Tuesday, February 24, 2009

Dialek Perak (siri 1)

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, Perak juga tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya, penduduk Perak di bahagian Utara, seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar, lebih terpengaruh dengan dialek Kedah.

Di bahagian Perak Tengah seperti di Bota, dialeknya agak berbeza, dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige".

Dialek Perak yang dikatakan asli ialah dialek Kuala Kangsar dan Sayong hingga ke kawasan sekitarnya. Bagaimanapun, dialek lain juga masih digunakan.

Perak sahaja yang sinonim dengan ayat prosa lama, iaitu "ate" (hatta);

Contoh ayat: Ate, ngape kamu idak ke sane? (Hatta, mengapa kamu tidak ke sana?)

Kata ganti nama pertama adalah seperti berikut:

Saya/Aku disebut teman/keme

Awak/Kamu disebut mike/ kome

Contoh ayat:

1. Teman maghah beno dengan mike ni! (Saya marah sangat terhadap awak ini!)

2. Kome udah makan? (Awak/ Kamu sudah makan?)

Ada beberapa frasa yang kerap digunakan dalam dialek Perak (yang saya tahu). Antaranya:

a. Apa dihajapnya
Maksud: Apa dibuatnya (frasa sinonim-buat peghojang ape)
Contoh ayat: Apa dihajapnya MB Peghak pegi ke London tu?
(Apa dibuatnya MB Perak ke London itu?)

b. Tengin bebeno
Maksud: terlalu bodoh
Contoh ayat: Tengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu.
(Terlalu bodoh mereka yang cuba merampas kuasa di Somalia itu)

c. Joghennye
Maksud: gedik/ miang (perangai gatal)
Contoh ayat: Bebudak pompuan la ni, nampak beno joghennye.
(Remaja perempuan hari ini, ramai yang berperangai gatal)

d. Bior dilantaknye
Maksud: biarkan apa yang berlaku
Contoh ayat: Bior dilantaknye budak tu, degey bebeno.
(Biarkan apa yang berlaku terhadap budak itu, dia degil sangat)

Tulisan ini bukanlah dikupas secara ilmiah, sebaliknya ia merupakan pengalaman saya sebagai anak Perak yang ingin berkongsi dengan rakan lain. Mungkin Bro Jinggo, Kak Tirana, Shifu67, atau Miss Jaz, dan blogger anak Perak lain, boleh menambah perkataan dan frasa lain yang terlepas pandang daripada apa yang dinyatakan ini.





17 comments:

  1. Cikgu Izzuddin..saya orghang peghaq utagha..cakap guna dialek kedah..hehehe..tak gheti nak cakap guna bahasa peghaq betui

    ReplyDelete
  2. Tirana, apa-apa pun, we're Perakians..


    Kepelbagaian dialek di Perak menjadikan negeri ini unik. Sangat unik, seperti mana tempat-tempatnya yang bernama unik:
    1. Lumut (sejenis tumbuhan hijau di kawasan lembab)

    2. Dinding (nama lama daerah Manjung-merujuk kepada temnbok atau penghadang)

    3. Parit (terusan kecil atau saliran air)

    Melambangkan 'kemakmuran' negeri Perak sehingga di ceruk mana pun, ada penduduknya... :-)

    ReplyDelete
  3. teman suka benor dengan ayat tengin tu.
    lama benor rasenye teman tak bersembang dalam bahasa perak ni....

    tapi apa yg berlaku hari ini yop - malu benor teman pada diri sendiri : nyapa le deme tu tengin bebenor.bubar aja - sapa menang kita sokong aje le....tak sio teman....

    ReplyDelete
  4. kihkihkih...

    "tengin", memang sedap disebut...

    Teman gelak baca komen mike ni..

    Betoi gak yer? Ngape 'tengin beno', elok bubar jer DUN, bior oghang Peghak tentukan sapa deme nak pilih..

    Udah kaco bilo dibuatnyer la ni..

    ReplyDelete
  5. salam kenal..

    mari balajor bahase peghak, banyak lagi yang tak disebut, pehni boleh buat kamus nih.. hehehe

    saye pernah tanye kat anak saya, ape itu 'cakcibor'? tau ke?

    ReplyDelete
  6. Faisal, makaseh sudi tinggal jejak.

    Catcibor tu, pepatung (dragonfly), yang selalu saya tangkap masa kecik-kecik dulu.

    Budak sekarang ni, mana tau nyer...

    ReplyDelete
  7. Salam sdr. Brahim.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi. Walau pun isteri saya orang Ipoh dan saya agak biasa dengan loghat Perak namun masih banyak lagi yang saya belum tahu/faham terutama bila bersembang dengan bapak saudara yang tinggal di Bota. Saya jadi kekok dan terpaksa bertanya balik.

    ReplyDelete
  8. abang saya dok kat Parit, dia cakap teman, teman, teman.

    suami saya perak utara, dia cakap hang, hang, hang.

    saya konpius ler.

    ReplyDelete
  9. Pakdin,

    lain padan, lain belalang...

    Maksu,
    hahahahahahahaha.. Napenyer konpius pulak?
    Jangan putuih pius udah ler...

    hehehehehe

    ReplyDelete
  10. he he he..
    Ngeletek bebenor dengor kome berlabun pasei bahasa bonda teman..

    ReplyDelete
  11. he..he..kena wat kajian nih..takpe nanti2 lar sya cuba tgk2 ada lagi tak bahasa yg sering digunakan..dkt daerah perak tgh nie pon banyak perkataan yg digunakan saya tak faham..tghcuba memahami...he..he..nak faham murid2 kena faham dulu dialek mereka..ahaks...ok wssalam

    ReplyDelete
  12. Kak Hida,

    Bahasa jiwa bangsa.


    Miss Jazz,

    Belajo ler, banyak lagi istilah Perak Tengah yang oghang tak penah dengor.

    ReplyDelete
  13. Salam ziarah..perbincangan yg menarik..teman org kuale, bila tengok cerita Ta'en, bangga benor jadi org Perak..

    Dah lama tak dgr nasihat 'jangan bawa basikal mengelewor-ngelewor'..bahasa loghat ni semakin pupus..

    ReplyDelete
  14. caya lah nyah..
    tapi bagaimana dengan dialek orang2 di lenggong? dengornye cakap depe sengau2 sikit..macam melayu siam! huhu

    ReplyDelete
  15. bleh sye dpt kn mklumat lanjut ttg dialek perak...t'utama dri segi ukuran dan sukatn untuk berat dn pnjg...sye sdg mmbuat kjian ttg etnomatematik dimana bahase dulu yg ade kaitan dgn matematik...so, sy mahu kn maklumat lebih utk kajian ni... sy perlukn dialek2 yg digunakn di perak... mohon pertolgn... =)

    ReplyDelete
  16. bleh sye dpt kn mklumat lanjut ttg dialek perak...t'utama dri segi ukuran dan sukatn untuk berat dn pnjg...sye sdg mmbuat kjian ttg etnomatematik dimana bahase dulu yg ade kaitan dgn matematik...so, sy mahu kn maklumat lebih utk kajian ni... sy perlukn dialek2 yg digunakn di perak... mohon pertolgn... =)(suhaibah,seorg pelajar jurusn matematik)

    ReplyDelete
  17. orang gerik pun serupa jugak ka cakap macam orang bote?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan