Seni menjahit kasut boleh dipelajari dan dikuasai, sama seperti kemahiran lain. Dengan adanya media sosial seperti TikTok dan YouTube, kita boleh mempelajari teknik menjahit kasut dengan mudah dan murah. Adakalanya kasut yang terkoyak, hanya kecil sahaja. Ia masih boleh dibaiki.
Saya pernah alami tapak kasut tercabut tiba-tiba. Mujurlah ada kasut lain dalam kereta yang boleh digunakan. Ada sesetengah kasut yang saya pakai, sedap untuk digunakan walaupun usianya agak lama. Itulah sebabnya saya cuba baiki kasut yang masih boleh dibaiki. Rupanya menjahit kasut tidak sesukar yang disangka, tetapi ia memerlukan ketelitian dan kesabaran.
Saya beli set jarum dan benang jahit kasut daripada Tiktok, dan belajar menjahit daripada YouTube. Hari ini, saya sudah boleh menjahit sendiri kasut yang terkoyak atau terputus.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Alhamdulillah
ReplyDeleteKemahiran yang bermanfaat