Tuesday, June 30, 2009

Memang Binatang!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sadis dan mengerikan apabila seorang betina yang sudah berzina dengan jantan sundal, membunuh bayinya dengan tangannya sendiri.

Moga Allah melaknat kamu, wahai betina! Kamu lebih buruk daripada binatang.

Wanita rendam bayi sampai mati

KUANTAN 29 Jun – Jika haiwan sanggup bergadai nyawa untuk melindungi anaknya, lain pula yang berlaku kepada seorang wanita di sini.

Tidak diketahui ke mana hilang sifat keibuan wanita itu sehingga tergamak membunuh bayi sendiri.

Puncanya hanya kerana si ibu dikatakan tertekan dengan teman lelaki sehingga nekad merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan ke dalam baldi cat di sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut.

Wanita berusia 26 tahun dan berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah dekat Rompin itu dipercayai baru dua hari menyewa bilik di wisma tersebut bersama seorang kenalan wanita untuk mencari kerja.

Mujurlah kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu disedari oleh beberapa penghuni rumah sewa yang terdengar tangisan bayi dari dalam tandas di wisma itu.

Wanita itu pada mulanya enggan membuka pintu walaupun didesak. Dia sebaliknya hanya berbuat demikian setelah kira-kira sejam. Itupun selepas bunyi tangisan bayinya yang terendam dalam baldi cat berisi air bersama tali pusat, tidak kedengaran lagi.

Wanita itu hanya menangis tanpa henti. Keadaannya tidak bermaya dengan darah berlumuran di tubuh dan lantai tandas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, siasatan pihaknya percaya suspek bertindak demikian kerana mengalami masalah dengan teman lelakinya.

“Suspek dipercayai merahsiakan dirinya mengandung dan hanya mengatakan sakit perut kepada rakan-rakan ketika hendak melahirkan anaknya itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Memang semakin menjadi-jadi peristiwa pembunuhan bayi ala-Jahiliyah di Malaysia sekarang.




Monday, June 29, 2009

Bagai Quran Buruk...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Cepatlah!" herdik seorang lelaki lingkungan 40-an kepada seorang tua.

Ketika itu, aku ingin mengisi minyak di stesen Mobil. Seorang lelaki tua, yang kukira usianya menjangkau lebih 80 tahun sedang bertinggung di pintu masuk tandas stesen minyak tersebut.

Mungkin juga agak 'nyanyuk', menyebabkan orang tua itu bertinggung seolah minta dipujuk untuk masuk ke kereta. Stesen minyak ketika itu agak sibuk dengan pengunjung. Jadi, drama pendek itu amat menarik perhatian sebahagian besarnya, termasuk aku.

Barangkali, yang meninggi suara itu adalah anaknya, sebab rupanya seakan-akan orang tua tersebut.

"Dah lambat ni, cepat masuk kereta." Kata lelaki itu lagi.

Orang tua itu sangat uzur, jalannya membongkok. Terpaksa dipimpin seorang budak lelaki, mungkin cucu, atau mungkin juga cicitnya.

Mereka akhirnya meneruskan juga perjalanan.

Dapat aku rasakan orang tua itu mahu berehat, sebab keadaan kereta yang sempit dek ramai penumpang, menyebabkan dia enggan meneruskan perjalanan. Malah dia selesa 'lepak' dipintu tandas, sehingga menyebabkan anaknya tadi hilang sabar.

Teringat pesan ayah, orang tua umpama Quran buruk, katanya.

Entahlah, kekadang aku terfikir juga, kalau sudah menjangkau usia emas, janganlah dilayan sebegitu.

Sedih sebenarnya. Rindu pun ada. Terutama kepada Ali Hassan bin Ahmad dan Aminah binti Md Husin. Moga Allah merahmati roh mereka.

Saturday, June 27, 2009

Allah Penentu Segalanya..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

2. Kemalangan

Saya memakai tali pinggang keledar ketika kereta bergesel dengan sebuah Triton yang masuk ke laluan saya ketika ia membuat pusingan U. Saya selamat.

Adakah kerana saya bernasib baik?

Tidak, sebenarnya Allah menentukan saya selamat. Syukur ketika itu saya bertali pinggang keledar. Hanya kaki bengkak sedikit, tapi tiada kecederaan atau pun patah. Tetapi pengalaman ditabrak sebegitu menakutkan juga. Andainya Allah memutuskan nyawa saya sampai setakat itu, saya pasrah.


2. Kematian MJ

"Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," demikian doa Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematian adiknya, Michael Jackson kepada media semalam, ketika spekulasi bertiup hebat mengenai punca kematian Raja Pop itu.

Jermaine atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang memeluk Islam 20 tahun lalu dan sentiasa memberi penerangan kepada adiknya mengenai agama itu, merayu kepada media agar tidak mengganggu keluarganya.

Penyanyi kontroversi berusia 50 tahun itu mengalami jantung terhenti ketika di rumah tengah hari kelmarin dan doktor peribadinya cuba menyedarkannya tetapi gagal, kata Jermaine.

MJ mempunyai jumlah peminat yang bukan sedikit. Saya juga meminati lagu-lagunya ketika zaman remaja dahulu. Pernah dikhabarkan MJ membeli satu alat berbentuk vakum kalis bunyi bertujuan melewatkan kematiannya. Sayangnya dia gagal. Begitu juga pelakon Charlie's Angels yang seksi pada zaman mudanya, Farrah Fawcett. Pelakon itu juga tidak dapat lari daripada kematian.

Pelbagai spekulasi timbul berkaitan kematian MJ. Yang pasti, Izrail, malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa manusia tidak pernah leka dan alpa. Dia juga tidak hirau akan status dan kehebatan makhluk Allah.

Begitulah janji Allah, penentu segalanya.


Tuesday, June 23, 2009

Malang Tak Berbau!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya kemalangan.

Benar. Saya diarah ke Ipoh untuk satu bengkel Penyediaan Bahan di BTPN. Saya memandu sendirian ke sana.

Dalam perjalanan, ketika di persimpangan, sebuah kenderaan pacuan 4 roda membelok pusingan U dan masuk ke laluan saya. Apa lagi, kereta saya bergesel dengan pikap tersebut.

Kereta saya terhimpit pula dengan sebuah Kelisa. Kami sama-sama terbabas ke pokok sawit.

Mujur, saya selamat. Ketika kejadian, saya memakai tali pinggang keledar.

Syukur, tiada kecederaan. Syukur amat.
Memang malang tidak berbau.

Saya akan berehat untuk sementara. Blog ini tak dapat dikemas kini buat sementara.

Sebenarnya, saya masih terkejut.

Sunday, June 21, 2009

Tahniah Chong Wei..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Taufik Hidayat dalam final Terbuka Indonesia petang tadi.

Tahniah kepadanya kerana:

1. Chong Wei bermain di Istora Bung Karno, Jakarta dan bukan di Malaysia.

2. Chong Wei membuktikan dia bukan jaguh kampung.

3. Chong Wei berjaya menyerap sorakan penyokong Taufik Hidayat yang bukannya sedikit.

4. Chong Wei mendapat sentuhan jurulatihnya, Misbun Sidek bekas pemain negara. Misbun banyak mencorakkan kejayaannya sehingga boleh menduduki ranking pemain terbaik dunia.

Kalaulah Lee Chong Wei memeluk Islam, tentu lebih hebat lagi, kan?

SELAMAT HARI BAPA!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Siapa juga anda, asalkan seorang lelaki, sudah berkahwin, punya isteri, anak (atau mungkin bakal punya anak), saya ucapkan SELAMAT HARI BAPA.

Berbanggalah sebagai seorang bapa kepada anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak kita adalah amanah. Keluarga kita adalah amanah. Isteri kita adalah amanah.

Kepada keluargalah maruah kita disandarkan. Andainya keluarga kacau bilau, sebenarnya, bapalah yang bertanggungjawab.

Jangan bangga mempertontonkan aurat anak perempuan dan isteri kita di khalayak ramai. Kelak, kita juga menyimpan sahamnya untuk akhirat.

