Thursday, July 30, 2009

Bahayanya Sijil Halal Dipermain-mainkan

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Terkedu apabila membaca berita tentang beberapa syarikat dikesan oleh MAINPP, bertindak mengeluarkan sijil halal sendiri.

PULAU PINANG 30 Julai — Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengesan empat syarikat swasta tempatan mengeluarkan sijil perakuan halal kepada beberapa pengusaha produk makanan.

Yang Dipertua MAINPP Shabudin Yahaya berkata siasatan mendapati syarikat berkenaan mengeluarkan sijil perakuan halal kepada pengusaha yang mempunyai premis yang kotor dan pernah gagal dalam permohonan mendapatkan sijil berkenaan daripada MAINPP.

“MAINPP tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk mengeluarkan sijil halal itu dan kita tidak mengiktiraf sijil berkenaan. Kita juga sedang mengkaji peruntukan undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang dipercayai telah beroperasi hampir setahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shabudin berkata sijil perakuan halal hanya dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di peringkat pusat dan Majlis-majlis Agama Islam di peringkat negeri.

Beliau berkata kebersihan dan kesucian produk makanan seperti mee kuning, mee sanggul dan kuetiau keluaran pengusaha terbabit diragui kerana terdedah kepada najis burung serta berisiko mengandungi bahan pengawet yang dilarang yang membahayakan kesihatan.

Beliau berharap sijil perakuan halal diseragamkan dan dikeluarkan oleh satu pihak sahaja iaitu kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan dan disalahgunakan oleh pihak tertentu.

“Dengan cara ini, ia bukan sahaja memudahkan pemantauan terhadap pemegang sijil pengesahan halal itu malahan menggalakkan pengusaha memohon pengesahan daripada badan yang mempunyai kuasa sahaja,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh JAKIM atau Majlis Agama Islam.


Sebelum ini, kita resah membaca berita kisah ayam disembelih tak mengikut syariat, makanan meragukan di hotel-hotel terkemuka dan seumpamanya.

Makanan halal pasti menjadi pilihan orang Islam, tapi bagaimana jika 'halal' itu dipertikaikan. Kita bukannya tahu. Asal ada tanda halal, masuk ke perut, jadi darah daging.

Berhati-hati dengan makanan yang disediakan di hotel dan restoran. Jika kita ambil mudah, nanti kita juga yang jadi mangsa.

Monday, July 27, 2009

Lega Rasanya.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam dua minggu ini, keterbatasan waktu menyebabkan tak mampu melewati blog sendiri, apatah lagi blog kawan-kawan yang masih sudi bertandang menanya khabar.

Lega rasanya selepas pemantauan dan penilaian Pusat Sumber dibuat. Sebenarnya, PSS dicalonkan untuk satu anugerah peringkat kebangsaan.

Berdasarkan penilaian awal juri yang datang, (kedua-duanya perempuan), bolehlah dikatakan harapan untuk mendapat 10 tempat terbaik pun sukar, apatah lagi jika berniat untuk menjadi johan. Mimpi bolehlah...

Apa yang penting, kami telah mencuba untuk memperbaiki PSS yang sedia ada, dan keadaannya, lebih baik daripada dulu. Insya-Allah, kekurangannya akan diperbaiki pada tahun depan.

Jumpa lagi..

Thursday, July 23, 2009

Hamil Akibat Zina

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada tahun 2005, ketika SPM hampir berlangsung, kami dikejutkan peristiwa murid perempuan terpaksa di'cuti'kan ke Pusat Pemulihan Akhlak di sebuah bandar jauh dari sekolah. Rupa-rupanya, perbuatan 'haram'nya telah membuahkan hasil. Pelajar perempuan itu hamil hasil hubungan zina dengan teman lelaki.

