Thursday, April 20, 2017

Panggilan Puan Fazillah JPN Mengubah Rutin Saya

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Boleh saya bercakap dengan En. Izzuddin bin Ali Hassan?" Suara wanita yang memperkenalkan dirinya Puan Fazilah, daripada Unit Naik Pangkat JPN menyapa saya dalam perbualan pagi Isnin 17 April 2017.

Dia memaklumkan bahawa saya perlu ke JPN Ipoh, pada Selasa 18 April, 2017. Pengarah nak jumpa, katanya lagi.

Sudah tentu perasaan saya sedikit bimbang. Mengapa Pengarah nak jumpa? Tapi Puan Sabarina Jamaluddin, pengetua tempat saya bertugas, memujuk dan meminta saya bersedia dengan tugas baharu.

"Nampaknya saya akan kehilangan Penolong Kanan," Katanya senyum tetapi penuh bermakna. Beliau memaklumkan saya mungkin akan dapat penempatan sebagai pengetua

Saya agak, hal perjumpaan dengan pengarah pasti ada kaitan dengan jawatan pengetua, kerana dua orang lagi Penolong Kanan yang sama-sama mengikuti NPQEL bersama saya dalam ambilan 1 2016, turut dipanggil pada masa yang sama.

Kami tiba di JPN kira-kira 10.30 pagi keesokannya. iaitu Selasa 18 April 2017. Dalam Bilik Seri Budi, perjumpaan turut dihadiri oleh Pengarah JPN, Hj Mat lazim bin Idris, Timbalan Pengarah JPN, Hj Mohd Rosli bin Ahmad, dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Azmi bin Dahali. Pengarah memaklumkan panjang lebar apa yang perlu dan tidak boleh dilakukan oleh pengetua baharu.
Akhirnya tiba giliran kami menerima surat lantikan. Saya secara rasminya diarahkan bertugas sebagai pengetua di SMK Sungai Bayor, Selama Perak.

Saya panjatkan kesyukuran atas amanah yang diberikan. Biarpun sedih meningalkan SMK Seri Samudera, langkah baharu dalam kerjaya sebagai pengetua perlu diteruskan.