Jagalah makan, minum, tempat tinggal dan keperluan mereka, sebab selagi diberi amanah, itulah tugas kita sebenarnya.

Sekali lagi, SELAMAT HARI BAPA!

Saturday, June 20, 2009

Hakikat Kebenaran Yang Patut Difikirkan..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

1. ALAM PERCINTAAN HANYA ILUSI?

Ketika bertemu dengan buah hatinya, seorang wanita menegur pakaian kekasihnya.
“Alahai bang. Saya tak sukalah abang pakai baju merah ini. Abang kan tahu yang saya tak suka warna merah macam ini?”, kata wanita itu kepada kekasihnya.

“Oklah sayang, abang bakar baju ini!”, jawab lelaki itu tanpa ragu-ragu. Bukan sahaja baju itu diketepikan, malah sanggup dibakarnya.

Mudahnya membuat keputusan sebegitu. Mengapa keadaannya begitu?

Mudah sahaja, kerana adanya cinta, hati sentiasa suka disuruh. Suka diperhambakan. Malah lautan api pun sanggup direnangi. Dengan cinta sebegitu, apa pun sanggup dilalui. Malah, kentut si dia pun wangi. Apa juga perbuatannya ketika dalam percintaan, adalah baik belaka. Semuanya nampak elok, benar dan tulus.

Mungkin kerana itu ramai yang sanggup merenangi kemurkaan Allah berupa api neraka, kerana cinta yang buta lagi membutakan. Ya, berilah kasih dan cinta, nescaya apa sahaja kehendak dan kemahuan, akan menjadi perjuangan kekasihnya. Itulah kuasa cinta.

"Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan; Biarpun jauh beribu batu, hilang di mata, di hati jangan."

"Nasi lemak buah bidara, sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, kerana kasih, saya turutkan."

Dua rangkap pantun tersebut sudah cukup menggambarkan betapa 'hebat'nya kuasa cinta. Manusia yang berada dalam alam ini, mudah lupa siapa dirinya. Perkenalan dengan jejaka yang baru 2 bulan dikenali, menyebabkan si gadis lupa kepada ayah dan ibunya yang menatangnya selama 18 tahun. Hebat benar kuasa cinta.

Bagaimanapun, apabila diijabkabulkan, barulah terserlah kelemahan dan kekurangan pasangan. Kepanasan hubungan intim semasa era percintaan sebelum akad tidak diteruskan, dan inilah yang menghantui segelintir pasangan dalam rumah tangga hari ini.

2. KELAHIRAN GENERASI SUNYI.

Kita terperangkap dalam suatu kehidupan yang meragut kita daripada duduk di rumah dengan pasangan dan anak masing-masing. Kita banyak berada di luar, bekerja sampai petang, kadangkala sampai malam. Hanya isteri yang mengurus hal anak, manakala si suami pulang apabila isi rumah diulit mimpi. Ketika mereka masih di kamar, suami bangun lalu bersiap untuk bekerja seperti rutinnya. Cari rezeki untuk dibawa pulang buat orang yang tersayang.

Akibat itu, banyak perkara yang selama ini sangat sinonim dengan ibu dan bapa, terpaksa dipindahkan kepada pihak ketiga. Selalunya, anak-anak ada masakan ibu yang menjadi favourite mereka. Tetapi anak-anak membesar dengan makanan yang dimasak oleh pembantu rumah. Hujung minggu, makan di luar pula. Hubungan suami isteri pula menjadi semakin mahal, malah untuk berintiman pun, boleh dikira jumlahnya.

Bermain-main dengan ayah di waktu petang, memimpin tangan anak-anak memanjat papan gelungsur, adalah imaginasi kita terhadap sebuah keluarga yang ‘normal’. Tetapi hari ini, tangan itu bukan lagi tangan bapa. Ia tangan pembantu rumah, cikgu TASKA, atau bagi yang sudah sedikit remaja, tangan rakan-rakan sebaya.

Imej ayah dan ibu hari ini, adalah dua manusia yang sering tiba di rumah kepenatan, mudah marah dan hanya mampu bertanya khabar dengan acuh dan tidak acuh sahaja perihal anak-anak mereka.

