Saturday, April 24, 2010

Hakim Sama Hakim Pun Bergaduh?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Menurut Berita Harian, seorang hakim pengsan akibat ditumbuk dalam satu pergaduhan melibatkan beliau dan suami rakan setugasnya. 

Dalam kejadian di sebuah Mahkamah Sesyen di Butterwoth, hakim itu pengsan selepas ditumbuk pada muka oleh suami seorang hakim mahkamah sama di lobi bangunan itu, kelmarin.


Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditumbuk suami hakim berkenaan selepas dikatakan berlaku perselisihan faham ketika mahu menjemput isterinya, kira-kira jam 5.30 petang. “Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditumbuk dan pengsan. Hakim terbabit kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh kakitangan mahkamah,” katanya.

Hakim itu dibenarkan keluar hospital pada hari sama selepas mendapatkan rawatan dan kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Hakim berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan keluar beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Difahamkan kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara hakim wanita berusia 30-an dan mangsa sebelum kejadian, yang membabitkan seorang jurubahasa.

“Sebelum kejadian, mangsa meminta jurubahasa hakim wanita itu menghadiri kes yang dikendalikannya kerana jurubahasanya cuti sakit tetapi jurubahasa terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai tugas sendiri di mahkamah hakim wanita berkenaan.

Rupanya kes berebut jurubahasa, menyebabkan nama hakim tercemar..
 

Friday, April 16, 2010

Hati-hati Penipuan Kemasukan Ke UiTM

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 (Mstar online)


SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.
"Sejak 10 April lalu kami melalui BPP telah menerima aduan daripada orang awam mengenai pihak yang menghubungi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menawarkan khidmat bagi menguruskan kemasukan mereka ke UiTM dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan.
"UiTM tidak pernah lantik mana-mana pihak dan semua urusan kemasukan dibuat secara telus, melalui prosedur yang ditetapkan di bawah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.
Pada 14 April lalu, satu laporan polis telah dibuat melalui Ketua Bahagian BPP, Mazlan Salleh berhubung sindiket penipuan yang menggunakan nama universiti itu untuk mengaut keuntungan.
Sahol berkata, laporan polis itu dibuat hasil daripada maklumat orang ramai kepada BPP yang mengadu tentang kewujudan sindiket tersebut.
Menurutnya, sindiket berkenaan yang didalangi oleh tiga wanita dan seorang lelaki yang juga ketua sindiket tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM2,160 hingga RM2,700 untuk urusan kemasukan ke pusat pengajian tinggi berkenaan.
Tambahnya lagi, suspek dipercayai berpangkalan di Seremban dengan menggunakan nama East West College telah berjaya memperdayakan 10 mangsa dan berjanji akan menempatkan mereka di UiTM cawangan Seksyen 17, Shah Alam dan UiTM cawangan Melaka.
Bagaimanapun hasil aduan orang ramai, UiTM berjaya mengumpul maklumat mengenai ahli sindiket itu seperti nama, nombor telefon dan alamat pejabat mereka, tambah beliau.
"Sindiket tersebut turut mengarahkan semua 10 orang mangsa supaya mendaftarkan diri ke UiTM pada 22 April ini wahal kemasukan pelajar baru UiTM hanya akan bermula pada Mei ini.
"Mereka sangat licik dan pandai memperdayakan orang ramai. Pegawai kami telah menyamar sebagai ibu bapa yang berminat dan ternyata mereka telah mendalami semua maklumat mengenai UiTM.
"Jawapan yang diberikan cukup meyakinkan dan tidak hairan jika ada mangsa yang terpedaya dengan helah mereka," katanya.

Baru-baru ini, lepasan SPM bertemu saya dan mengunjukkan surat tawaran sindiket yang dimaksudkan. Menggunakan kepala surat UTM, mereka tanpa ragu-ragu menyatakan tempat yang ditawarkan adalah sah. Mujur juga pelajar berkenaan berjumpa kami di sekolah. Setelah dinasihatkan, mereka memahami tipu helah tersebut. Tetapi ada juga pelajar yang mendaftar. Akibatnya, mereka dikehendaki membayar deposit RM500. Modus operandinya mungkin sama dengan sindiket yang didedahkan baru-baru ini.

Friday, April 9, 2010

Terima Kasih KPM!

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
 Menarik tajuknya, jangan tengok foto sebelah kiri.. Jangan tengok!

Apa yang guru buat, kerap melampaui bidang tugasnya. Wajarlah Kementerian Pelajaran mengkaji tugas guru, agar tidak dibebankan dengan tugas perkeranian. 

Cuma, saya harap apa yang dibuat itu tidak diperap. Ketua Pengarah Pelajaran nampaknya positif akan hal ini. Setiap masalah ada penyelesaian. Cuma saya berharap apa jua laporan berkenaan, apabila siap nanti ia tidak diperap umpama pekasam..Nak tolong cikgu, biarlah ikhlas.

Tuesday, April 6, 2010

Berani Bunuh Kawan Sendiri..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

rakannya tidak 'memecahkan tembelang mereka'. Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Plaza OUG di sini.

Sebelum itu, perompak malang itu cedera parah selepas ditembak oleh seorang pengawal keselamatan kedai barang kemas terbabit dalam insiden pada pukul 2.45 petang itu.

Mereka menyerbu masuk ke kedai barangan kemas itu yang terletak di aras bawah kompleks membeli-belah terbabit sebelum berdepan dengan salah seorang pengawal keselamatan yang duduk di hadapan kedai itu.
Mereka merampas pump-gun milik pengawal terbabit sebelum mengarahkan para pekerja mengangkat beberapa dulang berisi barangan kemas ke dalam beg plastik yang dibawa mereka.
Pada ketika itu, terdapat empat orang pekerja di dalam kedai berkenaan.
Bagaimanapun, penjenayah terbabit tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal keselamatan bersenjata di belakang cermin sehala di dalam kedai berkenaan yang memerhatikan gelagat mereka sebelum melepaskan tembakan tepat ke bahagian perut sebaik sahaja perompak terbabit mahu melarikan diri.
Penjenayah yang cedera itu kemudian tumbang tidak jauh dari kedai tersebut.
Sebaik melihat rakannya tumbang, penjenayah yang berada di depan berpatah balik sehingga menakutkan orang ramai sebelum melepaskan dua das tembakan kepada rakannya yang terbaring itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sabtu Osman berkata, perompak yang menembak mati rakannya menghilangkan diri dengan sekurang-kurangnya lapan dulang barangan kemas.
“Penjenayah bersenjatakan Revolver .38 dan sangat berbahaya yang sanggup membunuh sesiapa sahaja termasuk rakannya.
“Siasatan awal mendapati perompak yang mati berusia 34 tahun dan memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu samun bersenjata dan penyalahgunaan dadah," jelasnya.

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...