Sunday, September 30, 2012

Perbandingan Bajet Kerajaan dan PR: Analisis Helmi Effendy

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum dan salam sejarhtera. Seperti yang sedia maklum, pada 28 September 2012 persamaan dengan hari jumaat, kita menyaksikan sebuah lagi belanjawan dibentangkan oleh DS Najib sebagai pemandu untuk kita terus maju dalam membawa negara Malaysia yang tercinta. Dalam masa yang sama, ada satu lagi puak yang sangat kempunan untuk memegang kuasa pemerintahan Malaysia turut membentangkan bajet mereka. Mereka tidak mahu kalah dan mahu menjadi raja dalm isu ini. 

Maka berduyun-duyun puak ini membentang bajet mereka lalu syok sendiri mendabik dada dan mengatakan bahawa bajet mereka itulahyang terbaik, mesra rakyat dan sebagainya lalu menuduh bajet BN sebagai bajet populis, bajet pilihanraya dan bajet gula-gula untuk rakyat. Sebenarnya saya tak faham apa yang ada dalam kepala mereka. Bagaimana pula dengan bajet mereka? Itu bukan bajet pilihanraya ? Bukan bajet gula-gula untuk rakyat dengan segala tawaran yang tidak masuk akal yang dipersembahkan. Kenapa harus melabel bajet yang yang memang tanggungjawab kerajaan sejak dulu lagi sebagai bajet gula-gula?

Saya tertarik untuk memetik kata-kata DR ASYRAF WAJDI DUSUKI yang merupakan seorang pakar ekonomi Islam ketika ditemu bual oleh TV9 dalam memberi ulasan mengenai dakwaan pembangkang yang mengatakan bajet 2013 sebagai bajet gula-gula. Katanya:

"Segala bajet sama ada dari kerajaan dan pembangkang itu ialah gula-gula, namun gula-gula yang bagaimana yang diharapkan? Yang bertanggungjawba atau sekadar berpaksi di atas realiti?" 

Jadi, izinkan saya untuk membandingkan Buyjet Pembangkang dan Bajet 2013, kita cari mana satu kayangan langit ketujuh dan mana satu bajet berhemah yang dipenuhi dengan tanggjungjawab. Sebelum itu, saya bawa anda semua untuk mengenali Buyjet PR dan Bajet DS Najib. Lihat di bawah:

Buyjet PR terdapat 7 bab:

  • BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
  • BAB 2: KESEJAHTERAABAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAKN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
  • BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
  • BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA
  • BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI
  • BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
  • BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT
Manakala Bajet yang dibentangkan oleh DS Najib mempunyai lima fokus. 

  1. FOKUS 1: MERANSANG AKTIVITI PELABURAN
  2. FOKUS 2: MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
  3. FOKUS 3: MEMBUDAYA INOVASI, MENINGKAT PRODUKTIVITI
  4. FOKUS 4: KONSOLIDASI FIZIKAL DAN MEMPERCEKAP PENYAMPAIAN PERKHIDAMATAN AWAM
  5. FOKUS 5: MENSEJAHTERAKAN RAKYAT 
Sekarang ini kita sudah faham initipati bajet tersebut. Sekarang ialah masa untuk kita nilai sendiri, mana satu bajet yang benar-benar bagus. Jangan risau, saya akan menjadi pengemudi anda semua dalam perlayaran ilimiah ini. Kita buka minda kita, sama ada orang kerajaan atau pembangkang, kita nilai dengan tingkat akedemik dan ilmiah kita. 

Kenapa saya mengatakan bahawa buyjet PR ini tidak melambangkan realiti?

Pertama, kita lihat dari sudut sumber. BuyJet PR tidak langsung bersandarkan sumber dan menerangkan dari mana sumber wang itu mahu diambil untuk melaksanakan segala yang mereka dakwa di dalam bajet berkenaan sebaliknya hanya banyak mengutuk kerajaan dan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan kroni, kerajaan korup dan sebagainya. 

