Sunday, September 27, 2009

Nikah juga akhirnya Dia..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Wajahnya manis, baru berusia 17 tahun, dan masih remaja dan keanak-anakan. Agaknya, kerana mudah diperdaya, akhirnya dia bunting 5 bulan tanpa suami.

Mak dan ayahnya malu. Tapi apakan daya, terpaksa juga ditutup dengan kenduri kahwin kecil-kecilan.  Mujur jantan yang merosakkannya mahu bertangungjawab. Mereka dinikahkan dan kenduri tersebut dibuat Sabtu lalu(semalam). Kami yang mengajarnya pun tidak dijemput. Tak mengapalah, asalkan Dia dan pasangannya bahagia.

Saya hantar mesej kepadanya, memberitahu dasar sekolah tidak membenarkan pelajar hamil ke sekolah. Dia boleh ambil SPM di Pusat Pemulihan Akhlak, tapi sehingga kini dia tak balas mesej tersebut.  Pihak sekolah sudah pun menghantar surat makluman, tetapi emak atau ayahnya tak datang berbincang dengan pihak sekolah.

Saya simpati dengannya. Saya fikir dia mempunyai masa depan, tetapi dia sendiri yang menempah bala. Keseronokan sementara akhirnya membawa kepada 'kemaluan' yang besar kepada ibu bapa dan keluarganya.

Ramai lagi remaja yang sebenarnya sudah mengamalkan hidup seperti ini, terlanjur mengandung, barulah timbul keinsafan dan penyesalan. Bukan tidak dinasihat, tetapi kekadang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hedonisme seolah semakin sebati dengan jiwa anak-anak remaja kita.

8 comments:

  1. Lps ni agaknya dengar plak cerita si suami menceraikan isterinya ketika membawa kek harijadi sdgkan isterinya pula sdg berzina dgn lelaki lain....

    Kawin atas dasar 'terpaksa' ni biasanya berakhir dgn penceraian...umur msh muda, pilihan byk. Moga2 dlm kes ni tak pula mcm tu...

    Byk sgt dah kes mcm ni berlaku...

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut hukum Islam, boleh ke akad nikah masa tengah hamil? Setahu kak tirana anak yang dikandung di luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut walaupun mereka telah bernikah kemudiannya.

    ReplyDelete
  3. errr.... awalnya citer raya dah habis... :)

    ReplyDelete
  4. nak kesian mmag kesian..tapi, semua nak sedap..tak fikirkan kesudahan..macam makan makanan yang manis..akhirnya jadi kencing manis..dah kena penyakit baru nak berhenti..tapi dah terlambat..hmm..manusia..

    ReplyDelete
  5. Kak Hida, budak ni terlalu muda, tak sempat ambil SPM.

    Kejap tadi, maknya datang ke sekolah (agaknya terbaca di blog saya?..) dan pasrah dengan apa yang berlaku.

    Kes begini dah semakin banyak. Tu sebab secara peribadi, saya amat suka jika penzina dikenakan tindakan sebat, supaya yang lain tak bercita-cita nak buat.

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana,

    Memang saya pun tahu, tapi saya sendiri takleh nak buat apa-apa.

    Budak tu dah berisi 5 bulan, kalau yang lahir nanti anak perempuan, tak layak dia berwalikan 'bapa'nya.

    Nilai akhlak masyarakat kita makin rosak, kak.

    Melayu kita semakin hilang malu dan harga diri?

    ReplyDelete
  7. Shifu67,

    Hehehe... Udah-udah le raya... Ni Masa nambah berat semula?

    ReplyDelete
  8. Khawar, nak 'sedap' sekejap, panjang pulak azab yang ditanggung.

    Banyak kesannya:

    1. Takleh amik SPM
    2. Anak yang lahir tu 'anak tak sah'
    3. Pandangan masyarakat sinis dan negatif
    5. Muka mak ayah nak letak di mana?
    6. Kahwin pada usia muda mengundang pelbagai kemungkinan yang tak elok.

    Apa-apa pun, kita doakan moga Malaysia ni dijauhkan daripada azab Allah...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...