Semasa mengambil keputusan SPM, aku sempat berbual dengannya. Kasihan melihat remaja perempuan seperti dia. Mak dan ayah bercerai, menyebabkan jiwanya memberontak. Salah pilih haluan, menjadi 'santapan' jantan sundal yang memang mengambil peluang terhadap kelemahannya.

" Saya hanya dapat menyusukan anak saya selama tiga hari, cikgu." katanya perlahan. Ada riak insaf di wajahnya.

Dia kepingin melihat dan menjaga 'anak'nya sendiri, tetapi ibunya telah menyerahkan bayi itu kepada orang lain, yang dia sendiri tidak tahu siapa dan di mana hendak dimulakan pencarian.

Aku hanya mampu beri nasihat, agar dia tidak mengulangi perbuatan buruknya.

Hari ini, kami terkejut lagi. Khabarnya, peristiwa yang hampir sama berlaku.

Bukan tidak dinasihat, tetapi segelintir remaja perempuan hari ini seolah-olah tiada rasa malu, sehingga menyerahkan mahkota kegadisan mereka kepada jantan yang bukan bergelar suami.

Khabar angin ini semakin kuat bertiup.

Entahlah. Ada guru sudah mula tersengih-sengih sambil berkias,

"Kita nak dapat cucu haram lagi..." katanya berbisik.

Monday, July 20, 2009

Manchester United Ke Malaysia Lagi

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Bagi penyokong Manchester United (M.U), kedatangan para pemain ini ke Malaysia adalah penghargaan yang tidak ternilai.

Bukan kali pertama M.U mengadakan persinggahan dan bermain di Malaysia. Para peminat United berpeluang menyaksikan kelibat pemain pujaan mereka seperti Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Nani, Scholes, dan pemain yang baru seperti Owen menentang pasukan pilihan Malaysia.

Menariknya, skuad Man U kekal berada di sini untuk tempoh yang lebih lama, kerana jadual ke Indonesia terpaksa dibatalkan setelah berlaku pengeboman di hotel penginapan mereka.

Biarpun sudah ketiadaan pemain terbaik dunia yang sudah berhijrah ke Real Madrid, United tidak ketandusan pemain. Malah, sokongan peminat juga bukan kerana Christiano Ronaldo, tetapi sebaliknya adalah kerana kelab ini mempunyai pencapaian yang mengagumkan.

Ronaldo sudah jadi sebahagian daripada sejarah kegemilangan Man U. Sama seperti kegemilangan pemain seperti Charlton, Keane, Beckam, Cantona yang mencipta nama di kelab ini, Ronaldo perlukan pentas lain untuk memperagakan kehebatannya.

Malaysia, biarpun tewas 2-3 di tangan Man U dalam perlawanan di Bukit Jalil, tidak patut berasa malu. Kita tewas kepada satu daripada pasukan kelab terbaik dunia.

Ironinya, kedua-dua gol sumbangan Amri Yahyah, menampilkan persembahan menghiburkan dan bersemangat.

Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi dalam perlawanan kedua pada Selasa nanti.

Sir Alex has promised to make changes ahead of the Reds’ second meeting with the Malaysia XI side that came so close to upsetting United on Saturday afternoon.
It took a late Michael Owen goal to seal victory at the Bukit Jilal stadium in Kuala Lumpur and the 29-year-old could find himself in the starting XI on Monday night when the teams meet again. The boss has also indicated he’ll give starts to Gary Neville and Fabio, while Ryan Giggs, Wes Brown, Zoran Tosic, Michael Carrick and Darren Fletcher are also tipped to play large roles. "The players who started the first game won’t start on Monday," the Reds' manager said. "It will be a completely different team. Other players need to get minutes on the clock." Sir Alex was effusive in his praise for United’s opponents after the 3-2 win and will no doubt expect a similar challenge on Monday. “I thought Malaysia were very good in a lot of things they did. They had the speed to catch us on the counter-attack a few times. You always worry about quick teams because they can really threaten you.”.