Sedangkan, kalau kita lhat dalam bajet yang dibentangkan oleh DS Najib, kita akan melihat bahawa DS Najib memulakan pembentangan bajet dengan bercerita mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia, bagaimana keadaan ekonomi negara lalu beliau terus membawa kita dengan penjelasan beliauy bahawa bajet negara untuk taun 2013 adalah 251.6 bilion. Kemudian DS Najib memperincikan lagi fokus jumlah wang tersebut seperti membahagikan jumlah wang ini untuk sekotor pembanguna, sektor ekonomi dan sebagainya. Hal ini boleh dibaca dalam Bajet 2013 dalam bahagian peruntukan Bajet 2013, pada nombor 11 hingga 14. 

Berbeza dengan Buyjet PR, yang dimulakan dengan tuduhan--tuduhan tidak berasas kepada kerajaan. Bermain dengan spesikulasi dan hanya membentangkan bahawa bajet mereka berjumlah 220 billion tanpa ada sedikit pun penjelasan jumlah wang sebanyak itu dibahagikan bagaimana untuk sektor apa dan sebagainya. Hanya bermain dengan spesikulasi... jadi inilah tahap kebijaksanaan seorang pemimpin yang hampir menjual negara kepada George Sorus suatu masa dahulu. Patutlah gaji sebagai penasihat ekonomi dibayar sebanyak RM1 sahaja. :P 

Seterusnya, kita melihat Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh DS Najib pada fokus pertama, menceritakan bagaiamna kerajaan merancang dan memperincikan perbelanjaan negara untuk meransang ekonomi Malaysia. Antara isi tersebut ialah perancangan kerajaan dalam menggalakkan pelaburan doesmetik, mempergiatkan perusahaan kecil, usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub minyak dan gas, rancangan kerajaan dalam merancakkan sektor perlancongan serta kehendak kerajana menaikkan lagi aktiviti pertanian, menjamin bekalan makanan negara, mencergaskan pasaran modal dan kewangan, menggalakkan amanah peniagaan. dan membangunkan ekonomi bumiputera dan kaum india yang ketinggalan jauh dengan bangsa cina. 

Kemudian, kita bandingkan pula permulaan Buyjet PR. Saya tidak nampak langsung dalam 7 bab dalam pembentangan Buyjet PR, bagaimana rancnagan untuk meransangkan ekonomi negara. Jika ekonomi negara pada tahun 2013 tidak terdapat rancangan untuk meransangkan ekonomi seperti mana dalam fokus 1 Belanjawan 2013, bagaimanakah ekonomi negara mahu berkembang?

Buyjet PR pada awalnya banyak menyentuh mengenai masalah-masalah ekonomi negara yang sebenarnya banyak di dalamnya sudah diselesaikan. Tetapi saya tertanya-tanya, dimanakah rancangan PR untuk meransangkan ekonomi Malaysia? Di sebalik berjanji bulan dan bintang, di mana kesimbangan DI DALAM BUTJET PR?

Fokus Kedua Belanjawan 2013 menyentuh mengenai isu pendidikan negara. Benda ini yang PR terlepas pandang. Tiada langsung secebis dalam Buyjet PR mengenai rancangan menyuntik pembanggunan dan kemajuan dalam membangunkan sektor pendidikan yang bakal melahirkan seorang lagi Einstein, seorang lagi Ibnu Khaldun, dan banyak lagi tokoh. 

Apa yang saya nampak, PR hanya menyentuh mengenai pendidikan percuma pada penghujung belanjawan mereka serta memberi eluan kepada pendidik. Selebihnya, hanya menuduh BN dan UMNO salah. Semuanya salah... hehehehehe... Kini, saya mahu kongsikan pula bagaimana rancangan kerajaan dalam sektor pendidikan. 

Kerajaan telah menyumbang sebanyak 38.7 Billion dalam bajet 2013 kali ini untuk membangunkan sektor yang paling penting ini. Kerajana juga menyediakan peruntukan 500 Juta untuk melatih guru-guru menjadi lebih effisyen dalam mengajar mata pelajaran teras serta sumbangan kerajan untuk menaikkan fasiliti-fasiliti sekolah di Malaysia. 

Selebihnya, kerajaan turut membentangkan rancangan mereka dalam pendidikan awal kanak-naka yang langsung tidak dipandang oleh Buyjet PR. Dalam mempertingkatkan lagi latihan dan kemahiran anak-anak Malaysia, kerajaan juga telah merencanakan Program Skim Latihan 1Malaysia. Kerajaan juga telah memperuntukkan 440 juta ringgit untuk melatih graduan-graduan Sijil Kemahiran Malaysia bagi menyenangkan mereka mencari kerja nanti. 

