Monday, October 8, 2012

Perceraian: Satu Pandangan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menjelaskan sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 dan 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 64,631 kes dicatatkan pada 2007 yang turut melibatkan tunggakan kes tahun-tahun sebelumnya, manakala sebanyak 10,668 kes dilaporkan tahun lalu.

Beliau turut berkata, daripada keseluruhan kes pada tahun lepas, Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,023 kes manakala catatan terendah ialah di Perlis iaitu 24 kes.

Menurut Mashitah, antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami.
‘‘Selain itu, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan,” 

Mashitah berkata, jumlah kes perceraian di negeri lain pada 2008 ialah Kedah sebanyak 1,561 kes, Kelantan (1,386), Selangor (1,138), Perak (1,081), Terengganu (881), Melaka (675), Sarawak (571), Pahang (524), Wilayah Persekutuan (380), Sabah (346) dan Negeri Sembilan (78).

Katanya, bagi menangani masalah membabitkan perceraian, kerajaan menubuhkan sulh di setiap mahkamah Syariah bagi menyelesaikan isu di peringkat awal sebaik saja difailkan di mahkamah.

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Timbala Menteri tersebut, kita wajar berasa bimbang dengan senario perceraian dalam institusi perkahwinan masyarakat Malaysia, khususnya elibatkan pasangan Muslim. Walaupun cerai itu halal di dalam Islam tetapi sesuatu yang dibenci Allah. 
 
Kita harus lihat bagaimana generasi terdahulu membina kepercayaan dan kerukunan rumah tangga sehingga bercerai mati. Dalam hal ini, toleransi dan keikhlasan hubungan suami isteri harus disuburkan apabila usia perkahwinan semakin lama. Ibarat peribahasa, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, kita harus memahami tanggungjawab masing-masing agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia.

Maka berfikirlah dengan akal yang waras bukan dengan perasaan yang marah apabila masalah melanda dalam rumah tangga.

Saya doakan anda dan pasangan juga sentiasa dirahmati Allah dan jodoh pasangan yang membaca artikel saya ini berkekalan hingga akhir hayat. AMIN....

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...