Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Saya ingin nyatakan sokongan saya kepada Sahibussamahah Mufti Perak yang jelas dengan pendiriannya tentang kebimbangannya terhadap nasib ummah hari ini. Buat pengetahuan anda, saya pernah berasa ragu dengan tindakannya dahulu semasa isu Melayu-Kristian dan penggunaan kalimah Allah. Bagaimanapun, pemecatan Datuk Hassan Ali memberi banyak hikmahnya apabila saya sedar dari mimpi indah yang cuba dibuaikan oleh Pakatan Rakyat.
Rasanya inilah kali
pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta
membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan
masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah
belah.
Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti
itu supaya berhenti dari mengeluarkan “fatwa” yang songsang sesuka hati
kerana ia mengelirukan umat lslam.
Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan
merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam
di negara ini.
Serentak itu sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai
dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan
PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:
“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak
betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam
mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.
Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani
memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta
bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik
kepartian.
“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila
tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas..
tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam
Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang masalah hukum dan
sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah
mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua
PAS waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu
berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara
perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.
Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita
melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah
menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan
orang Melayu.
“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970
an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih
ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram
(tidak halal) dimakan.
“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal
sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari,
jadi imam pula tidak boleh sembelih. . . haram.
“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya
seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu
di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun
ada.
“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal
dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia
dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.
Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot
sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu
mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata
sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita
lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS merupakan kutukan,
cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan
dakwah lagi.
“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan
sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan
umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan
bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak
kepada keganasan sebagainya.
“Dia orang kata apa…mufti-mufti
tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing?
Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum
syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa
kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki
hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa
kepada perpecahan” ujarnya.
Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan
beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam,
satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita
berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”
“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga
berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini
buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah
syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir
sekarang.
“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di
Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . .
sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di
kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi
sesama sendiri.
Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan
tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah
bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada
Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita
bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”
“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.
“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu
Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk
perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah
ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa
kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang
jahiliah.
“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada
Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan
ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan
syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu
masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini
boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.
“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan
kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti
bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk
perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.
“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu
Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan dipimpin sekalipun . . . haram
kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi,
kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan
dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”
Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar
siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu
bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka)
dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan
di situ maka tidak boleh pergi.”
“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam
rumah melainkan kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik
bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh
masuk .
Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita
lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang
sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan
seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.
“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0) kedua
(Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi
kerana itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam
yang berasaskan kepada empat asas.
“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.
“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita
menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya,
perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..
Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan
dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan
terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis
fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil
untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa
kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan
ulama sebagai anjing?.
Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu
tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran
daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya
tidak bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .
“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi
Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz
pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu dan macam macam
lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para
sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.
“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah
jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia
seorang ulama, mungkin dia terlajak maka itu saya memberi peringatan
supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama
inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang
minta Allah ampuni seluruh umat Islam.
Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu
kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol
dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang
kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang
Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.
“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam majlis
peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan
Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu
itu.
Beliau hairan kerana “orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita
dengar akhir-akhir ini, PAS melantik orang bukan islam . . .apakah
kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk
menegakkan islam?
“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.
Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . .
kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul-
betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita
sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan melanggar hukum
Allah. “
Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan
saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak
mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.-
18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN