Tuesday, March 30, 2010

Ilmu Khayal Lillah

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisahnya, Tun Jana Khatib, seorang lelaki yang mempunyai ilmu khayal lillah, telah menunjukkan bakatnya di tempat yang salah, pada masa yang salah. Dia menggunakan kuasa batinnya sehingga menyebabkan pokok berhampiran istana raja telah terbelah. Perbuatannya disaksikan oleh permaisuri secara tidak sengaja, lalu mendapat pujian daripada baginda.
Akibat tindakannya yang dianggap menunjuk-nunjuk, Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh. Badan dan kepalanya dipisahkan; satu di Singgora manakala satu lagi di Langkawi.

Tindakan zalim pemerintah Singapura bagaimanapun mendapat balasan, apabila Singapura dilanggar todak. Dipendekkan cerita, akal seorang budak yang mencadangkan agar batang pisang disusun sepanjang pantai untuk menghalang serangan todak telah diterima. 

Ironinya, idea budak itu membawa akibat buruk kepada dirinya apabila raja menghukumnya kerana dibimbangi akan merampas kuasa jika dewasa kelak.

Moralnya ialah, pemerintah seharusnya melihat kebijaksanaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh rakyat sebagai satu aset, bukannya mencemburui apa yang mereka miliki.

Begitulah juga, sikap terbuka guru amat diperlukan apabila berdepan dengan pelajar pintar. Kadangkala, pandangan pelajar lebih kritis dan kreatif. Tetapi jika menyimpang sedikit daripada norma biasa, di situlah peranan guru mendidik dan mengasuh untuk memastikan mereka kekal dapat menyumbang sesuatu untuk kebaikan masyarakat.

p/s: Saya tidak rasa yakin dengan ilmu khayal lillah "Dr." Azizan Osman, yang melihat tarikh lahir untuk merungkai masa depan manusia... Anda bagaimana?

3 comments:

  1. Menarik!!!pertama kali dengar ilmu tu!hehe...erm,saya pun agak buta sejarah.jadi blog abg mmg banyak beri manfaat kpd saya.Jazakallah~ =)

    ReplyDelete
  2. ilmu apa tu? adakah maksudnya kebijaksanaan yang tinggi melebihi kemampuan iq manusia biasa? mengenai merungkai future manusia melalui tarikh lahir.... ini macam kajian perilaku kot... tapi saya tak penah hadiri kursusnya itu. wbgmanapun, kalau orang kata saya ni tarikh lahir (nombor 1) supposedly jadi orang berjaya bla bla bla... in the end, usahanya atas diri saya juga. tidak dapatlah tafsiran tarikh lahir itu menolong saya

    Cikgu brahim pecaya tak kepada orang yang boleh baca peribadi hanya melalui melihat kepada paras rupa sahaja?

    ReplyDelete
  3. pelik ilmu ini saya akn usha membuat kajian lanjut tun jana khatib tq admin informasinya. siapa jana khatib akan saya cuba kaji dalam sulalatus salatin

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan