Dia pergi ke bilik bacaan, tapi kemudiannya datang lagi.


"Ada sikat tak baba?" dia bertanya soalan sama.

Alahai, dari tadi dia bertanya perkara yang sama. Selepas dapat sikat, dia tersengih sambil menyikat rambutnya.



Renyang dibuatnya pasal sikat ni.

Wednesday, November 4, 2009

Majlis Anugerah Kokurikulum

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari ini, Rabu 4 November 2009, berlangsung majlis Anugerah Kokurikulum 2009 dalam suasana sederhana tetapi meriah. Ia diadakan di kantin sekolah, sebagai usaha menghargai para pelajar dan guru yang mengharumkan nama sekolah  dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah.

Tapi kami berbangga, sekurang-kurangnya ada wakil sekolah yang mewakili negara. Syabas Azhar!

Tuesday, November 3, 2009

Kalau Tersalah Bertindak, Mengakulah..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisah penangkapan Dr. Mohd Asri (Dr. MAZA), bekas mufti negeri Perlis baru-baru ini, bukan sahaja menggemparkan, malah ia menjadi tajuk utama dalam media massa minggu ini. 


Penangkapan beliau dilakukan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS di sebuah premis persendirian, ketika beliau sedang mengadakan kuliah bersama 300 orang pendengar. Alasan JAIS ialah Dr. MAZA tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah agama.



Malang sekali, cara yang dilakukan oleh JAIS tidak menampakkan kematangan dalam bertindak. Dengan diiringi oleh sepasukan anggota polis, drama penangkapan tersebut seolah-olah kelihatan untuk memberkas penjenayah yang berbahaya.


Tidak cukup dengan itu, Dr. MAZA dituduh menyebarkan fahaman Wahabi, yang mana beliau sendiri menafikannya.


Tuduhan terbaru adalah beliau dikatakan mempunyai kelayakan palsu dari sebuah universiti di Jordan.


Selepas ini, rakyat tertanya-tanya, apa pula tuduhan yang bakal dikenakan ke atas bekas mufti tersebut.


Sebelum lebih banyak fitnah dan alasan JAIS untuk mengiakan tindakannya, saya menasihatkan pihak yang berkenaan, kalau tersalah bertindak, mohon maaf segera. Jangan disulitkan keadaan yang sudah kelam kabut ini.

Percaya atau tidak, penyelesaiannya perlu disegerakan. Jika tidak, lebih banyak kemudaratan yang berlaku. Malah, imej Islam sendiri akan tercalar.



Tambahan pula, semakin lama, semakin ramai akan bersimpati dengan Dr. MAZA. Ini tidak baik untuk imej jabatan agama. kerana masyarakat melihat seolah-olah, ia memusuhi ilmuwan dan alim ulama.




NAP Akan Menindas Pemilik Kereta Lama

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Gek..gok..gek..gok..

Kerajaan sudah pun mengumumkan Dasar Automatif Nasional (NAP) pada minggu lalu. Antara intipatinya adalah pemeriksaan tahunan untuk kereta berusia 15 tahun ke atas. Pemeriksaan tersebut akan dibuat di PUSPAKOM, sebuah agensi yang dikhususkan untuk menyelia dan meluluskan prestasi sesebuah kenderaan sebelum urusan lain dilakukan oleh JPJ. Selepas diluluskan, barulah pemilik boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan tersebut.

Dari satu segi, ia baik, sebab mampu memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang memuaskan. Ini dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada keadaan sesebuah kenderaan.

Hakikatnya, kemalangan di Malaysia bukan berpunca daripada kereta buruk semata-mata. Faktor utamanya adalah sikap pemandu di Malaysia yang cuai dan tidak berhati-hati.

NAP yang diumumkan baru-baru ini sudah menampakkan 'hasil'nya. Seorang rakan merungut apabila hasratnya untuk memperbaharui cukai jalan terjejas, kerana pihak insurans tidak mahu melindungi keretanya yang berusia 29 tahun. Kereta tersebut mempunyai nilai sentimental kepadanya. Malah, kereta tersebut lebih 'sihat' berbanding kereta buatan Malaysia yang pernah dibelinya dahulu. Dia adalah sebahagian daripada ramai pemilik kenderaan yang tidak bersetuju dengan NAP yang diumumkan baru-baru ini.

Menurutnya, pihak insurans hanya menerima permohonan kereta berusia bawah 15 tahun. Itu pun, insurans komprehensif, bukannya Third Party. Ini bermakna, lebih banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk membayar premium insurans kenderaan lama. Sekurang-kurangnya RM400 perlu dibayar kepada syarikat insurans yang memberi pelbagai alasan menaikkan premium tersebut.

Kelmarin, Persatuan Penjual Kenderaan Terpakai menyatakan jualan kenderaan terpakai di Malaysia dijangka menyusut 15%. Ini berdasarkan senario semasa pengguna yang tidak mampu menanggung risiko pinjaman dan kredit kenderaan dalam suasana ekonomi tidak menentu.

Syarikat pengeluar kenderaan nasional boleh meletakkan harga yang 'sangat berdaya saing 'di UK, di Arab Saudi dan di negara lain, tetapi tidak di negara sendiri. Ia ibarat 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan'.

Begitu juga dengan kualiti, ia harus dipertingkatkan setanding dengan nilai yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan. Rakyat boleh menerima kereta buatan luar kerana 'alah membeli, menang memakai'. NAP juga seharusnya menekankan peningkatan kualiti pengangkutan awam kita yang masih belum setanding Singapura dan negara maju.

Sebaliknya, tidak perlu mengumumkan NAP saban tahun jika ia hanya menindas rakyat berpendapatan rendah. Ini akan menjadi racun kepada Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang. Mahukah begitu?


Monday, November 2, 2009

JAIS Berlawak Ketika Tangkap Dr. Asri?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 
Dr Asri diiringi oleh polis ketika dibawa ke balai polis Hulu Kelang

SUASANA sepi di sebuah rumah banglo di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dengan tiga buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.
Pada ketika itu, Mohd Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah di dalam kawasan banglo milik Tuan Hj Yahya itu.

Ceramah agama yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu. Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah.

Menurut anak tuan rumah, Norman Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo kira-kira jam 9.30 malam.
   
"Pada jam 9.30 ketika kuliah sedang berlangsung, pegawai JAIS memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah tanpa tauliah," kata Norman.
Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui berkata, pihak JAIS telah menunggu selama setengah jam di luar banglo sebelum membuat serbuan.
Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan.

Untuk menenangkan keadaan, Mohd Asri telah ditempatkan di sebuah bilik di dalam banglo tersebut sementara proses perundingan dijalankan.
Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Mohd Asri tidak mahu berganjak dan berkawal di hadapan bilik Dr Asri dan tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik bekas mufti itu.

 
Dr Asri kelihatan tenang, sedang dibawa ke balai polis Ulu Kelang

Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama tiga orang peguam dan pihak JAIS dan polis.
Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..."
Sharom juga kelihatan begitu agresif untuk memasuki bilik Mohd Asri.
"Siapa yang halang kita buat tangkapan, kita akan tangkap juga," kata Sharom.
 
Ketika ini, tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.
Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Mohd Asri.
Pihak polis juga telah mengarahkan pihak media dan mereka yang tidak berkenaan untuk mengosongkan rumah.
Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Mohd Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Hulu Klang untuk diambil keterangan.
Mohd Asri terus dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 tengah malam. Hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Mohd Asri terpaksa menanti dengan setia di luar kawasan balai.
Setelah hampir 1 jam, Mohd Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.
Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.

Komen saya:

JAIS perlu beri penjelasan mengapa Dr. Asri ditangkap, kemudiannya dibebaskan dengan bon, biarpun tiada pertuduhan. Janganlah berlawak dan berjenaka. Saya amat suka jika Ustaz Sharom Maarof, pegawai JAIS yang mengetuai serbuan itu memberi penjelasan lanjut. Pengarah JAIS pun hendaknya jangan senyap, sebab ini melibatkan kepentingan umum.   

