Thursday, January 15, 2009

Pilihan raya Kuala Terengganu

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Aku bukanlah ahli politik, tapi bukanlah 'buta' tentang politik. Tugas mengajar subjek Sejarah membantu aku memahami perjalanan politik, khususnya pilihan raya. Lewat tahun lalu, kematian ahli parlimen yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, mengundang pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut.

Menariknya, saban malam aku dan penonton lain disajikan dengan perkembangan di Kuala Terengganu. Berita tentang Palestin diganyang Israel tidak lagi menjadi keutamaan.

Seronoknya orang Kula Terengganu, dalam seminggu dua ini, pelbagai kemudahan dan prasarana diperolehi melalui pelbagai agensi kerajaan yang 'berkampung' di sana.

Kata TPM, semuanya sudah dirancang lama. Bukan untuk 'membeli undi'. Apabila membaca pandangan Kadir Jasin, bekas orang kuat Berita Harian, aku simpulkan bahawa pertarungan BN dan PAS di dalam pilihan raya kecil ini memang sengit.

Siapa yang aku sokong? Entahlah, tapi sebagai generasi yang lahir selepeas merdeka, aku harap Malaysia diperintah oleh mereka yang mampu memerintah dengan amanah dan telus. Tidak kiralah siapa juga, yang pasti rakyat perlu ingat bahawa undi dalam pilihan raya bukan hanya untuk menerima RM20 atau RM30 serta kain pelikat yang diberi menjelang pengundian. Lagipun, calon mestilah mereka yang rapat dan sentiasa dekat dengan masyarakat. Dalam hal ini, pembangkang perlu diberi ruang untuk menjadi kuasa 'check and balance'. Jika tidak, kerajaan tidak nampak kelemahan dalam mentadbir.

Itulah sebabnya, aku berpendapat, rakyat Kuala Terengganu yang untung. Tapi jangan tinggal janji sahaja. Orang sekarang semakin bijak, kalau pemimpin menipu, lain kali susahlah nak dapat kepercayaan rakyat.

Siapakah yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini? Kuasa Allah menentukan. BN dan PAS, masing-masing ada peluang. Undi penentu mungkin daripada kaum Cina dan pengundi muda.

7 comments:

  1. Harap-harap orang yang dipilih menjadi pemimpin dapat menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi...

    ReplyDelete
  2. salam yop : seronok benor teman baca cerita pase kuala terengganu..saya bukan org politik.tapi dikeliling olh org politik haluan kanan & kiri.

    gini ajalah yup , kita diberi kewarasan untuk menilai dan seterus mengukur dimana betul dan salam percaturan deme2 ni...

    Matlamat tidak seharusnya menhalalkan semua cara ( prinsip Yahudi ): kuasa yg diberi bukan sekadar untuk berkuasa - keharusannya deme2 ni menggunakan kuasa untuk bersosial...

    Kuasa yg mampu menzahirkan hidup mereka dan ketuanan melayu yg berpaksikan kepada aqidah.....semangat yop...

    ReplyDelete
  3. alah..

    kalau saya bongkar politik batu rakit, cikgu musti terkejut..


    jadi rahsia saja lah!

    ReplyDelete
  4. mmg tunggu2 saat pilihanraya, jalanraya semua cantikcantik belaker

    ReplyDelete
  5. Tirana, pemimpin sekarang banyak yang hipokrit, cakap tak serupa bikin. Macam bagus, tapi hanya jaga kepentingan diri dan kroni.

    Bro Jinggo,
    Teman tak ghamey kawan politik, tapi macam kata mike lah, kuasa deme untuk bersosial. Err, sesapa kawan mike yang top sekarang ni? Najib ker :-)

    Razor,

    Mu pong tau gok politik Batu Rakit? Hebat mu... Exco Ganu, Ustaz Kazan tu, baik oghangnyer, dok? Hehehehe, ambe teka jer...

    Maksu,

    Kekadang kita ni ternanti-nanti infrastuktur yang dijanjikan, rupanya diberi semasa pilihan raya kecil. Harapan hanya tertunai kerana diorang nak mancing undi. Begitulah pandangan saya yang daif ni... Maksu setuju, kan?

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah kebenaran akan kelihatan. Meyampah juga tv3 di kala 9.04 malam.

    ReplyDelete
  7. Aku paling meluat pemimpin yang hipokrit bila cakap pasal Bahasa Kebangsaan.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan