Wednesday, January 21, 2015

4 KUMPULAN LELAKI YANG DITARIK MASUK KE NERAKA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka hanya kerana wanita. Mereka ialah lelaki yang rapat dengan wanita tetapi tidak memberikan haknya dan tidak menjaga amanah  yang sepatutnya. Mereka ialah:

1. Ayahnya 

  Apabila seorang lelaki bergelar ayah tidak mempedulikan hak anak-anak perempuannya di dunia, tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya. Malah dia membiarkan anak- anak gadisnya mendedahkan aurat. Tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah dia menjaga solatnya? Adakah kau mengajarnya bersolat dan menutup aurat? 

 
2. Suaminya

 

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya dalam pergaulan, bebas di pejabat, memperhiaskan diri untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dan solatnya tidak pernah tertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
 

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan menderita atas perbuatannya di dunia)

3. Abang-abangnya

 

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak lelakinya

 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. ...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
 

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa yang tak lepas dari melakukan dosa.

YA ALLAH, AMPUNKANLAH DOSA KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI HAMBA-MU YANG DAHAGAKAN PENGAMPUNAN-MU. PERMUDAHKANLAH KAMI MELAKSANAKAN AMANAH SEBAGAI SUAMI, DAN SUAMI KEPADA PEREMPUAN TERSAYANG DI SEKELILING KAMI

Friday, January 9, 2015

KISAH KAAB ALASYRAF DAN SERANGAN TERHADAP KARTUNIS DI PERANCHIS

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Beberapa kartunis terkenal adalah antara 12 orang yang terbunuh apabila  tiga lelaki bersenjata menyerbu pejabat akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo di Perancis pada hari Rabu 7 Januari lalu. Antara mereka yang terbunuh adalah Ketua Pengarang, Stephane Charbonnier yang dikenali sebagai Charb dan kartunis yang dikenali sebagai Cabu, Tignous dan Wolinski.Pihak berkuasa dalam siasatan awal mendapati serangan tersebut ada kaitan dengan penghinaan konsisten akhbar satira tersebut terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. melalui karya kartunis yang dimuatkan di akhbar berkenaan. 

Kita boleh telusuri satu kisah yang saya petik daripada Sirah Taragung Muhammad (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam Jilid 2) yang boleh dikaitkan dengan peristiwa serangan tersebut.
 
Kisah penghinaan Kaab Alasyraf, seorang pemimpin Yahudi Madinah yang kaya dan berpengaruh sering dibuat melalui syair-syair dan diperdengarkan di khalayak umum di Kota Madinah. Selepas peperangan Badar berjaya dimenangi oleh pasukan Muslimin, Kaab Alasyraf  menempelak melalui syairnya.   

“Benarkah Muhamad berjaya mengalahkan mereka seperti yang disampaikan oleh dua utusan ini?. Padahal mereka (orang Quraisy Mekah) orang-orang Arab yang termulia dan raja manusia. Demi Tuhan, jika Muhamad berjaya mengalahkan mereka maka perut bumi lebih baik daripada permukaannya.”
 
Tidak cukup dengan itu Ka’ab yang pandai berpuisi mencipta puisi menghina Nabi Muhamad saw, para sahabat dan wanita Islam. Perbuatan Kaab mengundang rasa marah orang Islam. Nabi menasihati dan menegur perbuatan Kaab tetapi pemimpin Yahudi tersebut tetap dengan sikap bongkak dan  sombongnya memecahkan perpaduan masyarakat di kota Madinah. 

“Siapakah yang sanggup bertindak terhadap Ka’ab bin al Asyraf bagi mewakili aku?” Tanya Nabi Muhamad saw.
 
“Wahai Rasulullah, saya sanggup membunuhnya,” kata Muhamad bin Maslamah.
 
“Sila lakukan jika engkau sanggup melakukannya,” kata nabi.

 Muhamad bin Maslamah dan kawan-kawannya menggunakan tipu helah bagi memperdayakan Ka’ab kerana penyair Yahudi itu dikatakan kuat gagah serta mempunyai ilmu sihir. Muhamad bin Salamah dan Silkan bin Salamah pura-pura dalam kelaparan datang untuk meminta makanan.
 
“Mahukah kamu menyerahkan anak gadis atau isteri kamu?”  tanya Ka’ab dengan angkuhnya.

Muhamad bin Maslamah dan kawannya Silkan bin Salamah mengajak Ka’ab keluar dari rumahnya. Sambil berjalan Silkan berkata:
 
“Alangkah wanginya rambut kamu wahai Ka’ab, boleh aku menciumnya?”
 
Ka’ab yang suka dipuji membenarkan Silkan mencium rambutnya. Kemudian Silkan meminta izin untuk mencium rambut Ka’ab kali kedua.
“Kau boleh cium rambutku sepuasnya…” kata Ka’ab dengan bangga.
Maka Silkan memegang kepala Ka’ab dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menghunus pisau lalu dikelarnya leher Ka’ab.

Hikmah daripada pembunuhan ini, sejak kejadian tersebut, orang Yahudi Madinah dari suku Quraizah bersembunyi di sebalik gunung dan tidak berani menghina Islam dalam tempoh yang agak lama.

Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri bahawa tindakan provokasi akhbar satira tersebut mencetuskan peristiwa serangan berkenaan.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan bahawa kartunis berhak mengkritik melalui karya mereka, dan masyarakat  mesti menghormati hak kartunis memberi pandangan mereka. Penghinaan terhadap Nabi s.a.w. bukan  satu kritikan. Ia sama seperti perbuatan Kaab  Alasyraf.
setiap kartunis mesti dibenarkan untuk mengkritik melalui karya mereka. Sebarang tidak puas hati atau bantahan mengenai kandungan karya tersebut mesti dijawab melalui perbincangan, perdebatan dan cara yang bertamadun.

Walau pun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesebuah karya kartun, kita sepatutnya menghormati hak kartunis untuk memberi pandangan melalui lukisan mereka.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kutuk-pembunuhan-kartunis-di-perancis-zunar#sthash.CADiHxEq.dpuf
setiap kartunis mesti dibenarkan untuk mengkritik melalui karya mereka. Sebarang tidak puas hati atau bantahan mengenai kandungan karya tersebut mesti dijawab melalui perbincangan, perdebatan dan cara yang bertamadun.

Walau pun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesebuah karya kartun, kita sepatutnya menghormati hak kartunis untuk memberi pandangan melalui lukisan mereka.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kutuk-pembunuhan-kartunis-di-perancis-zunar#sthash.CADiHxEq.dpuf
setiap kartunis mesti dibenarkan untuk mengkritik melalui karya mereka. Sebarang tidak puas hati atau bantahan mengenai kandungan karya tersebut mesti dijawab melalui perbincangan, perdebatan dan cara yang bertamadun.

Walau pun kita mungkin tidak bersetuju dengan sesebuah karya kartun, kita sepatutnya menghormati hak kartunis untuk memberi pandangan melalui lukisan mereka.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kutuk-pembunuhan-kartunis-di-perancis-zunar#sthash.CADiHxEq.dpuf

Peribahasa Melayu ada menyebut, berani buat, berani tanggung. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Wednesday, January 7, 2015

BANJIR PENUTUP KALENDAR 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini, 

Dalam kekalutan menghadapi kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 (yang akhirnya disahkan terhempas di Laut Jawa pada 26hb Disember 2014 dan ia berlaku hampir 10 tahun selepas tsunami gergasi melanda Asia Tenggara), negara juga berdepan cabaran menangani banjir besar. 

Peristiwa banjir di Kelantan, Terengganu dan  Pahang turut menjangkiti Perak, khususnya kawasan yang berdekatan Sungai Perak. Daerah Kuala Kangsar dan Hilir Perak serta Manjung turut mendapat tempiasnya.

Di Manjung, kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Kampung Ulu Kayan dan Parit Jerman, kedua-duanya terletak di mukim Lekir. Di kawasan saya, ia juga berlaku tetapi tidak seteruk di dua kawasan yang saya nyatakan tadi. Rumah jiran saya, Asri atau lebih dikenali dengan nama Pak Abu telah dinaiki air separas buku lali. Beliau tenang menerima keadaan ini kerana telah biasa berdepan air separas lutut.  

Sebaik pulih daripada kesan 'jet lag' semasa umrah, saya sempat meninjau keadaan banjir di sekitar Kayan. Saya dapati mangsa banjir daripada dua kampung yang dinyatakan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kayan, kira-kira 2 km daripada kawasan bencana. Di situ juga pihak Polis, JPAM, Bomba, KEMAS dan RELA telah membuat persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. YB Datuk Rashidi Ibrahim turut serta menghulurkan bantuan meninjau keperluan di kawasan DUN Pasir Panjang tersebut.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa yang saya lihat dengan keadaan rumah ditenggelami air, pastinya lebih berat untuk ditanggung oleh mangsa banjir itu sendiri. Biarpun tidak seteruk mangsa banjir di Manek Urai di Kelantan, musibah ini harus diterima secara berlapang dada, dan tidak menyalahkan takdir Allah. 
  
Banjir sebenarnya adalah isyarat daripada Allah untuk hamba-Nya.  Moga kita lebih menghormati isi alam terutama tumbuh-tumbuhan. Allah tidak menjadikan pokok-pokok besar hanya untuk mencantikkan lanskap bumi semata-mata. Dari segi geografi, pokok besar bertujuan mencengkam tanah dan menjadi pelindung kepada kepanasan matahari. Fotosintesis pula mengeluarkan Oksigen untuk bekalan kelangsungan hidup manusia dan haiwan. Apabila kita terlalu tamak meneroka hutan untuk membangunkan kawasan, banjir adalah kesan langsung daripadanya. 

Inilah harga yang perlu kita bayar akibat daripada kesilapan kita sendiri.


Rumah Pak Abu yang agak rendah telah dinaiki air separas buku lali

Jambatan Ulu Kayan dikhuatiri tidak mampu bertahan

Air deras dari arah petak sawah ke sungai menuju ke laut

Pokok sawit ditenggelami air

Banjir juga membawa rahmat dan rezeki kepada mereka yang berusaha

Friday, January 2, 2015

UMRAH 2014: PENGALAMAN TERINDAH (UPDATE)



Sebahagian jemaah umrah yang dapat berkumpul sebelum berpisah
Alhamdulillah saya selamat kembali ke tanah air selepas hampir dua minggu berkelana di bumi Haramain mengerjakan ibadah umrah bersama isteri dan mertua. Kami mengikuti program umrah bersama Omega Travel dikendalikan oleh Datin Hajah Che Fatimah. Beliau bertubuh kecil tetapi ramah dan mudah mesra.

Kami di KLIA
Pelbagai peristiwa suka duka dialami bersama, tetapi ia menjadikan kami rapat antara satu sama lain. Saya bertemu dia keluarga Aswadi, yang membawa isteri, dua orang anak dan ibu bapa mertuanya serta ibu saudaranya. Lewat perjalanan barulah saya tahu rupa-rupanya ibu mertua Aswadi menghidap kanser. Moga Allah menguatkan semangatnya.
Keluarga Kak Jamilah juga ada cerita tersendiri. Anak sulungnya meninggal dunia beberapa bulan lalu walaupun awalnya mereka merancang umrah bersama-sama. 
Pakcik Malek, ayah mertua Halim, kehilangan isteri beberapa bulan lalu. Ingatannya masih terkenang arwah isteri yang dikahwini lebih 40 tahun lalu. Saya berdoa agar beliau kuat semangat dan dapat meneruskan kehidupan.


