Tuesday, September 29, 2009

Kecelaruan Nilai Generasi Muda Kita

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Alif Aziz, seorang artis yang fotonya tersebar di internet memohon maaf daripada masyarakat setelah keluarganya menanggung malu akibat perbuatannya.

Syarifah Sofea, peserta Gadis Melayu musim ke-2, mengakui fotonya bercium dengan rakan sejenis, tetapi membela diri dengan menyatakan ia foto dua tahun lalu.

Itu adalah contoh kecelaruan nilai generasi mudah Melayu beragama Islam tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Hari ini, generasi muda kita seolah-olah gagal memahami mana yang baik, mana yang buruk. Semuanya ditelan atas nama pemodenan. Nilai tradisi dipinggirkan kerana dianggap tidak relevan dengan zaman remaja mereka.

Jika anda peminat SINARFM, anda pasti mendengar satu iklan tentang kecelaruan nilai yang dialami seorang budak. Pada akhir iklan tersebut, budak itu bertanya, "Saya tak tahu, cikgu saya salahkah, atau masyarakat yang betul?"

Iklan tersebut menggambarkan bahawa generasi muda kita dahagakan tunjuk ajar yang positif, tetapi masyarakat, ibu bapa dan keseluruhan entiti kita tidak membantu mereka.

Pagi tadi, seorang pelajar lelaki teragak-agak menjawab apabila diminta memberi contoh nilai yang baik. Dia ditahan kerana ponteng kelas intensif PMR semalam.

Seorang lagi pelajar boleh menjawab perbandingan antara dia perlakuan. "Antara merokok dengan membaca buku, mana yang baik untuk kamu?" tanya saya.

"Membaca buku," katanya perlahan.

"Habis, mengapa kamu merokok?" saya bertanya semula.

Dia diam. Terkedu tak menjawab.

Hakikat yang perlu kita telah ialah generasi muda kita memerlukan suntikan semangat daripada orang dewasa. Nilai yang mereka pegang bercelaru, sehingga tidak boleh memahami mengapa itu boleh, dan mengapa ini tidak boleh.

Apa yang dibimbangkan, anak-anak ini bakal mempunyai keluarga dalam 5-10 tahun lagi. Jika sekarang pun mereka sudah hanyut, apakah kita tak perlu bimbang pada masa akan datang? Bagaimana nasib anak-anak mereka kelak?

4 comments:

  1. Bila memikirkan masa depan anak cucu kita, ia amat menakutkan. Mungkin kita sudah tidak ada di dunia untuk melihat tapi wajar kita tinggalkan ajaran dan didikan untuk mereka sebagai pedoman.

    ReplyDelete
  2. Kak,

    memang mengerikan jika kita buat perbandingan dengan remaja kita hari ini.

    Saya tak salahkan mereka, sebab mereka masih perlu dibimbing.


    Tapi sedikit kecewa sebab kurangnya usaha ke arah mentarbiyah anak-anak ini, jadilah mereka tercari-cari dalam gelap....

    Tersalah sadung, binasa.

    ReplyDelete
  3. masaalah remaja bermula dengan masaalah masyaraakt - masaalah masyarakat adalah masalah kita.........

    kita terimalah : kalau semkin hari semakin seronok nak jaga lembu...ha...ha....

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. Makin sonok 'jaga lembu'..

    dalam maknanya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan