Monday, February 12, 2018

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEBAYU 2018



 Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Kain rentang menyambut para peserta
Pada 9 - 11 Februari 2018, Unit Hal Ehwal Murid, dan Badan Pengawas sekolah telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas untuk 69 orang pengawas sekolah tingkatan 2 hingga tingkatan 5 yang terpilih.
  Seramai 33 orang pengawas lelaki dan 36 orang perempuan menyertai kem ini. Ia diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Perak cawangan Sungai Siputeh, Selama, kira kira 10 km daripada sekolah. 

Selama 3 hari 2 malam, peserta berkampung di tapak kem dan tidur di khemah yang didirikan. Kem komandan, cikgu Azrul Nizam Yusop memberi taklimat disiplin dan keselamatan kepada para peserta bagi memastikan urusan program berjalan lancar. Antara pengisian program adalah 'ice-breaking' yang dikendalikan oleh kaunselor pelatih UPSI, Cikgu Nadhirah Osman. Selain itu, mereka diberikan amanah berupa sebiji telur setiap seorang dan perlu menjaganya sehingga tamat program.  
Peserta mendirikan khemah
Antara lain, peserta diberi aktiviti kumpulan berakit dan membuat persembahan kumpulan pada malam persembahan. Solat berjemaah dan kuliah selepas solat maghrib dan subuh turut disampaikan dengan nilai keagamaan kepada para peserta.

Objektif program kem ini adalah membentuk keyakinan diri,  semangat bekerjasama dan menerapkan nilai jati diri pemimpin masa hadapan.

Penutup program disempurnakan oleh Haji Yaakub bin Awang Kecik, YDP PIBG SMK Sungai Bayor pada pagi Ahad 11 Februari 2018. Kumpulan yang memenangi hadiah persembahan dan aktiviti rakit turut mendapat hadiah dalam majlis tersebut.

Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua guru SEBAYU yang memberikan komitmen menjayakan program ini. 

Majlis pendaftaran peserta di dewan utama

Taklimat program oleh urus setia 
Kuliah maghrib disampaikan oleh usttaz Md Ramly
Taklimat jurulatih sebelum peserta membina rakit
Taklimat jurulatih Pusat Kokurikulum sebelum aktiviti 'Water Boncifent'

Peserta dibahagikan kepada 7 orang bagi setiap rakit, termasuk seorang guru pengiring
Antara guru SEBAYU yang menyertai acara rakit sejauh 7 km

Taklimat keselamatan sebelum peserta berendam
Aktiiviti 'Water Confident' bagi menyesuaikan diri peserta 
Peserta dan guru bergambar selepas majlis penutup













1 comment:

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...