Tatu "Cinta Monyet"

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dia berumur 15 tahun, dan baru selesai menduduki PMR. Pelajar lelaki ini sedang menyanyi -nyanyi kecil ketika terserempak dengan saya.

Rupanya  dia bertatu. Peliknya, tatu tersebut bukan tatu yang biasa dilihat. Ia adalah kesan torehan pada lengan kirinya. Tertulis nama "Ainon".




"Siapa? Makwe kamu ke?" Saya mencungkil rahsia tatu itu.

Dia tersengih. Nampak riak cuak di wajahnya.

"Dah lama, cikgu. Dah tak ada apa-apa." katanya dengan sengih kelat yang dibuat-buat.

Saya membelek-belek lengannya. Kesan torehan itu pasti dibuat sendiri.

"Mengapa kamu toreh lengan kamu? Tak sakit?"

Dia diam tak menjawab.

"Ainon ni, pelajar kita?"

Masih sengih dengan riak tidak selesa ditanya begitu.

Dia sanggup mencederakan lengannya semata-mata ingin 'membuktikan' cintanya kepada kekasih hatinya. Apa pula balasan si gadis kepadanya?  Jika difikirkan, macam-macam andaian yang boleh dibuat.

Demi cinta, apa sahaja sanggup dilakukan.

Penangan cinta monyetlah katakan.

Sunday, November 1, 2009

Pentingnya Wasiat Sebelum Mati

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Statistik daripada web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Wasiat kadang kala dianggap tidak penting dalam kalangan warga Malaysia, khususnya orang Islam. Kematian individu yang mempunyai harta mendatangkan masalah kepada mereka yang hidup, apabila si mati tidak berwasiat tentang hartanya sebelum berhijrah ke alam baqa.

Mungkin ada yang beranggapan berwasiat atau membahagi-bahagikan harta, menunjukkan kecintaan kepada dunia. Tidak kurang juga yang beranggapan, wasiat boleh diselesaikan oleh mereka yang hidup kemudian.

Hakikatnya, wasiat sangat perlu dibuat. Apatah lagi, penyelesaian wasiat selepas kematian amat memeritkan, dan mengambil masa yang lama. Karenah birokrasi menambahkan lagi kekusutan hal ini.

Menurut PPIM, orang Islam kurang menyedari pentingnya wasiat. Ini dibuktikan apabila kurang 300, 000 wasiat dibuat pada tahun 2007.

Penduduk Malaysia pada tahun 2008, dianggarkan 28 juta orang. Daripada jumlah ini, 10 juta orang terdiri daripada orang Islam yang berumur 18 tahun dan ke atas. Ini bermakna, jumlah orang Islam yang menyediakan wasiat sebelum kematian mereka tidak sampai 10%!

Impak daripada ini adalah, ia menyebabkan harta milik orang Islam tidak dapat diselesaikan. Bayangkan, jumlah wang simpanan, rumah, tanah dan seumpamanya menjadi pertikaian ahli keluarga. Bukan setakat itu, ia juga menjadi sebab terputus hubungan adik beradik, saudara mara dan menimbulkan fitnah yang berpanjangan. Malah, ada harta seperti tanah yang tidak diurus dan terbiar selama bertahun-tahun, kerana tiada penyelesaian berkaitan pemilikannya.

Dengan adanya Amanah Raya dan institusi kewangan seperti Bank Islam yang boleh menguruskan perkara ini, sepatutnya kita mengambil peluang untuk membuat wasiat demi kepentingan orang tersayang. Cara ini akan dapat mengurangkan statistik masalah berkaitan harta orang Islam selepas mereka mati.

Jika anda mempunyai harta dan tanah, berwasiatlah untuk kemudahan mereka yang disayangi.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...