Sunday, September 6, 2009

Tembok Kaum Yang Menebal!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Apabila adanya rasa saling mempercayai dan hormat menghormati  antara kaum,  akan wujud hubungan mesra atau 'rapport' yang menjadi tunjang keamanan negara. Sebaliknya, jika sudah tiada rasa hormat, dan kontrak sosial dalam Perlembagaan mula dipertikaikan, ia bakal menjadi duri dalam daging, apatah lagi jika gagal ditangani dengan baik oleh pihak yang berkenaan.  
Kontrak Sosial dalam Perlembagaan melibatkan lima perkara penting:
1. Kedudukan serta hak orang Melayu dan Bumiputera
2. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan
3. Kedudukan Raja-raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara
4. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
5. Pemberian Kerakyatan kepada orang bukan Melayu
Untuk memastikan aspirasi negara difahami, hal berkaitan perkara ini dimasukkan dalam sukatan Sejarah di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah, di universiti, ia turut dijadikan subjek asas Kenegaraaan. Jabatan latihan Khidmat Negara (JLKN) turut memasukkannya sebagai satu silibus kepada peserta PLKN.
Tujuannya mudah, supaya setiap rakyat di negara ini mengamalkan prinsip-prinsip yang mengekalkan keamanan negara Malaysia yang kita sayangi ini.
 
Foto ehsan Berita Harian Online
Semalam, majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 Shah Alam dan Menteri Besar menjadi perang mulut dan tidak terkawal. Puncanya daripada bantahan penduduk yang menolak pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan mereka yang majoritinya adalah Muslim.
Lebih parah lagi, apabila ia tidak ditangani dengan berhemah sehingga menjadi api dalam sekam. Akhirnya, meletuslah rasa tidak puas hati berkenaan dalam suasana yang tidak harmoni.
Jelas kepada kita, hakikatnya, perpaduan kaum di negara ini semakin rapuh.  Dalam negara pelbagai kaum, agama dan adat resam seperti Malaysia, ia diibaratkan seperti 'bom jangka' yang boleh meletup tiba-tiba.
Menurut Berita Harian Online, sejam sebelum majlis dialog diadakan, pergaduhan hampir tercetus di dalam dewan antara lebih 200 penduduk Seksyen 23 dengan wakil kerajaan negeri dan sekumpulan wakil komuniti India yang menyokong pemindahan kuil ke kawasan itu.

Sesi dialog bermula kira-kira jam 10.10 pagi dengan perang mulut antara penduduk dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) apabila anggota terbabit tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan itu memasuki dewan.

Kekecohan kedua timbul apabila beberapa penduduk menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Sebaik Abdul Khalid, Khalid dan Rodziah memasuki dewan, mereka di'boo', selain penduduk enggan mendengar taklimat yang mahu disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor mengenai pembangunan Shah Alam dengan membuat bising dan berkeras mahu mendengar keputusan Menteri Besar mengenai isu pemindahan kuil.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kuil Seksyen 23, Mahayuddin Manaf, ketika ditemui, berkata tujuan penduduk menghadiri dialog untuk mencari jalan penyelesaian, selain menyuarakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka.
Foto ehsan Mstar Online
 
Buat sementara, kerajaan negeri membuat keputusan menangguhkan pemindahan kuil tersebut ke Seksyen 23. Keputusan ini nampaknya bagai memihak kepada majoriti penduduk di situ, tetapi tidak memuaskan hati pihak yang satu lagi.
Apa yang pasti, tembok antara kaum yang bertunjangkan isu-isu sensitif semakin menebal. Tidak mustahil jika gagal diselesaikan dalam jangka yang terdekat, ia boleh menimbulkan anarki dan huru hara yang merosakkan  keseluruhan entiti di Malaysia. 
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. Moga Malaysia kekal aman dan sejahtera.

6 comments:

  1. yop
    apa yg berlaku - disebabkan oleh tabiat - tabiat disebabkan oleh budaya - budaya disebabkan oleh.....
    itulah perangai deme tu.
    kelazimana melaku perkara yg sama akan membentuk budaya.

    teman tak sanggup nak tulis lagi....sedih.
    bulan ramadan
    sama2 melayu..

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr. Brahim

    Inilah padahnya bila sengaja menyalakan api di bawah bontot!

    ReplyDelete
  3. Bang Harun, saya tengok klip video di youtube, nampak marah beno deme, tapi hilang sabo sampey memaki hamun MB, macam tak beradab..


    Apa ni? kita sama-sama Islam, bulan Ramadhan lak tu. Jagalah perangai supaya tak sia-sia puasa.

    Kawan yang dok Seksyen 19 kata, takde apa pun, kat tempat dia aman jer..

    ReplyDelete
  4. Pakdin,

    Bila api bawah bontot makin membeso, padahnya tentu lebih buruk.

    Saya doakan Malaysia ni aman, itu harapan saya. Rasanya Pakdin pun begitu jugak..

    Selamat berwitir...

    ReplyDelete
  5. Wilda, banyak yang suka mencetuskan api perkauman, menyebabkan suasana tak menentu.


    Memang kita patut bimbang, sebab ia menjejaskan keamanan..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...