Monday, January 3, 2022

TRAGEDI BANJIR PENUTUP TAHUN 2021

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Pada Disember 2021, negara dikejutkan dengan fenomena hujan berterusan di beberapa buah negeri, khususnya Selangor dan Kuala Lumpur serta Pahang sehingga mengakibatkan banjir besar.

Banjir yang berlaku di seluruh negara kali ini memberi impak luar biasa kepada sosio-ekonomi negara dan rakyat yang belum reda dengan endemik Covid19. Malah, skala kerosakan banjir kali ini agak besar sehingga mencecah kerugian berbilion ringgit. Di Selangor,  jumlah kematian dicatatkan juga tinggi.

Secara keseluruhan seramai 50 korban banjir direkodkan di seluruh negara berdasarkan pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. 

Menurut KPN, jumlah berkenaan sejak bencana melanda negara 19 Disember lalu sehingga kini dan dua mangsa dilapor masih hilang di Telemong dan Bentong, Pahang.

Dilaporkan juga gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terbabit masih lagi dijalankan sehingga saat ini, tanpa mengenal penat dan cabaran yang datang.

Pelbagai pihak sama ada individu, NGO mahupun pasukan keselamatan negara bertungkus lumus membantu mangsa banjir yang terjejas. 

Agamawan pula turut memainkan peranan dalam memberi peringatan dan berpesan kepada rakyat bahawa banjir adalah ujian daripada ALLAH untuk mendekatkan manusia denganNYA.

Namun bagi sesetengah pihak berpandangan negatif dengan menguar-uarkan banjir bukan peringatan daripada ALLAH, sebaliknya ia adalah natijah perbuatan manusia semata-mata. Hakikatnya, segala musibah ini harus dilihat sebagai kekuasaan Allah yang menuntut kita muhasabah diri, dengan bertanya kepada akal dan hati, adakah kita semakin jauh daripada-Nya?

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...