Monday, February 20, 2017

TRAGEDI REMAJA BERBASIKAL MAUT DIREMPUH: INSAFKAH KITA?

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Negara dikejutkan dengan tragedi kematian 8 orang remaja yang dirempuh sebuah kereta ketika berbasikal beramai-ramai pada pukul 3 pagi, di Johor malam Sabtu lalu. 

     Akhbar Sinar Harian dipetik sebagai melaporkan, kejadian remaja yang suka berpeleseran dengan basikal pada awal pagi sebenarnya sudah lama berlaku. Ia seolah-olah satu kebiasaan di beberapa lokasi jalan termasuk di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.  

        Kebanyakan remaja tersebut daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana; ada ibu bapa yang bekerja sebagai pembantu kedai, pengawal keselamatan dan pekerja kilang. Kejadian ini membuka mata pelbagai pihak, apatah lagi ia melibatkan golongan remaja yang sedang meningkat dewasa.

       Kita sedih dengan tragedi ini, kerana selain meragut banyak nyawa, ia sebenarnya boleh dielakkan jika anak remaja tersebut tidak terlibat dengan tabiat keluar awal pagi melepak bersama rakan sebaya. 

      Mungkin untuk sementara, peristiwa ini akan menyebabkan jalan raya yang selalunya meriah sebagai tempat melepak, menjadi lengang seketika. Pihak polis diberitakan akan mengambil tindakan menyuraikan mana-mana kumpulan remaja berbasikal yang tidak diawasi oleh golongan dewasa, manakala ada cadangan perintah berkurung dilaksanakan kepada remaja daripada pukul 12 malam hingga 6 pagi. Para ibu bapa harus memastikan anak-anak remaja berada di rumah pada masa yang sepatutnya. 

      Kalau diimbas zaman remaja dahulu, saya pasti akan di'balun' kalau balik menjelang maghrib, dan pada sebelah malam, kami tidak akan keluar rumah kerana padahnya cukup berat jika melanggar 'peraturan'. Aktiviti mengaji quran atau mengulangkaji pelajaran sahajalah yang boleh dilakukan. Hari ini, ibu bapa berdepan dengan anak-anak yang terdedah dengan kecanggihan teknologi maklumat. Melayan anak remaja seperti ini juga memerlukan kebijaksanaan, supaya anak remaja tidak rasa dikongkong, dalam masa yang sama, hasrat membentuk jati diri insan yang positif dapat dicapai.  


Wednesday, February 8, 2017

AKHIRNYA FAIZI @ ABANGYANG KE MTD

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Abangyang akhirnya terpilih ke MTD untuk sesi 2017. Saya mengambil kesempatan bertemu sahabat lama semasa di UPM Serdang, Dr. Zulhazmi dan Yeop Sani. 

Homestay Seri Warisan Bangi yang selesa

Dari kiri: Yeop Sani, Dr Zul dan saya mengimbau kenangan di kolej

Hari pertama Faizi di MTD

Kami bersama Pak Anjang dan Anjang Hajar

Faizi bergerak ke asrama bersama Kompeni Bravo

Seramai 283 orang putera MTD terpilih tahun 2017

Amanat akhir sebelum berjumpa semula 25 Februari nanti

Kami menginap di homestay Seri Warisan (Terima kasih kepada Azmi Ismdee yang memberi cadangan) dan bergerak ke Sungai Besi, sebelum menghantar Kakyong ke UiTM Dengkil yang tamat cuti TBC. 

Penat, tapi puas hati, kerana dapat juga bertemu ibu Anjang dan Pak Anjang (Datin Siti Hajar dan Datuk Abduk Aziz yang turut hadir memberi sokongan. Faizi hanya akan pulang cuti pada 25/2 nanti. Sepanjang tempoh suai kenal, ibu bapa dilarang ke MTD kecuali kes kecemasan.  

Kami terus ke Dengkil menghantar anak sulung saya sebelum pulang ke Lekir. 

Tuesday, February 7, 2017

Penghulu Mukim Lambor

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Malam tadi, saya menerima mesej daripada seorang bekas pelajar, yang pernah saya ajar di SMK Batu Sepuluh Lekir.  Mohd Norfakhiruddin Ismail, atau lebih mesra saya panggil dia 'Aker' adalah kumpulan pelajar saya yang terawal mendiami asrama. Banyak kenangan bersama bekas pelajar ketika saya menjadi ketua warden antara 2001 hingga 2005. 

     Dia anggota kumpulan pelaksana (AKP) di PPD Manjung sebelum ini. Namun berita yang disampaikannya mengejutkan saya. Dia tidak lagi bekerja di Manjung, sebaliknya sudah bertugas di Perak Tengah.  

     Akhirnya saya tahu juga, bahawa Aker sudah bekerja dengan kerajaan negeri Perak, dan tidak lagi berada dalam satu kementerian dengan saya. Perasaan saya tentulah gembira dan bangga, kerana dia membuktikan semangat dan kesungguhan untuk berjaya. Selepas tamat STPM, dia bekerja. Sambil itu,  Aker menyambung pelajaran ke peringkat ijazah melalui UiTM 

     Dia membuat permohonan selepas tamat belajar, dengan tidak menaruh harapan, kerana beranggapan saingan agak tinggi,  tetapi itulah rezeki dan ketentuan Allah. Sudah 3 bulan dia jadi Penghulu Mukim Lambor, sebuah kawasan di Perak Tengah, yang rata-rata didiami oleh masyarakat Melayu. 

    Tahniah Aker, dahulunya kecil molek dan pernah menjadi pelajar saya. Moga Aker boleh jalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Cikgu bangga dengan kamu. 


MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...