Bersama Halim, rakan yang turut membawa mertuanya

Faizal dan isterinya Lydia, baru berumahtangga dan saya doakan mereka cepat-cepat menimang cahaya mata.
Azaman dan isterinya Halimaton membawa 3 orang anak mereka bersama-sama, manakala Azrin dan Zailani, dengan anak mereka Zahin, antara yang paling banyak membantu urusan kelewatan jadual penerbangan di lapangan terbang kerana berpengalaman dalam urusan tersebut.
Bekas ADUN Gual Ipoh yang mesra dipanggil Ayahku dan Faris, anaknya juga mudah mesra dengan jemaah. Begitu juga ejen takaful, Kak Roslina dan suaminya abang Hanet.
Kekuatan semangat Pakcik Halim dan isterinya makcik Hamidah terserlah tatkala berita kawasan perumahan mereka di Wakaf Che Yeh diberitakan dilanda banjir paling teruk di Kelantan. 
" Seumur hidup saya selama 62 tahun, tak pernah lagi banjir besar begini," Kata Pakcik Halim bercerita tentang untung nasib rumahnya. Dia dan isteri redha dengan ujian ini, dan berdoa anak cucu yang berada di sana selamat dalam peliharaan Allah. 
Datin Hajah Che Fatimah sendiri, pernah mengalami detik kehidupan yang hampir menamatkan riwayatnya tetapi Allah masih memberinya peluang untuk membawa jemaah umrah  kali ini. 
Malah, saya dan isteri pun ada cerita tersendiri (sudah saya ceritakan dalam entri terdahulu)

Teruja melihat Kaabah kali pertama

Berlatarbelakang dataran Masjidilharam selepas solat fardhu
 Dari Jeddah, kami ke Mekah dahulu untuk mengerjakan umrah dengan niat ihram di Qarnul Manazil. Berikutnya, kami berpeluang lagi mengerjakan umrah dengan berniat ihram di Tan'im, Ja'ronah dan Hudaibiyah. Kami juga dapat ke Jabal Rahmah, Muzium Kaabah dan Gua Hirak.

Zamzam Tower di hadapan mata
Di Jabal Rahmah, bukit batu setinggi kira-kira 40 meter menjadi tumpuan pengunjung. Sepasang jemaah Indonesia cuba diperdaya oleh seorang remaja lelaki Arab yang meminta wang melalui perkhidmatan foto segera dengan harga SR60. Mujur juga saya menyamar sebagai anaknya, menyebabkan remaja Arab itu akhirnya tidak jadi meminta wang tersebut.
Jabal Rahmah yang berbatu keras hingga ke puncak
 Gua Hirak di Jabal Nur bukan calang-calang kawasan. Pendakiannya pada waktu malam menyebabkan kami menjangka ia mudah. Hakikatnya, menaiki tangga yang sudah tersedia merupakan satu cabaran yang cukup memenatkan. Bagaimanapun saya dan isteri dapat juga sampai ke pintu gua tersebut setelah pendakian hampir satu jam. Menuruni bukit itu lebih mudah dan cepat. Kami selamat tiba di kaki bukit dan berehat seketika sebelum kembali ke hotel.
Keindahan Zamzam Tower dilihat dari arah Jabal Nur
Peluang beribadah di Mekah kami manfaatkan sebaiknya. Pada Sabtu, kami bergerak ke Madinah untuk ziarah di Makam Rasulullah, Raudah dan kawasan sejarah perkembangan Islam seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud,  ladang kurma dan seumpamanya.
Panorama payung gergasi menguncup di Masjid Nabawi

Semasa di Masjid Nabawi, kami berkenalan dengan seorang pemuda dari Peranchis bernama Anwar, yang pandai berbahasa Melayu. Beliau pernah ke Malaysia dan bekerja di Muzium Kesenian Islam selama 6 bulan.
Kami bersama Anwar dan Eunus dari Peranchis



Akhirnya kelewatan berakhir juga
Perjalanan pulang ke tanah air lewat daripada yang dijadualkan kerana pesawat yang sepatutnya tiba di Jeddah terpaksa transit di Muscat, Oman atas faktor cuaca. Akhirnya, pada pukul 8 malam, kami berangkat juga meninggalkan bumi Haramain dan transit di Dubai selama 4 jam sebelum tiba di Changi. Pada pukul 8 malam, 31 Disember 2014, kami akhirnya selamat tiba di KLIA. Sesungguhnya, peluang umrah kali ini memberikan banyak manfaat kepada saya. Insya-Allah jika diizinkan Allah kami ingin sekali lagi ke sini mengerjakan ibadah Haji pula.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...