Saturday, May 10, 2008

Salam Perkenalan


Mengapa Brahimnyior?





Sebab itulah panggilan untukku semasa kecil-kecil dahulu. Ketika kecil, nama ini sinonim dengan aku. Sewaktu menjelang raya, aku akan menolong mak menyediakan kuih raya. Tugas aku mencari sabut dan tempurung kelapa untuk dijadikan bahan bakar memasak kuih bahulu, kuih bakar dan kuih loyang. Yong akan tolong membancuh, manakala adik beradik lain, sekadar tukang 'rasa'.

Dek kerana tugas mencari tempurung dan sabut, aku mendapat gelaran ini.

ISNIN 12 MEI 2008

Sekolah masih lagi dalam minggu peperiksaan, tetapi hari ini tetap dadakan perhimpunan minggu kokurikulum yang dikendalikan Pandu Puteri.

1 comment:

  1. Apa ada pada nama? Namun namalah akan mempamerkan keperibadian kita. Oleh itu, jaga keperibadian daripada jaga nama...

    Tiada makna menjaga nama daripada membiarkan keperibadian mencalarkan segalanya.. rite my friend?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan