Saturday, May 10, 2008

Salam Perkenalan


Mengapa Brahimnyior?





Sebab itulah panggilan untukku semasa kecil-kecil dahulu. Ketika kecil, nama ini sinonim dengan aku. Sewaktu menjelang raya, aku akan menolong mak menyediakan kuih raya. Tugas aku mencari sabut dan tempurung kelapa untuk dijadikan bahan bakar memasak kuih bahulu, kuih bakar dan kuih loyang. Yong akan tolong membancuh, manakala adik beradik lain, sekadar tukang 'rasa'.

Dek kerana tugas mencari tempurung dan sabut, aku mendapat gelaran ini.

ISNIN 12 MEI 2008

Sekolah masih lagi dalam minggu peperiksaan, tetapi hari ini tetap dadakan perhimpunan minggu kokurikulum yang dikendalikan Pandu Puteri.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...