Corak kehidupan seperti ini sudah menjadi kebiasaan. Namun kebiasaan ini sedang memberanakkan satu generasi yang songsang. Generasi itu adalah generasi yang KESUNYIAN.

Kesunyian tidak mendapat kasih sayang ibu bapa, tidak sama dengan kekecewaan anak tidak mendapat patung robot Transformers idamannya. Robot yang diidamkan itu, mudah dilupakan selepas beberapa ketika. Namun kehilangan kasih dan sayang adalah seperti dahaga yang tidak bertemu minum, lapar yang tidak bertemu makan. Fitrah mereka kosong, seperti tanah subur yang terbiar.

Jiwa anak-anak generasi ini mesti dibajak, ditabur dengan benih iman, dan dijaga segala keperluannya. Barulah hasilnya jadi seperti yang sepatutnya. Tanpa itu semua, tanah yang subur akan menumbuhkan lalang dan rumput yang penuh duri.

Jiwa generasi hari ini, adalah jiwa sunyi yang akhirnya akan mencari rakan sebaya untuk menagih perhatian. Akhirnya keupayaan anak-anak untuk mengasihi, berpindah kepada rakan sebaya yang mungkin tidak sebetah sepatutnya, lalu membinasakan mereka dengan dadah, dan segala gejala sosial yang tiada noktahnya.

Walaupun dadah, arak dan seks itu merunsingkan kita, ia bukanlah masalah sebenar. Ia adalah bahasa generasi itu yang mahu memperkatakan sesuatu. Mereka mahu memberitahu kita, bahawa mereka dilahirkan sebagai anak yang perlukan kasih sayang.

Mengajar ABC atau Alif Ba dan Ta, mungkin boleh di’swasta’kan kepada guru. Soal memakaikan lampin dan memandikan anak-anak, mungkin boleh ditugaskan kepada 'bibik'.

Tetapi soal kasih dan sayang, perhatian dan belaian, dari ibu malah bapa, tidak mungkin boleh diganti. Kasih seorang ibu atau bapa itulah yang ditagih oleh anak-anak sebenarnya.

Ibu bapa sering kehairanan, mengapa anak mereka degil dan enggan patuh. Makin bertambah umur, makan berani anak-anak ini mengabaikan do’s and don’ts yang telah digarisi.

Kita barangkali terlupa, bahawa KEPATUHAN adalah buah KASIH SAYANG.

Disesuaikan daripada emel adikku, Ika.

Friday, June 19, 2009

Ke Mana Hala Tuju Iran Sekarang?


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Adakah Iran sesuatu yang asing bagi anda? Jika anda mengikuti perkembangan semasa akhir-akhir ini, dapatlah disimpulkan berita tentang 'kemarahan' rakyat Iran terhadap kemenangan Ahmadenejad memenuhi dada akhbar seluruh dunia.

Di Malaysia, tempiasnya turut terpercik apabila sekumpulan rakyat Iran mengadakan bantahan (demontrasilah tu..) membantah kemenangan Presiden Iran tersebut dalam pilihan raya, yang mengalahkan calon beridentiti hijau, Mousavi.

Mousavi juga menuntut diadakan pilihan raya semula kerana mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengiraan undi.

Amerika Syarika (AS), khabarnya tidak gembira dengan kemenangan Ahmadinejad. Terasa bagai Mousavi ditaja oleh kuasa besar pula.

Tapi, hakikatnya, Iran sedang cuba diporak-porandakan dan akhirnya perbalahan antara puak dalam kalangan rakyatnya akan mengundang campur tangan asing. Jika ini terjadi, Iran juga akan senasib dengan Iraq, jirannya kini yang masih dijajah tentera AS.

Jika kita menelurusi sejarah, kedaan ini samalah juga dengan perbalahan Raja Ismail dan Raja Abdullah di Perak, yang akhirnya memberi peluang Inggeris campur tangan. Penjajahan Sungai Ujong juga adalah dek perebutan kuasa antara Datuk Kelana dan Datuk Syahbandar.