Anda boleh baca teks ucapan Belanjawan 2013 untuk melihat bagaimana fokusnya kerajaan untuk menaikkan sektor pendidikan negara berbanding pembangkang. Kenapa ya? Mungkin pembangkang tidak mahu rakyat Malaysia menjadi bijaksana seterusnya menolak mereka yang sekadar menanam tebu di tepi bibir. 

Fokus ketiga Belanjawan 2013, saya mendapati tiada apa yang mahu diperkatakan kerana ianya tidak banyak disebut. Saya terus melompat ke fokus keempat Belanjawan 2013. Fokus ini menumpukan kepada komited kerajaan mengurangkan defisitifiskal dan hutang negara. Antara rancangan kerajaan ialah memastikan defisit negara menjadi 3 peratus menjelang 2015. 

Juga, kerajaan akan memperkenalkan sistem baru dalam mengutip cukai disamping pembelian kerajaan berasaskan prinsip value for money. Kemudian, kerajaan juga sedang berusaha memastikan perkhidamatan awam ialah yang terbaik. Juga, kerajan tidak lupa kepada pesara kerajaan dengan menaikkan jumlah wang pencen minimun daripada 720 ringgit kepada 820 ringgit. 

Yang paling menarik dalam fokus ini ialah bagaimana kerajaan begitu bersungguh-sungguh menaikkan ATM yang diserang habis-habisan oleh pembangkang pada kebelakangan ini. Ketika PR dengan bodohnya menyuruh kerajaan mendedahkan pembelian senjata-senjata negara kepada umum yang akhirnya akan menyebabkan rahsia keselamatan negara terbongkar, DS Najib sebaliknya merancang untuk memberikan bayaran insentif sebanyak 200 ringgit kepada anggota tentera.

Juga, kerajaan bersetuju untuk meyelaras elaun anggota simpanan tentera dari 4.00 sejam kepada 6 ringgit sejam dan 5.80 kepada 7.80 kepada anggota yang berpangkat pegawal. 

Fokus terakhir dalam Belanjawan 2013 membincangkan mengenai Kesejahteraan Rakyat. Banyak yang dillakukan untuk menyenangkan hidup rakyat. Antaranya ialah:
  • Perumahan untuk rakyat: Kerajaan akan membina 50 000 rumah mampu milik yang jauh dari harga sebenar pasaran di beberapa buah bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Seremban, Pulau Pinang dan Kuantan. Harga rumah yang disediakan ialah 20 % lebih rendah dari harga pasaran ketika ini. 
  •  Kerajaan akan mengkaji semula cukai keuntungan hartanah. 
  • Bantuan BR1M 2.0 akan diteruskan. 
  • Kerajaan akan menyeragamkan harga semenanjung dan sabah sarawak. 
  • Kerajaan akan mempermudahkan ibadat haji. 
  • Meringankan beban pengusaha bas sekolah
  • Mengurangkan kos pembelajaran pelajar seperti memberi Baucer Buku 1Malaysia dan memberi diskaun dalam pembayaran PTPTN. 
  • Program jalur lebar untuk rakyat termiskin. 
  • Memasang CCTV di beberapa tempat. 
  • Membasmi rasuah di Malaysia. 
Saya hanya menyenaraikan secebis rancangan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat Malaysia. Dibandingkan dengan PR, rancangan untuk mensejahterakan rakyat Malaysia sebenarnya sudah terhapus kerana belanjawan mereka tiada dinyatakan di mana sumber wang yang mahu diambil mereka, bagaimana rancangan mereka untuk merangsangkan ekonomi negara, sebaliknya lebih tertumpu kepada menabur persepsi.

