Friday, April 16, 2010

Hati-hati Penipuan Kemasukan Ke UiTM

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 (Mstar online)


SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.
"Sejak 10 April lalu kami melalui BPP telah menerima aduan daripada orang awam mengenai pihak yang menghubungi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menawarkan khidmat bagi menguruskan kemasukan mereka ke UiTM dengan mengenakan sejumlah bayaran yang ditetapkan.
"UiTM tidak pernah lantik mana-mana pihak dan semua urusan kemasukan dibuat secara telus, melalui prosedur yang ditetapkan di bawah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.
Pada 14 April lalu, satu laporan polis telah dibuat melalui Ketua Bahagian BPP, Mazlan Salleh berhubung sindiket penipuan yang menggunakan nama universiti itu untuk mengaut keuntungan.
Sahol berkata, laporan polis itu dibuat hasil daripada maklumat orang ramai kepada BPP yang mengadu tentang kewujudan sindiket tersebut.
Menurutnya, sindiket berkenaan yang didalangi oleh tiga wanita dan seorang lelaki yang juga ketua sindiket tersebut telah meminta bayaran sebanyak RM2,160 hingga RM2,700 untuk urusan kemasukan ke pusat pengajian tinggi berkenaan.
Tambahnya lagi, suspek dipercayai berpangkalan di Seremban dengan menggunakan nama East West College telah berjaya memperdayakan 10 mangsa dan berjanji akan menempatkan mereka di UiTM cawangan Seksyen 17, Shah Alam dan UiTM cawangan Melaka.
Bagaimanapun hasil aduan orang ramai, UiTM berjaya mengumpul maklumat mengenai ahli sindiket itu seperti nama, nombor telefon dan alamat pejabat mereka, tambah beliau.
"Sindiket tersebut turut mengarahkan semua 10 orang mangsa supaya mendaftarkan diri ke UiTM pada 22 April ini wahal kemasukan pelajar baru UiTM hanya akan bermula pada Mei ini.
"Mereka sangat licik dan pandai memperdayakan orang ramai. Pegawai kami telah menyamar sebagai ibu bapa yang berminat dan ternyata mereka telah mendalami semua maklumat mengenai UiTM.
"Jawapan yang diberikan cukup meyakinkan dan tidak hairan jika ada mangsa yang terpedaya dengan helah mereka," katanya.

Baru-baru ini, lepasan SPM bertemu saya dan mengunjukkan surat tawaran sindiket yang dimaksudkan. Menggunakan kepala surat UTM, mereka tanpa ragu-ragu menyatakan tempat yang ditawarkan adalah sah. Mujur juga pelajar berkenaan berjumpa kami di sekolah. Setelah dinasihatkan, mereka memahami tipu helah tersebut. Tetapi ada juga pelajar yang mendaftar. Akibatnya, mereka dikehendaki membayar deposit RM500. Modus operandinya mungkin sama dengan sindiket yang didedahkan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...