Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Akhir tahun 2015, saya dan anak lelaki saya, Afif membuat keputusan untuk menyertai JanaManjung Fun Ride (JFMR). Daripada promo JMFR di media sosial, jaraknya 130 km, meliputi laluan yang bermula di Teluk Rubiah dan merentasi Air Tawar, pekan Parit di Perak Tengah ke Beruas dan balik ke Manjung. Sudah tentulah jarak tersebut mencabar fizikal dan mental peserta. Kami membuat persediaan sekadar yang mampu. Latihan berkayuh hanya sekitar Lekir dalam jarak 20 km.
Pada tarikh keramat 24 April 2016, kami bergerak ke Teuk Rubiah selepas solat subuh. Sejak petang kelmarin, jentera GIANT dan EXITWAY sudah diservis sebaiknya. Walaupun suasana masih gelap, kawasan permulaan sudah dibanjiri para peserta JMFR yang datang dari jauh dan dekat. Kami nekad untuk menamatkan kayuhan ini tanpa perlu menaiki lori.
|
kami di tapak permulaan JMFR 2016 |