Mudahnya kita dikuasai. Andainya Iran jatuh, apakah ada lagi negara Islam seberaninya?

Monday, June 15, 2009

Jagalah Tulisan Kita...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Ada sebuah objek di atas meja, begini rupanya.

Namun hadir seseorang dan menyatakan objek tersebut ialah 'kertas'.

Betulkah kertas? Atau buku?

Kalau ditanyakan, 'buku itu dibuat dari apa? ' , sudah tentu jawapannya benar.

Namun kalau ditanya 'apa itu?', jawapan yang betul ialah 'buku'.

Perkara di atas amat ringkas dan mudah. Tetapi ada orang yang keliru malah bergaduh kerananya. Ada juga yang tidak menghargainya, malah jarang sekali membeleknya.

Kalau bergaduh, puncanya kerana apabila disuruh ambil buku, si kawan tidak mahu mengambilkannya sebab 'itu kertas' bukan buku, kata kawannya.

Asas di atas - melabel atau memberi nama tepat pada perkaranya - adalah kemahiran yang amat diperlukan. Itulah yang menjadikan Nabi Adam mendapat sujud tasyrif (memuliakan).

Iblis melabelkan aspek yang salah. Biarpun benar iblis dicipta dari api dan Nabi Adam dari tanah, namun perkataan 'khoir' atau 'lebih baik' itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kalau ia diletakkan secara semborono tanpa kefahaman sebenar, itu menyebabkan Allah melaknat makhluk yang berputus asa (dari perkataan balasa -iblis) dari rahmat Allah.

Apa akan jadi kalau terpampang di dada akhbar:

Kaum Melayu lebih baik dari kaum Cina

Malaysia lebih baik dari Indonesia

Menjadi lelaki lebih baik dari menjadi perempuan

Ia akan menyebabkan perbalahan, yang akhirnya mungkin mengakibatkan kesan yang lebih buruk. Peperangan!

Jadi, bahasa dalam penulisan harus dijaga agar tidak menjengkelkan, malah kemahiran menulis yang diasah itu seharusnya dibajai dengan rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan ummah seluruhnya.

Tetapi itu bukanlah penghalang kita untuk mengkritik atau menegur.

Selagi kita bernama manusia, tak salah dari salah dan dosa. Andainya ada yang menegur, itu maknanya masih ada yang sayang akan kita.

Friday, June 12, 2009

Nikmat Dunia Yang Menjadikan Kita Lalai..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Suatu hari aku sedang berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan maghrib, aku terlihat kelibat seorang wanita.
Gambar hiasan
Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku, seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing ke satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut. Aku mengikut nafsu untuk membontoti arah wanita cantik itu pergi.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku mengah manakala degup jantungku pantas. Sekonyong-konyong, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu di balik purdah hitamnya yang jarang.

"Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?" Hatiku tertanya-tanya.

Aku pantas melangkah menurutinya dan memasuki lorong di mana wanita itu kulihat masuk. Azan yang sedang berkumandang tadi langsung tidak kudengar lagi. Seterusnya wanita itu mengimbau aku, dia sentiasa di hadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak-buak.

"Adakah wanita itu orang gila?" Hatiku bertanya sendiri.

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan senja semakin kelam. Wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik,.

"Bawakan kuncinya. " katanya lagi.

Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.

Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku.

"Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi.

Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir .

"Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu tenggelam di dalam air.

Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dasar perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya.

Argh!! Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut tuanya.

Gambar hiasan

" Pandang aku sungguh-sungguh, " kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari... " Katanya dengan nada menakurkan.

Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Barulah kusedar, maghrib yang kutinggalkan tadi telah luput kerana mengejar fatamorgana.

Terima kasih Ika


Wednesday, June 10, 2009

Selatan Thai Bergolak Lagi!


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam sejarah, tiga wilayah selatan Thai (dahulunya Siam) adalah milik Negeri-negeri Melayu. Tiga wilayah tersebut ialah Singgora (Songkla), Petani (Pattani) dan Menara (Narathiwat). Majoriti masyarakatnya beragama Islam dan menggunakan dialek pertuturan Melayu-Petani yang seakan-akan dialek Melayu-Kelantan.