Wednesday, September 19, 2012

Industri Burung Walit

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja,"Begitulah kata-kata Datuk Seri Noh Omar, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebenarnya, isu burung walit akhir-akhir ini menimbulkan polemik dalam kalangan pengusaha sarang burung di seluruh negara. Ini diburukkan apabila Republik Rakyat China, yang sebelum ini mengimport produk tersebut dari negara ini mengenakan sekatan dan beberapa peraturan baru setelah mendapati kualiti sarang burung walit negara ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Satu ketika, sarang burung walit menjadi 'lubuk emas' kerana harganya mencapai RM7000 sekilogram. Bagaimanapun, perusahaan ini timbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan kualitinya menurun. Ramai pengusaha hanya berminat menghasilkan sarang burung walit berdasarkan kuantiti, bukannya kualiti. Bagi mengelakkan penurunan kualiti produk tersebut, kerajaan China mewajibkan syarat pemasangan Radio Frequency Identification (RFID) bagi memudahkan sumber burung walit dikesan, seterusnya memastikan kualitinya mengikut piawaian yang standard.

Menurut Noh, pemasangan RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, bukannya pengusaha rumah burung walit. Malah, pengusaha hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat veterinar. Dengan ini, pusat veterinar akan membuat pemantauan berkala terhadap rumah sarang burung walit mereka.

Satu protokol antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewakili kerajaan Malaysia dan negara China pada 20 September 2012 merupakan langkah penting untuk menjamin sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu tanpa masalah berbangkit.

Kementerian sebenarnya harus mengambil kira bunyi bising yang dihasilkan oleh muzik latar yang dipasang oleh pengusaha burung walit di negara ini. Ia merimaskan dan mengganggu ketenteraman masyarakat yang berdekatan.

Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN 'POTLUCK'

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya harus akui, Ustaz Mohd Imran, sahabat saya seorang guru yang pandai memasak. Semasa jamuan Hari Raya secara 'potluck', dia berbesar hati untuk memasak kambing yang disumbangkan oleh rakan kami, Hazlisham Haron.

Daging kambing yang dimasak itu siap dimasak dan dihidangkan kepada semua warga pendidik termasuk staf sekolah. Daging kambing itu lazat dan unik. Saya tidaklah makan terlalu banyak kerana bimbang juga kalau-kalau tekanan darah boleh naik mendadak.

Daging kambing yang dimasak dibalut dengan kertas aluminium
 Sebenarnya, biarpun wanita sinonim dengan tugas memasak untuk keluarga, orang lelaki juga mampu membuktikan keupayaan dalam kerja dapur. Kami teruja melihat cara daging kambing itu dimasak. Ustaz Mohd Imran bagai sudah biasa dengan kerja begini, jadi kebanyakan kami hanya jadi tukang tengok sahaja.


Ustaz Imran memotong daging kambing untuk dihidangkan kepada guru
Selain daripada hidangan daging kambing, guru-guru lain juga membawa juadah masing-masing. Antaranya ketupat, nasi impit, nasi kerabu, nasi goreng dan pelbagai kek yang beraneka bentuk. Hari itu, hampir semua guru dan staf tidak ke kantin sekolah kerana jamuan tersebut.

Setiap orang diberi kelebihan dalam bidang tertentu. Cuma, saya sendiri tidaklah berbakat besar dalam memasak. Apatah lagi untuk memasak kambing. Mungkin disebabkan isteri saya juga pandai memasak (berbanding saya), menyebabkan saya lebih suka menikmati hasil tangannya.

Wednesday, September 5, 2012

Adab Mengejutkan Orang Yang Tidur

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam
keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan  hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang. Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi saw bersabda: 
 
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:
Tidur waktu subuh. Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar. Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.. Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga IbnuMaktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

 
dipetik daripada www.halaqah.net

Monday, September 3, 2012

Bolehkan Berbalah?


Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. 

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." Hadis riwayat Anas Bin Malik itu menjelaskan kepada kita bahawa Islam menggalakkan perdebatan yang sihat.

Persoalannya, rugikah kalau beralah atau mengundur diri daripada perdebatan? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi sesetengah orang bertindak sebaliknya.

Pergaduhan suami isteri misalnya sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda dan begitu juga dengannya. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka dek tutur kata yang kasar semasa perdebatan berlangsung.

Jika perbalahan (baca: perdebatan) itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, yang kemudiannya diperbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
 

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Berdasarkan hadis ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.

Pernahkah anda melihat perbalahan pendapat ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, perbalahan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai pandangan yang awalnya tampak berbeza. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyelesaian.

Justeru, dalam hubungan suami isteri, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.

Kita kongsikan beberapa panduan untuk berbeza pandangan secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah, jadi pendengar yang baik – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

11. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

12. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

13. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Artikel di atas disesuaikan daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...