Thursday, April 7, 2011

Kisah Atendan Pam Bujang Tua

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Aku sering mengisi minyak kenderaan di sebuah stesen minyak berdekatan. Kali pertama menemuinya, aku pasti, dia adalah Pozi, rakan sekampung yang sudah menginjak 40 tahun.

Kami pernah sama-sama mengikuti perkhemahan sekolah rendah. Kami sama-sama di'halau' oleh Kem Komandan atas sebab tidak layak mengikuti perkhemahan tersebut. Mengingati kisah tersebut, kami ketawa bersama. Kenangan itu kami simpan sebagai tanda kami pernah melalui pengalaman pahit.

Dia kini agak botak, raut wajahnya menampakkan kesusahan hidup. Wajahnya kusam, berkerut di sana sini. Kulit tangannya keras membuktikan banyak kerja berat yang dibuatnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Dia tidak punya apa-apa untuk dia banggakan.Tiada isteri, anak atau harta. Masih menumpang emak. Emaknya pula tinggal bersama ayah tirinya. Selalu dia meluahkan kisah malangnya apabila kami bertemu di stesen ini. Aku pula senang menjadi pendengar keluhannya.
"Kau ada kereta, aku tak ada apa pun." katanya.
"Jangan melihat kereta sebagai ukuran. Kereta dah jadi keperluan sekarang ni."
Tapi, tengoklah kau," katanya lagi.
"Kau ada kerja. Jadi cikgu. Kau dihormati. Anak murid kau ramai. Jumpa di mana-mana pun, kau dikenali."
Dia diam sambil merenung pelanggan yang datang dan pergi dari stesen minyak.
"Besar kedudukan, besarlah tanggungjawab dan harapan masyarakat." perlahan aku menyusun kata.
"Kau masih ada sesuatu untuk dibanggakan,"
"Ada? Apa yang aku ada? Kerja atendan pam minyak, setaraf Bangladesh yang datang cari rezeki di sini," katanya merenung jauh.
Aku menanti dia meluahkan rasa terbuku di hatinya. 
"Kau masih ada maruah, harga diri. Kau tak meminta-minta. Kau bukan perompak. Kau ada kerja halal."
Dia senyum kelat sambil matanya terpaku ke arahku.
Entah apa makna senyumannya, hanya dia yang tahu.

2 comments:

  1. kalau selalu mendongak ke langit,mengkagumi bulan dan matahari boleh silau mata dan sakit urat leher, sesekali tunduk tgok rumput yg hijau di bawah telapak kaki, menyejukkan mata..Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  2. Hani, bila mengenang nasib rakan saya ini, saya bersyukur dengan usaha mak dan ayah dahulu.. Tapi ia tak membataskan hubungan saya dengan orang lain.. Kekadang saya pelik dengan manusia, semakin besar pangkat dan kedudukan, semakin sombong dan berlagak di hadapan masyarakat..
    Analogi tentang rumput tu suka saya membacanya.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...