Bertalu-talu mesej yang masuk ke skrin sejak dua tiga hari yang lalu.
"Maafkan saya cikgu,"
"Saya mohon restu, cikgu"
"Doakan kejayaan saya dalam SPM"
Dan bermacam-macam lagi mesej yang dihantar, dengan maksud yang lebih kurang sama. Pelajar-pelajar yang agak rapat hubungannya dengan aku, memohon maaf, restu dan dihalalkan ilmu yang telah dicurahkan kepada mereka.
Sebenarnya, aku telah pun halalkan segala ilmu yang kuberi. Aku juga ampunkan dosa mereka, biar sebesar mana dosanya, sebab aku bukannya sempurna. Aku pun ada salah juga dengan bebudak ini. Iyalah, nobody's perfect... Kekadang, aku mungkin ada mengeluarkan kata-kata yang menyinggung hati mereka. Budak-budak ini pun manusia, ada hati dan perasaan.
Hari ini, bermulalah cabaran untuk pelajar tingkatan 5, seluruh negara yang bakal menjawab soalan Bahasa Melayu dan Sejarah, diikuti Bahasa Inggeris pada esoknya. Tentulah aku pun ada juga rasa bimbang, kalau-kalau anak murid tak dapat menjawab dengan baik.
Semua ibu bapa inginkan kejayaan anak-anaknya. Guru pun begitu juga. Tiada guru yang doakan pelajarnya gagal. Kami buat majlis solat hajat di sekolah tempoh hari, dan ramai bapa yang hadir memberi sokongan. Syukurlah, ibu bapa seperti ini ada rasa tanggungjawab berkongsi dengan sekolah.
Aku doakan semuanya berjaya. Aku doakan semuanya tenang menjawab soalan SPM. Selalu aku berpesan, doa saja, tak cukup. Kena ada usaha, baru boleh berjaya. Kekadang budak Melayu mudah percaya pada air penerang hati. Aku katakan, minumlah air yassin dua tiga balang, tapi kalau tak berusaha, tak terang juga hati. Sebab aku yakin, Allah hanya tolong mereka yang berusaha untuk berjaya.
Dan aku berharap, semasa keputusan diambil Mac 2009 nanti, anak-anak ini akan menitiskan air mata gembira, bukannya duka. Itulah harapan aku. Mungkin....