Monday, April 28, 2014

JMFR 2014 KEMBALI DAN SAYA BERJAYA MENAMATKAN KAYUHAN 120 KM.(update)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Bergambar sebelum berkayuh
Awal pagi 27 April 2014, saya sudah bersiap untuk ke kayuhan Jana Manjung Fellowship Ride di Teluk Rubiah, Lumut. Ia merupakan program tahunan mengumpulkan peminat basikal untuk bertemu dan bertukar pandangan. Manjung Cycling Team, pasukan amatur yang saya sertai menghantar hampir 20 orang peserta. 
Tidak sabar menunggu hon mula kayuhan
Sebaik tiba,  rakan rakan MCT sudah bersedia dengan basikal masing-masing.
"Jangan pecah grup, tapi sesiapa yang boleh 'tembak' (pecut), tembaklah.. Kalau pancit naik lori," Ketua MCT, Haji Zulkafle Kasiman memberi arahan.

Saya dan Zuraidi Ahmad, dari Slim River, rakan yang aktif berbasikal
Agak lewat daripada jadual, kami memulakan kayuhan pada 8.02 pagi. Hon kayuhan dibunyikan oleh Dato' Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang.  Perasaan diulit rasa bimbang, kalau-kalau saya tidak mampu teruskan kayuhan. Sejak awal kayuhan saya berzikir untuk kuatkan semangat.
Ya Allah, janganlah uji kayuhan ini dengan musibah untukku. Berikan aku kekuatan menamatkan kayuhan ini.
Perjalanan kami lancar dengan pemantauan dan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Marshall motosikal berkuasa tinggi.Seorang daripadanya Haji Estima, rakan MCT yang berpengalaman dalam 'event' seperti ini.

Bergambar sebaik tiba di garisan penamat

Bersama otai MCT, Haji Zul
Kami melalui Seri Manjung, hingga ke pelabuhan Lumut. Semasa melalui Jambatan Bainun yang menghubungkan Segari dan Kampung Acheh, cabaran dirasakan agak berat. Masuk kilometer ke-37, kekejangan otot kali pertama sudah menyerang tetapi saya teruskan kayuhan. 
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Pantai Remis dan berehat 30 minit di Pangkalan Bharu pada 8.56 pagi.
Di situ saya berkesempatan bertemu rakan UPM dahulu,  Zuraidi Ahmad. Dialah yang memperkenalkan sukan berbasikal kepada saya. Peristiwa kami membeli basikal MTB di Bukit Beruntung pada 2012 masih segar dalam ingatan.
Usai berehat, perjalanan berikutnya melalui Batu Hampar dan Beruas, terus ke Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung dan tiba ke Teluk Rubiah pada pukul 11.55 pagi. Ada dua hentian untuk berehat iaitu di SMK Changkat Beruas dan Kg. Kota, tetapi saya nekad tidak menghentikan kayuhan. Jika berhenti ia akan menjejaskan rentak kayuhan. Apatah lagi melihat rakan-rakan MCT seperti Chor Misai dan Che Din masih bersemangat. Kami bergerak dalam peloton besar selepas WS3 dengan dikawal oleh kereta peronda polis. Sebaik tiba di Jalan Besar Ayer Tawar-Ipoh, peloton mula berpecah dan ada peserta yang membuat 'break away'.
Pingat bukti berjaya tamatkan kayuhan 120km
Sepanjang kayuhan saya berdoa Giant TcR tidak pancit. Syukurlah saya sampai juga tanpa perlu menaiki lori.Sebaik melepasi Pasar raya Aeon, paha dan betis mula diserang kejang semula. Ada ketikanya saya hanya berkayuh sebelah kaki. Mungkin disebabkan kurang persediaan kali ini, kekejangan kaki lebih kerap dan menyakitkan!
Kayuhan ini tiada ranking kerana ia berbentuk funride. Pasukan MCT mengekalkan rentak kayuhan 30-35kmj, dan kami berjaya menamatkan kayuhan tanpa sebarang musibah berat.
Terima kasih dan tahniah kepada semua warga MCT yang menyertai program JMFR 2014.  Insya Allah kita teruskan kayuhan JMFR 2015 tahun depan.