Semalam, wilayah ini dikejutkan dengan pembunuhan kejam jemaah masjid ketika solat.
(Sumber berita daripada Utusan online)

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.

Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.

‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.

‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.

‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.

Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.

Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.

‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.

‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.

‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.

Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu



Tuesday, June 9, 2009

Akhirnya Rahsia Pesawat Malang Terjawab Juga

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tidak seorang pun penumpang pesawat malang Air France dapat menjangka itulah penerbangan terakhir mereka di bumi ini. Penerbangan malang yang membawa 228 orang berlepas dari Rio de Jeneiro, Brazil ke Paris, Peranchis minggu lalu.

Pesawat tersebut dikatakan terhempas ke Lautan Atlantik setelah bertembung dengan ribut sehingga menggagalkan fungsi navigasi dan kuasa enjinnya. Pihak berkuasa Brazil menemui mayat dan serpihan pesawat pada jarak 600 batu dari Pulau Fernando de Noronha, iaitu tempat terakhir pesawat tersebut sebelum hilang dari radar.

Pihak berkuasa sedang berusaha mencari kotak hitam yang dapat merungkai misteri nahas pesawat tersebut. Ia mengandungi data rakaman penerbangan pesawat dan mungkin berada di kedalaman 20,000 kaki di dasar lautan. Bagaimanapun, kotak hitam itu boleh memberi isyarat berterusan selama 30 hari.


Cuba bayangkan, jika kita berada dalam pesawat itu, berdepan kematian yang sudah pasti. Setakat ini, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang terlibat. Malah, hanya sepasang warga Amerika yang terkorban.


Sunday, June 7, 2009

Melayan Anak Di Pantai Batu Rakit

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Boleh tak berenang, baba?" tanya anak-anak apabila kunyatakan petang nanti kami ke pantai.

"Tak boleh, sebab kamu tak pandai main ombak. Bahaya." Aku memberitahu mereka.

Ada riak tidak puas hati, tapi keputusan telah kubuat. Lagipun, keadaan pantai yang berombak sedikit sebanyak meresahkan.

"Main tepi-tepi, boleh?" Afif memberi cadangan.

Wah! Pandai pula dia mencadangkan, walhal aku tahu helah dan muslihatnya.

"Tak boleh, nanti kamu akan basahkan seluar, dan akhirnya kamu akan jatuhkan badan ke air." Aku menyanggah cadangannya.

Inilah hero-heroinku bersama sepupu mereka

Tapi, apabila sudah berada di pantai, kekadang sudah jadi di luar kawalan aku sebagai bapa. Anak-anak yang jarang balik ini kubiarkan bermain air di mengabang dan gigi air. Tetapi mereka telah diberi beberapa peraturan 'keras' yang wajar dipatuhi.

Seronok benar anak-anak ini bermain di mengabang.

Mataku hanya memerhatikan kerenah mereka bergurau sesama sendiri. Biarlah, asalkan mereka selamat dalam pemantauanku.

Suriku bersama ibu dan adik beradiknya.

Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik. Sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.


Saturday, June 6, 2009

Abadinya Nama Seorang Tokoh Pendidik

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dato' Razali Ismail, seorang tokoh pendidik, anak Terengganu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran tidak lama dahulu.


Seorang yang berjiwa pendidik, mudah mesra dan disegani oleh lawan dan kawan ketika berhujah di Dewan Rakyat. Segala jawapan yang ditanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat melambangkan integriti beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

Beliau mengalami serangan jantung ketika bermain badminton di AIB, Genting Highlands. Kehilangannya amat dirasai, apatah lagi oleh rakyat Kuala Terengganu, iaitu kawasan parlimen yang beliau wakili.

Nama beliau diabadikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Institusi yang nama asalnya Maktab Perguruan Batu Rakit itu, sedang rancak dinaiktarafkan.

Sebenarnya, di sekitar kawasan ini, terdapat banyak institusi pendidikan; Universiti Darul Iman Malaysia (dahulunya KUSZA), Universiti Malaysia Terengganu (sebelum ini dikenali sebagai KUSTEM), Maktab Rendah Sains MARA dan dua buah sekolah teknik, di samping sekolah menengah dan rendah yang sedia ada.

