Wednesday, March 25, 2015

VALE ECO CENTRE MENYEMAI RASA CINTA ALAM SEKITAR

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya tidak melepaskan peluang apabila diarahkan ke Bengkel Pemurnian Vale Eco Centre (VEC) di Virgo Teluk Batik pada 23-24 hb Mac lalu.

Pintu masuk ke Vale Eco Centre
 Walaupun Vale dikenali sebagai sebuah syarikat multinasional yang sinonim dengan perlombongan, ia tidak melupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyediakan satu kawasan seluas lebih 400 hektar di sebelah Teluk Batik sebagai pusat pendidikan alam sekitar. Dengan kerjasama Persatuan Pemcinta Alam Malaysia atau MNS, Vale mengorak langkah menyediakan prasarana dan modal bagi merealisasikan idea tersebut.
Papan tanda sejarah penubuhan VEC


Peserta memulakan kembara di VEC
Sepanjang bengkel pendek selama dua hari satu malam tersebut, peserta yang terdiri daripada guru, pegawai penyelidik Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan wakil dari Vale sendiri telah berganding bahu mencari formula menambah baik VEC menjadi pusat pendidikan setempat khususnya untuk alam sekitar.
Langkah keselamatan mendaftar masuk di buku daftar

Taklimat oleh sukarelawan MNS sebelum kembara

Peta laluan kami

Tagging

Sdr Farid sukarelawan Vale menerangkan aspek keselamatan

Dr Nor Azlin dan staf FRIM Kepong mendengar taklimat

Air bukit yang sejuk

Berehat di Wetland VEC

Pacat hutan yang mesra


Perbincangan bersama guru, MNS dan FRIM
 Sesungguhnya saya merasakan pengalaman berada di bengkel dengan pegawai penyelidik seperti Dr Nor Azlin (FRIM) adalah satu peluang yang jarang diperolehi. Seronok mengembara di denai hutan VEC sambil melihat sendiri kelestarian biodiversiti dan keindahan fauna dan flora di situ.

Sunday, March 22, 2015

ISU HUDUD MEMBONGKAR NIAT SEBENAR DAP DAN PKR

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. (INI KUPASAN ISU POLITIK DARIPADA KACA MATA SAYA SEORANG MELAYU-ISLAM)

Pada 19 hb Mac 2015, sejarah tercipta di Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila usul rang undang-undang hudud yang dibawa oleh PAS diterima dan diluluskan oleh dewan dengan sokongan semua ADUN termasuk 12 ADUN UMNO dan 1 PKR.

Sejak itu, hubungan antara PAS dan DAP semakin renggang apabila DAP secara terbuka mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan melakukan "pengkhianatan bersiri" terhadap Pakatan Rakyat kerana usul hudud itu kononnya bukan perjuangan mereka dan tidak dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya turut membidas PAS kerana melanggar konsensus Pakatan Rakyat yang dipersetujui Abdul Hadi sendiri ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.

"Dengan mengemukakan notis ketika pindaan enakmen tersebut belum diluluskan, ia menunjukkan Hadi sekali lagi memungkiri janji yang dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari, yang sebarang usaha mengemukakan usul persendirian harus terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan.

DAP mengkritik Abdul Hadi selepas beliau dilaporkan mengetepikan Pakatan Rakyat dengan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian, pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan, untuk membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata pengundi bukan Islam dan golongan Islam moderat yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum yang lalu turut kecewa dengan tindakan PAS.

"PAS nampaknya meletakkan dirinya di satu sudut dengan kerelaan untuk hilang segala-galanya, bukan sahaja menamatkan PR malah juga prospek dalam pilihan raya akan datang, dengan meletakkan kepercayaan kepada UMNO demi melaksanakan undang-undang hudud.

"Amat menyedihkan jika Hadi mendakwa masih ada tempat untuk PAS di hati orang bukan Islam. Bukan sahaja kerana ia tidak benar malah beliau sebenarnya berkhayal jika menyangkakan yang sokongan kalangan bukan Islam terhadapnya masih belum hilang," katanya lagi tanpa berselindung mengecam pimpinan PAS termasuk kepimpinan ulama yang diterajui Datuk Dr Haron Din, sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu dilantik menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
(dipetik daripada Astro Awani)

ULASAN SAYA:
Sudah terang lagi bersuluh, tindakan DAP cuba mencampuri urusan agama Islam tentu satu tindakan yang bodoh. Apatah lagi dalam keadaan rang undang-undang hudud hanya melibatkan orang Islam di Kelantan, apakah tujuan DAP dan PKR cuba mencetuskan polemik terhadap PAS. 

Hakikatnya, golongan Anwarinas yang menolak hudud juga semakin kuat bersuara. Malah, ada di antara mereka seperti bekas Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin secara terang-terangan meminta ahli PAS menukar pucuk pimpinan dalam muktamar PAS Jun 2015 nanti.

PAS berada di persimpangan, sama ada meneruskan tahaluf siasi bergabung dengan entiti seperti DAP dan PKR, atau bergerak bersendirian. Sebenarnya, PAS masih ada pilihan, iaitu bekerjasama dengan UMNO yang sememangnya Melayu-Islam. 

Tepuk dada, tanya selera. Jika kerjasama ini dilaksanakan, suara orang Islam di Malaysia tidak boleh perkotak-katikkan oleh musuh Islam seperti DAP dan PKR.

