Monday, November 3, 2025

MEMUKAT UDANG LAUT

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.




Man Coden, sahabat sekampung saya adalah nelayan sepenuh masa. Kami sama sama bersekolah di SK Teluk Muroh sejak darjah satu hingga darjah 6. Dia ada kad pendaftaran nelayan daripada LKIM, dan mendapat kemudahan subsidi minyak daripada kerajaan. Man sudah jadi nelayan hampir separuh daripada usianya. Selepas kematian mak semasa sekolah rendah, Man dan adiknya Nor, dibesarkan oleh ayahnya. 

"Aku sibuk, tak fikir pasal nak kahwin," jawabnya apabila ditanya mengapa masih membujang. 

Man ada pengalaman kerja kontrak di Kelantan, jadi pengiring artis semasa zaman gemilang Rock Kapak zaman 90-an, dan kini selesa ke laut memukat udang, dengan bot 22 kaki dan enjin 40 hp miliknya. Man selalunya ke laut sendirian, namun kali ini saya berpeluang mengikut dia memukat udang laut. 

Kami bertolak dari jeti Kuala Sematang kira-kira 1 km dari rumahnya jam 9 pagi. Selepas perjalanan bot  kira kira 20 minit, kami sampai di port melabuh pukat. Cuaca pun cantik, panas terik dan berangin. 

Kami melabuh pukat kira kira 2 km daripada TNB Teluk Rubiah. Menjelang 2.30 petang kami selesai mengangkat pukat dan alhamdulillah, dapat hasil udang laut bersaiz besar kira-kira 5 kg. Itulah rezeki hari tersebut. 

Saya berterima kasih kepada Man sebab beri peluang kepada saya ikut dia ke laut memukat udang. Dalam usia 54 tahun, inilah kali pertama saya  memukat udang. Alhamdulillah. Pengalaman ini mahal harganya, biarpun simbah panas mentari tengah laut perit untuk ditanggung. 

MEMUKAT UDANG LAUT

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Man Coden, sahabat sekampung saya ad...