Dalam kerancakan pembinaannya, aku berdoa janganlah bangunan di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail mengalami nasib sama seperti Stadium Sultan Mizan.


Friday, June 5, 2009

Pentaksiran Lisan Cara Lama Wajar Difikirkan..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Dah makan?" Aku memulakan perbualan bersama calon persendirian ULKCP.

Dia menjawab, dan selepas itu, sesi perbualan menjadi lebih mudah. Begitulah, selama 4 hari bertugas mentaksir calon persendirian yang menduduki Ujian Lisan untuk peperiksaan ulangan SPM, memberi persepsi yang pelbagai tentang calon.

Secara keseluruhan, pentaksiran begini lebih efektif berbanding pentaksiran ULBS di peringkat sekolah. Secara jujur aku nyatakan, KPM harus memikirkan kembali kaedah pentaksiran lisan seperti kaedah sebelum ini; pentaksir lisan dari sekolah luar datang dan menilai pertuturan calon. Ia lebih menjadikan calon memberi persepsi positif terhadap ULBS.

Bagaimanapun, KPM tentulah mempunyai alasan tersendiri.

Berbalik tentang calon ULKCP yang menduduki ujian lisan ini, beberapa persepsi dapat kubuat. Antaranya:

1. Calon yang sudah bekerja nampak lebih matang dan lebih bersungguh-sungguh, berbanding calon lepasan sekolah yang baru habis SPM tahun lalu.

2. Calon bukan Melayu kebanyakannya tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik, malah ada yang tidak menjawab dengan jelas. Perkataan 'disiplin', 'akhlak' dan ' pun tidak boleh difahami. Tapi sesetengahnya memang sudah bersedia. Ada juga yang boleh berinteraksi dengan baik.

3. Calon lepasan SPM yang mengulang kertas BM, kebanyakannya menyesal kerana tidak mendapat kepujian dalam BM. Kebanyakannya bertekad untuk mendapat keputusan yang baik dan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

4. Kaedah pentaksiran oleh penguji luar (bukan guru sekolah yang sama) wajar difikirkan oleh KPM, khususnya LPM. Ini kerana calon lebih teruja dan menunjukkan kesungguhan, berbanding cara sekarang yang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing.

Hakikatnya, ujian lisan bukan sekadar untuk lulus dan mendapat sijil, tetapi ia memberi konotasi yang lebih luas, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan ke darjat yang sewajarnya.

Thursday, June 4, 2009

Mengapa Kita Harus Berilmu?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Pelbagai cara manusia diberikan penghormatan dan kemuliaan. Ada manusia yang dimuliakan kerana pangkat dan kebesaran. Ada manusia yang dimuliakan kerana kebaikan dan kemurahan hati dan ada manusia yang dimuliakan kerana keturunan, tetapi kemuliaan yang paling berharga dalam kehidupan seseorang ialah kerana ilmu dan amalannya. Insan seperti ini sebenarnya bukan sahaja dimuliakan antara sesama manusia bahkan Allah juga turut memuliakannya. Ini jelas sebagaimana firman Allah di dalam Al-Mujadalah ayat: 11 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan."

Oleh itu, sementara hayat dikandung badan, nadi masih berdenyut dan kesihatan masih mengizinkan, marilah kita merebut kesempatan ini untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin kerana semakin banyak ilmu yang kita dapat maka semakin banyak amalan yang boleh kita lakukan.

Kalau kita terpaksa bersusah payah kerana mendapatkan ilmu maka hadapilah ia dengan penuh bersemangat kerana mendapatkan ilmu itu lebih penting daripada segalanya. Oleh itu andai wang ringgit menjadi syarat mendapatkan ilmu maka korbankanlah barang seringgit dua kerana ilmu yang kita dapat sudah pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Andai masa terpaksa kita korbankan kerana mendapatkan ilmu maka luangkanlah sedikit masa untuk tujuan yang mulia ini kerana masa yang kita buangkan tidak sama dengan ilmu yang kita perolehi. Ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah permulaan jalan ke syurga. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ertinya : Sesiapa sahaja yang merintis jalan kerana menuntut ilmu maka Allah membuka kepadanya jalan ke syurga". (Hadis Riwayat Muslim)

Sesungguhnya kelebihan orang yang berilmu amat banyak sekali. Saidina Ali pernah berkata kepada seorang yang bernama Kamil : "Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan."