Monday, March 9, 2015

EKSPEDISI BERBASIKAL BUKIT ENGKU BUSU (BEB)

Terima kasih sudi membaca blog saya.

Pada Ahad 8 hb MAC 2015, saya menyertai Cikgu Haslina Abdul Hamid, Cikgu Intan Maimunah dan Cikgu Siti Rafeah serta lebih 25 orang pelajar SMK Seri Samudera Seri Manjung, ke program Kayuhan Ekspedisi Ke Bukit Engku Busu, Lumut.

Pada awalnya kami dijangka memulakan kayuhan pada 7.30 pagi, tetapi hujan rahmat yang turun renyai-renyai melewatkan jadual ke pukul 9 pagi. Keadaan cuaca tidak merencatkan semangat para peserta. Malah semuanya bersemangat untuk meneruskan aktiviti. 
 


Sebelum berkayuh, kami buat aktiviti regangan otot
Pergerakan kami bermula daripada Masjid Salahuddin, Desa Bayu dengan konvoi basikal pelbagai jenis yang kebanyakannya disertai oleh remaja, melalui Desa Manjung Raya hingga ke kaki bukit Engku Busu. Perjalanan sejauh 4 km diiringi oleh polis trafik IPD Manjung dan petugas masjid Salahuddin. 

BEB memang menjadi tempat rekreasi pelancong tempatan untuk menikmati keindahan flora hutan Khatulistiwa berusia jutaan tahun. Bukit rekreasi ini telah digazetkan sebagai Hutan Simpan sejak tahun 1974. Sebaik tiba, kami diberi rehat dan taklimat ringkas sebelum memulakan pendakian pada pukul 10.00 pagi.

Di kaki bukit, saya bersua Cikgu Maslina Adanan, Cikgu Rozifah dan Cikgu Lailawati yang membawa ahli Kelab Bola Jaring SMK Batu Sepuluh mendaki BEB. Turut menyertai pendakian ialah Pengerusi Masjid Salahuddin, Datuk Haji Zulkifli yang pada hemat saya amat mesra dan mudah membantu peserta yang kepenatan. Tidak dinafikan, cabaran mendaki BEB tidak kurang hebatnya. Apatah lagi kami mendaki dalam keadaan denai licin selepas hujan. Mujurlah tidak ada peristiwa buruk berlaku kepada pelajar-pelajar saya. Perjalanan mendaki lebih sukar berbanding menuruni bukit. Dengan keadaan denai yang licin, kami lebih berhati-hati ketika menuruni bukit kerana bimbang tergelincir.   



Cikgu Intan Maimunah dan Cikgu Siti Rafeah bersemangat kental


Datuk Hj Zulkifli (berbaju putih) menyertai kami mendaki BEB


Antara peserta yang dapat hadiah Cabutan Bertuah

Cikgu Haslina turut mendapat hadiah cabutan bertuah
Hadiah Bonanza berupa basikal MTB
Tiga sekawan yang bertuah


Senaman regangan dipimpin oleh jurulatih Pejabat Belia Manjung


Inilah wira yang berjaya mendaki BEB!
Datuk Haji Zulkiffli, Pengerusi Masjid Salahuddin Desa Bayu, dalam ucapannya bertekad menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan masjid, demi menggalakkan budaya sihat dalam kalangan remaja. Saya berbesar hati dengan program seperti ini yang pada hemat saya boleh membentuk jati diri remaja yang positif. Selain itu, ia memberi persepsi bahawa pihak masjid tidak mengetepikan golongan remaja.

Saya bersama ahli Kelab Bola Jaring SMKBS yang turut mendaki
Sebenarnya kita harus menyokong program seperti ini kerana ia sangat bermanfaat untuk para remaja. Semoga aktiviti seperti yang telah dianjurkan oleh pihak AJK Masjid Salahuddin Desa Bayu dapat dijadikan contoh oleh masjid sekitar daerah Manjung dalam mendekatkan jiwa remaja kepada aktiviti masjid.
Tahniah kepada AJK Masjid Salahuddin Desa Bayu yang mengelolakan program ini. Insya-Allah pelajar saya akan menyertainya lagi jika dibuat lagi tahun hadapan.

Tuesday, March 3, 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari ini, Selasa 3 hb MAC 2015, keputusan SPM 2014 akan diketahui seawal 10 pagi di sekolah masing-masing. Bagi mereka yang menunggunya, detik ini menjadi satu igauan, sama ada bakal memperoleh keputusan yang baik, atau sebaliknya. 

Jika baik keputusannya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi amat cerah. Ia adalah tiket ke universiti atau pusat pengajian tinggi yang lain. Jika sebaliknya, ia bukan penamat dan pengakhiran hidup.

Saya imbau kembali kenangan mengambil keputusan SPM 1988, di SMK Ahmad Boestama, tempat saya menimba ilmu dahulu. Keputusan saya agak baik tetapi peluang untuk ke maktab perguruan (ketika itu maktab perguruan menjadi pilihan utama rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang) buat saya agak tipis. 

Saya meneruskan pengajian hingga ke peringkat STPM di sekolah yang sama. Akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading. 

MORAL: kini banyak peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Keputusan SPM hanya permulaan langkah ke arah yang lebih jauh. Moga anda berjaya mencapai cita-cita.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...