Sunday, January 10, 2010

Kenangan Di Asrama

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Semasa bersekolah menengah tahun 1988-1990, saya menginap di asrama. Ia mengujakan, apatah lagi bagi pelajar di sekolah luar bandar seperti saya.  Waktu itu, kemudahan di asrama jauh lebih selesa berbanding di rumah. Tidak seperti hari ini, kehidupan dan keselesaan di rumah menjadikan ramai pelajar suka 'memerap' di rumah berbanding di asrama.

Semasa bulan Ramadhan, tahun 1988, ketika kami di Tingkatan 5, empat orang kawan  menyelinap masuk ke asrama puteri. Tujuannya untuk mencuri seluar dalam, dan coli. Tentu tak masuk akal, tapi itulah yang terjadi. Kumpulan empat orang rakan kami ini memakai baju silat, dan menutup muka 'ala ninja'. Ketika mereka menceroboh masuk, kami di dorm masih tidur dan tak sedar apa. Menjelang waktu bersahur, mereka menggayakan 'cat walk' di hadapan kami dengan memakai coli dan seluar dalam yang dirembat dari bilik dobi aspuri.

Sangat kelakar dan kami ketawa hingga sakit perut dibuatnya. Rupa-rupanya, peristiwa mereka menceroboh masuk ke asrama puteri telah dihidu oleh warden. Kami semua diarahkan berkumpul pagi itu juga. Semua warden membuat siasatan. Ada saksi, iaitu pelajar perempuan yang melihat kelibat lelaki berbaju hitam keluar dari bilik dobi aspuri. Semasa sesi soal jawab, semua senyap membatu.

Demi menjaga persahabatan, maka kami yang tidak terlibat turut sama 'menyimpan rahsia'. Menurut perjanjian lisan kami selepas acara 'cat walk' ialah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Kononnya, begitulah.

Semuanya bagai tiada bukti, sehinggalah warden mengarahkan pekerja  sokongan memeriksa bahagian atas siling yang berlubang. Ketika itu, peluh jantan membasahi muka. Apa tidaknya, semua coli dan seluar dalam yang dicuri itu, disembunyikan di atas siling. Mengucap panjang pengetua dan warden melihat hampir dua plastik pakaian dalam ditemui di atas siling.

Akhirnya, pengetua membuat keputusan untuk menghukum semua pelajar tingkatan 5 dengan membuang kami dari asrama. Ketika itu, kami sudah mula mencongak-congak untuk membuka rahsia. Tapi dalam masa yang sama, hati kawan yang 'meninja' itu perlu dijaga.

"Alamak, SPM dah dekat, aku tak nak gagal sebab benda ni. Aku tak buat," bisik seorang rakan.

"Aku pun," saya berbisik kepadanya. Kami saling berpandangan ke arah empat rakan yang menceroboh tadi. Mereka dengan selamba bagai tiada rasa bersalah.

Melalui teknik Penolong Kanan, Cikgu Md Radzi Jabar, akhirnya, semua yang menceroboh dapat dikenal pasti dan dibuang asrama. Selamatlah kami yang tidak terlibat.

Hari ini, Penolong Kanan itu sudah menjadi Pengarah Pelajaran Perak. Beliau mungkin sudah lupa akan peristiwa ini, tapi, saya masih ingat. Begitu juga dengan penghuni dorm C, asrama putera SMK Ahmad Boestamam tahun 1988.

Moralnya ialah, jangan lakukan perkara gila pada waktu remaja, kerana ia mungkin menjejaskan masa depan.

12 comments:

  1. perkara gila yg mcmnilah kita akan igt smpi bila2

    ReplyDelete
  2. Zaman remaja adalah zaman yang penuh kenangan..
    Pengalaman tu lah yang mendewasakan kita,kita belajar melalui kesilapan orang lain dan juga kesilapan diri sendiri..

    ReplyDelete
  3. Amir,

    Betul, tapi ada kawan saya jadi penagih dadah, sebab memulakan tabiat gila pada usia remaja. Akhirnya mati muda.

    Hani,

    Pengalaman mendewasakan seseorang. Memang remaja penuh kenangan yang kekadang melucukan. Saya bersyukur dapat menempuh zaman remaja dengan pelbagai memori.

    ReplyDelete
  4. Bertuah betul kawan2 cikgu Izzuddin, dalam banyak2 benda, benda itu yang dicuri..hehehe

    ReplyDelete
  5. Pengalaman sebegitu bagi pelajar tersebut sangat mantap. Mereka berani meneroka dan menanggung akibatnya. Ini kerana bukan semua orang berani melakukan sesuatu dengan menanggung kesannya, khususnya yang negatif.

    Ketika situasi/insiden sebegitu sangat2 menguji konsep 'setiakawan'...kawan yang benar-benar kawan atau kawan makan kawan kerana kawan nak menyelamatkan diri dulu.

    Apa-ap pun bergantung pada personaliti masing-masing.

    ReplyDelete
  6. salam bang...menarik cerita tu!malangnya saya asrama semua lelaki.jadi rasanya tak boleh bayangkan mcmane nak menyelinap ke dorm pompuan.

    En Md Radzi Jabar tu bekas pengetua saya semasa sy di STAR,Ipoh.Baik orangnya...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Tirana,

    Saya pun tak tau nape teruja sgt diorang nak 'rembat' pakaian dalam tu. Ntah berbasuh, ntah tidak.. Tapi saya yakin budak pompuan yang pakaian dalamnya diculik, tak pakai dah coli dan seluar dalam tu.

    Lan,

    Ada kawan makan kawan. Tapi kalau ikut kawan sembrono, memang cari nahas. Kena fikir dulu. Aku rasa hang pun kenai member yang terlibat tu. Skang ni, sorang dh jd Kastam, sorang jd polis, sorang lagi jd pemandu bas ekspres. Yg satu lagi, lost contact..

    Iqbal,

    Oh.. rupanyer penah di bawah bimbingan Hj Mohd Radzi rupanyer. Setahun dua lagi, dia bersaralah, rasanya..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Tirana,

    Saya pun tak tau nape teruja sgt diorang nak 'rembat' pakaian dalam tu. Ntah berbasuh, ntah tidak.. Tapi saya yakin budak pompuan yang pakaian dalamnya diculik, tak pakai dah coli dan seluar dalam tu.

    Lan,

    Ada kawan makan kawan. Tapi kalau ikut kawan sembrono, memang cari nahas. Kena fikir dulu. Aku rasa hang pun kenai member yang terlibat tu. Skang ni, sorang dh jd Kastam, sorang jd polis, sorang lagi jd pemandu bas ekspres. Yg satu lagi, lost contact..

    Iqbal,

    Oh.. rupanyer penah di bawah bimbingan Hj Mohd Radzi rupanyer. Setahun dua lagi, dia bersaralah, rasanya..

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Tirana,

  11. x disangka betul la.pengalaman cikgu lg dasyat masa kt asrama..time cikgu jd ketua warden dulu..rasanye kami x la wt perangai sampai cm 2 kn..
    siap pakai baju silat n tutup mata yg x tahan nk dengar 2..huhhuu..apa pun..Don't try it at home..

    ReplyDelete
  12. Samalah kita...menceroboh asrama puteri utk curi coli dan bra..pnglaman yg x dpat dlupakan..best kowt

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...