Wednesday, January 31, 2018

KAYUH SANTAI CUTI THAIPUSAM

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Peluang cuti sehari semasa hari Thaipusam digunakan oleh Geng Kayuh Selama untuk berkayuh 40 km. Kayuhan kali ini disertai 10 orang yang telah bersetuju memecahkan lemak di perut. Saya dan Haji Ibrahim bertolak dari Taman Permai 2 ke Caltex menghala ke Selama Kedah. 

Kami berkumpul dulu di Caltex Selama


Berhenti rehat di inap desa di Gunung Bongsu

Di sana, rakan-rakan lain telah sedia menunggu. Kami memulakan kayuhan kira-kira 8.20 pagi dari pekan Selama- Bkt Bertam-Gunung Bongsu- Sg Batu- Sg Kasai-Sg Buluh- Selama Kedah- Selama sejauh 49km. 

Kesimpulannya
1. Matlamat kayuh 40 km tercapai, jumlah jarak dari Taman Permai 2 adalah 49.56km
2. Hasrat merapatkan ukhuwah sesama rider Selama tercapai. Dapat kenal Otai Kayuh seperti Pak Ya, Farid dll serta membantu rakan yang cramp dan ketika tayar pancit semasa dalam perjalanan pulang.
3. Panorama cantik Gunung Bongsu serta kolam homestay yang tenang dan damai. Kalau sesiapa masih ingat Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung (karya Arwah Azizi Haji Abdullah), latar tempatnya di gunung ini. 
4. Kayuhan mendaki beberapa bukit memang mencabar, rasa nak pecah dada.. 
5. Terima kasih rakan rider yang bermurah hati belanja kami- Zaidi dan Farid (moga Allah murahkan rezeki tuan tuan)
6. Kayuhan hari ini berjaya membuktikan kekentalan semangat kami. 

Eat and ride, ride and eat.. 😆😁😆

Sunday, January 14, 2018

GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KELAS KE ARAH PAK21

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada 13 Januari 2018, SEBAYU mengadakan gotong royong perdana untuk menceriakan kelas ke arah Pembelajaran Abad 21. Program ini bertujuan memastikan pelaksanaan susunan kelas dan keceriaan bilik darjah yang sesuai dengan PAK21. Ia juga dapat memupuk rasa kasih dan sayang pelajar terhadap kelas masing masing, di samping mengeratkan hubungan guru kelas, guru mentor dan pelajar. 

Program pada pagi Sabtu dimulakan dengan taklimat pengetua di dataran perhimpunan. Pelajar dibahagikan mengikut kelas masing masing dengan pengawasan guru. Pengetua dalam ucapannya menyatakan tujuan program diadakan di samping mengingatkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi.

Penglibatan pelajar dalam program ini dikira sebagai markah adab dalam SSDM dan akan dimasukkan oleh guru kelas sebagai insentif kepada pelajar yang menunjukkan contoh nilai yang baik yang boleh diteladani.  
Pengetua memberi taklimat gotong royong
   


Cikgu Syazreen dan Cikgu Faezah turut membantu pelajar menceriakan kelas

Cikgu Aslam dan pelajar lelaki bekerjasama menghias kelas

Setiap kelas dibekalkan 4 poster sumbangan PIBG

Kerja-kerja menyediakan hiasa kelas 

Pelajar lelaki turut sama memasang langsir kelas

Kelas yang telah siap dipasang langsir 

Sebahagian serikandi SEBAYU yang mebantu guru menghias kelas

Cikgu Asita dan pelajar yang membantunya menghias kelas 5K1

Pelajar turut memasang tali mengandungi maklumat hari lahir rakan sekelas

Cikgu Salawati dan pelajar yang membantunya

Ustazah Fasiha memantau kerja kerja pelajar menghias kelas  

Cikgu Mad Khir dan pelajarnya menghias dinding kelas 3Dedikasi 

Sentuhan akhir Cikgu Rosilawati di Pusat Sumber 

Keceriaan di Pusat Sumber SEBAYU



Sijil dan anugerah Pusat Sumber dipamerkan di pintu masuk

Pancuran air mini di Pusat Sumber

Program gotong royong ini mendapat sambutan baik pelajar dan guru yang hadir dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ia berakhir kira kira pukul 11.30 pagi.

Thursday, January 4, 2018

SELAMAT BERSARA HAJI ZAINAL SISC+ LMS

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Saya bersama barisan kepimpinan sekolah menengah LMS 

Haji Zainal Ariffin mempunyai jiwa pendidik yang luhur

Khidmat bimbingannya tersemat di dalam hati pendidik SEBAYU

Persaraan Haji Zainal Ariffin pegawai pembimbing sekolah SISC+ diraikan di Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama pada 29 Disember 2017 lalu. Beliau juga adalah 'penghulu' SMK Sungai Bayor. Haji Zainal banyak membimbing guru khususnya guru Bahasa Melayu dalam pedagogi yang serba mencabar. 

Dua rangkap pantun saya tujukan kepada tuan, 
   Kutip keladi di pohon redup,
   keladi tua lemaknya kurang;
   Taburlah budi ketika hidup,
   Jasa tuan dikenang orang.

   Gadis jelita memasang dupa,
   Anyam ketupat atas pedati;
   Bakti jasa tidak dilupa,
   Sudah terpahat di dalam hati. 

Selamat bersara, tuan haji!

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...