Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Akhir akhir ini, negara dikejutkan dengan beberapa foto dan video memaparkan sokongan terbuka yang diberikan oleh segelintir rakyat keturunan India terhadap pertubuhan pengganas, LTTE.
LTTE atau Barisan Pembebasan Harimau Tamil, berpusat di Sri Langka, bertujuan mewujudkan sebuah wilayah etnik Tamil di utara negara tersebut. LTTE bergerak secara radikal dan berjuang menggunakan senjata dan kekerasan.. Modus operandi paling tragis adalah menggunakan wanita sebagai skuad bom berani mati. Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, adalah antara mangsa pembunuhan cara ini. Demi mencapai cita-cita, LTTE menyasarkan pembunuhan beramai ramai etnik lain bukan Tamil termasuk orang Islam yang dibunuh di sebuah masjid pada tahun 90-an.
Bertindak atas maklumat yang telah dikumpul lama, baru baru ini, PDRM melalui satu pasukan khas telah menahan dan menyiasat penglibatan 2 orang ahli politik. Bagaimanapun, tindakan berani pihak polis menyebabkan rasa tidak puas hati parti DAP.
DAP percaya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu yang ditahan kerana dikaitkan dengan kumpulan pangganas tersebut tidak bersalah. Lim Guan Eng, setiausaha agung DAP dipetik sebagai berkata, akan menyediakan pasukan peguam untuk mewakili kedua-dua ADUN itu, manakala Naib Pengerusi parti M.Kula Segaran telah diminta mewakili DAP dalam sebarang perhubungan antara parti dengan pihak berkuasa, pembuat undang-undang, dan angggota keluarga yang terlibat, mengenai perkara berkenaan.
Hakikat yang perlu kita sedari adalah, LTTE disahkan pertubuhan pengganas yang banyak membuat onar di utara Sri Lanka, dan berusaha membentuk satu negara berasingan untuk kaum Tamil. Tidak mustahil satu hari nanti fahaman ini berkembang di Malaysia jika tidak segera ditangani.
DAP tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terburu buru menyatakan ahlinya tidak bersalah. Adalah lebih baik membuat kenyataan yang lebih sopan, dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara tersebut. LGE boleh nyatakan DAP akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahlinya jika sabit kesalahan.
Kepada PDRM, jangan tunduk pada tekanan ahli politik. Ini Malaysia, negara berdaulat, ada undang-undang. Kalau dah mengancam keselamatan masyarakat, memang patut ambil tindakan tegas. Saya juga cadangkan ADUN Perai, Dr. Ramasamy juga diangkut sekali, kerana dia juga secara terang terangan menyokong pertubuhan pengganas tersebut.