Saturday, August 7, 2010

Apabila Pelakon Lucah Menjadi Presiden

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Mungkin tajuknya agak kasar, tapi sesuai dengan apa yang ingin saya nyatakan. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu.

Menurut bekas pelakon lucah ini, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing,ia mewujudkan dasar-dasar yang menyebabkan negara terperangkap dalam isu yang mengancam penduduk minoriti.

"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

Menurut suami yang pernah curang ini, UMNO dan PAS masing-masing cuba mementingkan agama Islam, lalu mengetepikan prinsip demokrasi; negara mengadakan pilihan raya tetapi pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak; mengamalkan monarki mutlak; dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global.

Beliau juga bagaimanapun memuji kepimpinan BN yang lebih mementingkan pembangunan negara berbanding kepentingan agama.

Lazimnya juga pendapatan rakyat di negara-negara Islam itu juga rendah, kadar pengganguran tinggi dan negara sentiasa dilanda kontroversi kerana tafsiran undang-undang pemimpinnya yang kebanyakan mereka adalah fundamentalists.

"Walaupun Malaysia adalah negara majoriti penduduknya beragama Islam, kita bernasib baik kerana dasar-dasar sederhana dan pragmatik yang dilakasanakan oleh kerajaan BN,” katanya yang tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang biarpun video lucahnya pernah tersebar seperti mana tersebarnya video Ariel dan Luna Maya dahulu.

Chua berucap kepada kira-kira 300 ahlinya yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanannya - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Tan Chai Ho, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Donald Lim - dan beberapa pemimpin Pulau Pinang lain seperti Lau Chiek Tuan dan Tan Cheng Liang.

Ini bukanlah kali pertama Presiden MCA ini menongkah arus. Pemikirannya agak berbahaya, dan menunjukkan sikap anti-perpaduan yang jelas. Apa yang diinginkannya semakin jelas, iaitu Malaysia mesti menolak sistem Raja Berperlembagaan dan dan mengamalkan sepenuhnya demokrasi ala barat. Mungkin apabila ia berlaku, Chua Soi Lek boleh berlakon porno sebebas-bebasnya?

1 comment:

  1. Salam cikgu Izzudin..

    Lama sungguh tak meninggalkan jejak di ruangan komen ini walaupun selalu baca jika ada entry baru. PAS - UMNO - PKR asyik bertelagah..bimbang MCA, MIC dan DAP bersatu dan mengambil alih pemerintahan negara. Boleh bayangkan jika mereka ini mengambil alih.. kita yang beragama Islam khususnya MELAYU tentu akan terpinggir nanti.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...