Pasti pertemuan kedua ini lebih menarik. Tapi yang jelas, pemain Man U pasti berasa lebih selamat di Malaysia, biarpun dipujuk untuk ke Australia sebagai alternatif perubahan jadual di Indonesia.

Sayangnya, tak dapat ke Bukit Jalil. Tapi menonton di TV pun satu kepuasan.

Tuesday, July 14, 2009

Patriotiknya Rakyat Indonesia

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Aku pernah ke bumi Indonesia seketika dahulu, bersama rakan-rakan sekolej. Negara jiran ini sangat luas, dan terletak di Lingkaran Api Pasifik. Pada 1883, Letusan gunung berapi Krakatao menumpahkan lava dan debu lebih sebulan. Pulau tersebut akhirnya tenggelam, dan muncul puncak gunung berapi yang lain yang diistilahkan Anak Krakatao.

Di Sumatera, ada tasik air tawar terbesar di Asia, iaiatu Danau Toba. Di tengah tasik ini, muncul pulau Samosir, yang sebenarnya adalah puncak gunung berapi yang telah pendam. Panoramanya sangat indah dan mendamaikan.

Begitulah Indonesia, yang memiliki banyak pulau. Pulau yang paling maju dan ke hadapan, tentulah pulau Jawa, manakala Sumatera berkeadaan sederhana. Pulau Flores agak terkebelakang. Begitu juga dengan Sulawesi dan Lombok.

Kedudukan pulau-pulau yang jauh dari Jakarta menyebabkan ekonomi sesetengahnya tidak berkembang. Sementelah pula, jika tiada hasil bumi atau produk pelancongan yang dapat menggalakkan aktiviti parawisata.

Dek banyak pulau, ada sesetengahnya tidak dapat dimajukan. Bergantung cara mana ia ditadbir oleh pemerintah tempatan. Pulau Batam, lebih maju berbanding Riau, biarpun jaraknya dekat.

Indonesia pernah mengalami 'kehilangan wilayah' apabila Timor Timur mengisytiharkan kemerdekaan. Dalam konflik Pulau Sipadan dan Ligitan, negara itu sekali lagi menggigit jari akibat keputusan Mahkamah Dunia yang memihak kepada Malaysia. Kini, Sipadan dan Ligitan sah milik Malaysia. Syukurlah.

Akhir-akhir ini, konflik terbaru melibatkan Pulau Ambalat. Dalam satu demontrasi rakyat Indonesia di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta, mereka bagai seirama, menghina dan mengeji negara kita.

Aku memang tidak hairan dengan tindak balas rakyat negara Pancasila ini, kerana semangat patriotik mereka sangat tinggi.

Pernah dengar lagu kebangsaannya? Lagunya sangat bersemangat, apatah jika dinyanyikan beramai-ramai.

Bahasa Indonesia sangat dimuliakan. Jangan bermain soal bahasa, kerana bahasa mereka diletak pada kedudukan yang sangat istimewa. Mereka bangga menyatakan bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Sebaliknya, kita masih berpolemik untuk menggunakan bahasa Melayu, ataupun bahasa Malaysia. (Dalam hal ini, kekadang pening kepala, mengapa kita tidak gunakan istilah Bahasa Malaysia?).

Siapa Rudy Hartono? Cina atau Jawa? Jika anda nyatakan beliau sebagai suku Jawa, anda ternyata silap. Bekas pemain tersohor Indonesia ini adalah keturunan Cina Indonesia. Bahasa pertuturannya adalah bahasa Indonesia tanpa pelat Cina.

Rakyat Indonesia mengagumi sejarah perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Mereka mengusir Belanda sebaik tamat perang dunia ke-2.

Apabila menerima kiriman emel foto ini, aku terfikir untuk berkongsi rasa dengan rakan lain. Adakah mereka ini biadab, atau terlebih patriotik?











)


Sunday, July 12, 2009

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga perkara iaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;

1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad
...

Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..

- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'


Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan
....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan
...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung.
...

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disolatkan
....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat
....

terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini


Wahai Fulan Anak Si Fulan...

- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian...
..

Lalu terdengar suara berkata kepadanya, 'Wahai Hamba Allah.... .
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintah Allah


Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman
,

'Wahai Jiwa Yang Tenang
Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Buat Ika adikku, terima kasih atas ingatan ini.

Thursday, July 9, 2009

Syukur...PPSMI dimansuhkan 2012

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kerajaan telah pun memutuskan PPSMI tidak diteruskan selepas 2012. Apa lagi yang boleh aku katakan? Hanya kesyukuran dan munajat, moga perkara ini memberi kebaikan kepada semua rakyat.

Sebagai golongan paling hampir dengan murid, kami lebih mengetahui perit jerih melaksanakan PPSMI, dan syukur sekali lagi kerana keprihatinan kerajaan mendaulatkan kembali bahasa Melayu.

PPSMI dimansuh, Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda pada 2012 (Mstaronline)

PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia manakala di SJK Cina dan Tamil akan dikendalikan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan tersebut akan mula dikuat kuasa pada 2012.

"Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.

"Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pelajaran hari ini.

Jelas Muhyiddin, Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Katanya, strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak 2003.

"Untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan dengan memperkenalkan beberapa langkah antaranya seperti berikut:

- Menambah bilangan guru Bahasa Inggeris seramai 13,933. Jumlah itu termasuk 1,000 orang guru luar negara, 6,000 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi sekolah kebangsaan Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu. Manakala bagi Tahap II ditambah sebanayk 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJK Cina dan Tamil Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

- Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada tiga jam menjadi enam jam seminggu.

Tambah Muhyiddin, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

"Selain itu hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi," katanya.

Menurut beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

"Malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan," katanya.

Sesiapa pun tak menafikan kepentingan bahasa Inggeris. Tapi, jangan korbankan Sains dan Matematik. Anak-anak luar bandar yang merana kerana semakin membenci subjek berkenaan. Sebabnya? Mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh guru.

Kini, semua boleh menarik nafas lega. Ayuh. Kembali perkasakan BM, tapi dalam masa yang sama, hargailah dan tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris, kerana ia menjadikan kita lebih berdaya saing.


Monday, July 6, 2009

Pahala Terakhir..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Cerita ini untuk renungan bersama.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya... Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa. Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu mela yani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan s eda ng melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami s eda r saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar t idak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur.

Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya. Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat... Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meinta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s. a. w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya." Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pa hala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya ... semoga Allah perkenankannya.

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan

Terima kasih Amir Hamzah, sahabatku..


Saturday, July 4, 2009

Mentaliti Budak Melayu Hari Ini

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kalau budak Melayu dahulu, kemiskinan akan menjadikannya kuat. Semangat untuk mengubah nasib diri dan keluarga akan memacu diri untuk berjaya. Anak-anak kampung yang asalnya nelayan, pekebun kecil dan buruh akhirnya dapat menjadi lebih baik daripada ayahnya.

Semuanya berkat daripada kesungguhan mereka untuk berubah.

Sekarang, keadaan agak berbeza. Mereka yang berlatarbelakangkan kemiskinan akan semakin ketinggalan. Dari segi semangat pun, golongan pelajar miskin khususnya lelaki, mudah terjebak dengan gejala sosial seperti merokok dan merempit. Kalau tidak dikawal, mereka mudah dipengaruhi dadah dan gejala sosial lain.

Peristiwa kematian tragis bekas siswi UTM ketika melahirkan anak luar nikah baru-baru ini adalah gambaran jelas betapa gejala sosial masyarakat kita, khususnya Melayu sudah semakin tenat.

Mentaliti budak-budak Melayu hari ini, hanya memerlukan tiga perkara; rokok, motor dan betina.

Ada sesiapa yang tidak setuju?

Wednesday, July 1, 2009

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...