Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Sebenarnya tanda kesombongan dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Sebenarnya tanda kesombongan dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu sama ada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Antara tanda–tanda kesombongan adalah :
1. Sukar menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya sahaja.
3. Memandang hina kepada golongan bawahan, jijik melihat kemiskinan.
4. Dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan, bersikap mendominasi perbincangan, suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
5. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
6. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. Kalau dia yang bersalah, susah untuknya meminta maaf.
7. Dia suka dihormati, namun sukar menghormati orang lain
8. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
9. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana ada kepentingan orang tersebut.
10. Suka mencerita kelebihan diri, dan kerap menjatuhkan air muka orang di hadapan pihak lain. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
11. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan tanpa rasa syukur.
12. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya. Malahan, sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain. Dia juga tersinggung kalau disebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
Sifat sombong sangat bahaya kerana sifat ini boleh menghalangi seseorang masuk ke syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ
لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ
"Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi." (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Oleh yang demikian, berhati hatilah. Bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga.