Thursday, August 29, 2013

Hari Kokurikulum 2013

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Alhamdulillah, Hari Kokurikulum 2013(HK2013) telah selesai dilaksanakan pada hari ini. Pada awalnya, program yang sepatutnya bermula pukul 8.00 pagi lewat disebabkan masalah teknikal. Tetapi ia berjaya diatasi. Perasmian disempurnakan oleh YDP PIBG, En. Mohd Tazali bin Md Tamin. HK2013 adalah program tahunan yang menjadi penutup aktiviti mingguan kokurikulum sekolah. Tujuannya untuk menerapkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu ia dapat mengeratkan hubungan guru-murid selain menambah pengalaman kepada pelajar dalam aktiviti yang positif. 

Pengacara majlis, iaitu cikgu Zainoor dan Naddira, dua orang guru pelatih daripada UPSI telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti tersebut. Pelbagai program diadakan sempena HK2013, antaranya pameran dan jualan, perlawanan persahabatan, kayuhan Enviro-Bike Merdeka dan peraduan mewarna untuk murid TABIKA KEMAS berdekatan. Sehari sebelumnya, iaitu pada Rabu 28 hb Ogos, telah diadakan pertandingan kawat kaki. memasak dan membina model tapak khemah antara unit seragam. 

Sesungguhnya, HK2013 tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru/staf sokongan yang menjayakan dan memberi komitmen padu bersama pelajar, PIBG sehingga ke penamatnya.
Antara hadiah Cabutan Bertuah yang disediakan untuk HK2013

Jentera Bomba dan Penyelamat menjadi tumpuan pelajar

Sebahagian pelajar yang bertugas di gerai jualan

Johan Pertandingan Basikal Lambat menerima hadiah

Wednesday, August 7, 2013

Kenangan Beraya Di Hospital (2012) Kekal Dalam Ingatan (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ada rakan terkejut dengan perubahan saya yang mulai bergiat aktif dalam sukan berbasikal. Sebenarnya ia rentetan peristiwa saya beraya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada malam raya tahun lalu kerana pengsan akibat kurang gula dan keletihan. Anda boleh membacanya di sini
Keluarga besar mertua dan ipar duai pada aidilfitri tahun ini
 Alhamdulillah, tahun ini, saya lebih bersedia menghadapi ujian sebegitu. Persediaan balik ke rumah mertua dibuat lebih awal. Kami dapat berehat agak lama menjelang lebaran. 
Alhamdulillah kami abadikan foto kenangan raya sekeluarga di rumah mertua
Selamat hari raya buat semua, moga kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun-tahun berikutnya. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA SAYA.

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...