Sunday, September 13, 2009

Kitar Semula Menjelang Raya

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
"Siapa tolong baba, dapat upah," kataku ketika menyusun akhbar lama untuk dijual.
Menjelang lebaran, kami merancang untuk mengemas mana yang perlu. Anak-anak yang sedari tadi asyik dengan kerja sendiri, perlahan-lahan bergerak untuk membantu. Mungkin letih berpuasa menjadikan pergerakan mereka agak perlahan petang itu.
Berjaya nampaknya taktik 'upah' yang aku tawarkan. Mudahlah kerja, sebab dibantu anak-anak,tapi kasihan pun ada, sebab tubuh-tubuh yang kecil itu seakan terhoyong-hayang mengangkat akhbar.  
"Nak letak di mana, baba?" tanya Angah. 
"Biar umi ikat dulu, mudah baba masukkan dalam kereta." Aku memberi arahan. Sebenarnya, akhbar lama di rumah sudah semakin banyak. Kerap juga isteri 'mengomel' agar akhbar-akhbar ini dijual. Hanya kini baru ada kesempatan. 
Akhbar merupakan sumber maklumat yang murah dan mudah. Menjelang era IT, kegunaan kertas sebagai bahan asas akhbar mungkin akan jadi sejarah, kerana masyarakat kini sedang menuju ke arah 'paperless'. Ketika di bangku sekolah dahulu, guru Geografi memaklumkan dunia memerlukan pokok pain yang banyak untuk menghasilkan kertas akhbar yang dicetak setiap hari.
 
Sebahagian akhbar lama yang sedang ditimbang
Program kitar semula membantu mengurangkan penebangan pokok pain/tirus untuk menghasilkan kertas. Ironinya, kertas akhbar lama diproses semula untuk digunakan kembali dalam industri percetakan. Hasilnya menakjubkan. Penebangan pokok pain dapat dikurangkan. Impak jangka panjang adalah, kita dapat mengurangkan kesan rumah hijau di samping membantu menstabilkan suhu dunia. 
"230 kg,.. banyak ni," kata wanita India pengurus tempat 3R yang menimbang akhbar lama. 
"Saya pun tak sangka banyak ini," kataku.
 Gudang kitar semula menerima apa sahaja barang yang masih ada nilai
Kedai kitar semula itu nampak bersepah, tetapi ia menjadi nadi kehidupan golongan pencari besi buruk yang rata-ratanya daripada golongan miskin. Tuntutan tekanan hidup menjadikan mereka menghargai barang-barang untuk dikitar semula. Berbanding dengan mereka yang kaya atau berkedudukan, golongan pencari besi buruk mengutip apa yang perlu untuk dijadikan penyambung hidup mencari sesuap nasi. Sebaliknya, ada ahli masyarakat kita mengambil jalan singkat, hanya buang atau bakar sahaja, kerana sikap ambil mudah dan memandang enteng program kitar semula.
Duit jualan akhbar kuagihkan kepada 'petugas cilik' yang membantu di rumah tadi. Bukan main seronok lagi mereka mendapat upah.
"Lain kali, boleh kami tolong baba lagi?" tanya si Uda.
"Boleh. Lain kali, tolong baba kumpul akhbar lagi. Boleh dapat duit. Masukkan ke dalam tabung."
Dari riak wajah mereka, terpancar kegembiraan. Mungkin ini satu daripada cara mendidik generasi muda kita menghargai program kitar semula.

11 comments:

  1. surat khabar dan kitar semula - tahniah yop kerana ' buat macam ' ni..
    satu lagi bisnes orang india..
    pengutip barang kitar semula..
    satu lagi
    keling jue botoi.....itu pun ayat klasik tu....

    ReplyDelete
  2. Kehkehkeh,,.. Kelin botoi. Samy menang lagi bang. Apara nak jadi, dia peganga MIC sampai mati ker?

    Kelmarin saya solat Asar di masjid, jumpa sorang tua, umur agak lanjut. Asal dari Kedah, Datang dengan anaknya, naik Unser hitam. Kakinya bengkak, kena gout, katanya.

    Katanya datang dari Sungai Kerang. Saya ingat Sg. Kerang hanya di Pantai Remis, rupanya ada Sg. Kerang di Tk. Intan, dekat Sg. Jawi, katanya.

    Bro Jinggo kenai agaknya.

    ReplyDelete
  3. he...he..nak jual gak ler ....dapat bagi bebudak duit raye....

    ReplyDelete
  4. kat sini tak perlu keluar rumah. setiap minggu akan kedengaran...

    Yan dengar LOUD SPEAKERnya..

    "SURAT KHABAR LAMAAAA!!!PAPER LAMAAAAA...!!BUKU LAMAAAAA!!BATERI LAMA
    peng peng peng!!"

    diulangi berkali kali..

    jadi surat khabar tiga empat jengkal jer.

    terus jual!
    he he

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana bagi barang-barang yang boleh recycle kepada sekolah anak-anak sebab sekolah diorang kumpul barang-barang macam tu untuk dijual. Duit hasil jualan tu dapat kat sekolah. Ok la tu kan..Dapat jugak didik anak-anak kita tentang kepentingan kita semula.

    ReplyDelete
  6. Jue, banyak ke paper lama? Daripada taruk kat rumah sampai jadi gunung, baik bawak kat kedai 3R.. Rumah pun kemas...

    ReplyDelete
  7. Kak Hida,

    Kat sana bape sekilo? Kat cni 12 sen jer... Hukhukhukk.. Tapi bila pikiokan balik, lebih baik tolak jer kat 3R.

    ReplyDelete
  8. Kak Tirana, untuk masa depan. Bak kata Abby Fana dalam SINARFM, "Kita pinjam bumi ini daripada anak cucu kita.."

    ReplyDelete
  9. upah tu sebagai dorongan
    tapi jgn amalkan selalu

    ReplyDelete
  10. Gua nak ajak dtg lepak kt blog gua.Rilek rilek.

    ReplyDelete
  11. jgn kitar semula ahli politik sudahlah menjelang raya ni..kui3

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...