Saidina Ali berkata lagi : "Tiadalah kebanggaan yang sebenar melainkan bagi orang-orang yang berilmu kerana mereka sentiasa berada di atas jalan hidayah, mereka menunjukan jalan hidayah kepada orang-orang yang memintanya. Memadailah ukuran bagi setiap seseorang itu kebaikan yang dilakukan sedangkan orang yang jahil tetap memusuhi orang-orang berilmu. Maka rebutlah kesempatan menunut ilmu supaya kamu dapat hidup selamanya kerana hakikatnya manusia semuanya mati sedangkan ahli-ahli ilmu akan terus hidup."

Ilmu agama atau ilmu Fardhu Ain menduduki tempat terrtinggi dalam senarai ilmu-ilmu yang dicari oleh manusia. Ketinggian ilmu agama tidak dapat di atasi dan ditandingi oleh ilmu-ilmu lain kerana ia didatangkan terus daripada Allah s.w.t yang dipindah dan disampaikan kepada kita oleh Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa ilmu agama tidak penting daripada ilmu-ilmu lain wajiblah dikikis dan diperbetulkan segera kerana ia boleh menyebabkan umat Islam menyeleweng dan menyimpang daripada ajaran agama semasa mereka menjalani kehidupan didunia ini.

Sesungguhnya ilmu tidak datang bergolek sebaliknya ia perlu dicari dengan mempelajari dan menuntutnya sepanjang masa atau dengan kata lain selagi hayat dikandung badan. Kadang-kadang semasa menuntut ilmu maka berkemungkinann kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru. Dalam keadaan ini kita tidak boleh berdiam diri. Sebaliknya kita wajib bertanya sesuatu yang tidak difahami supaya dapat dijelaskan oleh guru apa yang kita tidak memahaminya. Sebenarnya bertanya itu merupakan kunci untuk mendapatkan ilmu sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah An Nahl ayat 43 yang bermaksud:

"Dan tidaklah kami mengutus Rasul-Rasul sebelumnya (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui".

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Ilmu itu adalah perbendaharaan, segala kunci adalah pertanyaan, oleh yang demikian maka hendaklah kamu bertanya kerana sesungguhnya dengan bertanya itu empat golongan akan mendapat pahala iaitu orang yang bertanya, orang alim yang ditanya, orang yang mendengar dan orang yang menyukai mereka bertiga. (Hadis Riwayat Abu Naim)

Oleh kerana ilmu adalah kunci segala kebaikan maka marilah kita mengintai peluang dan berebut kesempatan untuk mendapatkannya. Banyak cara boleh kita lakukan untuk mendapatkan ilmu antaranya mendengar ceramah agama di radio, menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid dan surau serta menbaca buku-buku agama. Sekiranya kita melakukan semua itu maka percayalah bahawa kita adalah golongan yang akan dimuliakan darjah daripadanya manakala sesama manusia juga kita akan dimuliakan.

Jadilah manusia yang berilmu melalui kaedah pembacaan. Kunjungi Pesta Buku Antarabangsa Malaysia yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur dan berakhir pada 26 April 2009.

Terima kasih kepada bahagian Dakwah JAIS

Wednesday, June 3, 2009

Ape Kehenyer Stadium Runtuh?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Disebabkan Terengganu juga adalah sebahagian daripada negeriku, (maklumlah, mertua orang sana..) aku tetap berasa tempiasnya apabila stadium kebanggaan negeri ini runtuh tiba-tiba.

Apalah malangnya, stadium baru yang hebat dan mahal harganya, runtuh tanpa sebab ribut atau puting beliung.

Ada sesiapa nak jawab?

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...