Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Sistem sekolah satu sesi atau persekolahan sebelah pagi, merupakan hasrat Kementerian Pendidikan yang dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2017.
Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang
masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Antara kekangan melaksanakan sekolah satu sesi adalah keperluan menambah bilangan bilik darjah dan mengatasi masalah
kekurangan guru. (SINAR; 10 Oktober 2012)
Banyak kebaikan daripada pelaksanaan sekolah satu sesi. Antaranya, tempoh masa boleh dilanjutkan dengan menambah satu atau dua jam
untuk mata pelajaran Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris. Perbelanjaan pengurusan sekolah juga lebih jimat kerana semua pelajar dan guru berada di sekolah pada satu sesi.
Di samping itu, sesi pembelajaran dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang memberikan
masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan
guru. Dari sudut psikologi pendidikan, pembelajaran sebelah pagi lebih memberi keselesaan
kepada pelajar kerana cuaca dan persekitaran pada waktu pagi lebih
nyaman dan mengurangkan rasa mengantuk. Justeru, pelajar dapat memberikan
tumpuan kepada pembelajaran dan seterusnya memberi kesan yang lebih
baik.
Sekolah satu sesi juga memberikan peluang yang
lebih selesa kepada sekolah untuk mengadakan kegiatan kokurikulum.
Kegiatan kokurikulum boleh diadakan pada waktu petang dengan lebih mudah
untuk mendapatkan bilik kegiatan serta tiada gangguan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 juga mensasarkan pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi
sepenuhnya sekiranya mendapat peruntukan yang besar.
Kendatipun kerajaan melakarkan hasrat yang baik, langkah untuk mewujudkan sekolah satu sesi
memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Kerajaan perlu mendirikan bangunan
bilik darjah yang lebih banyak dan kawasan yang
lebih luas diperlukan untuk tujuan terebut. Keaadaan ini sukar untuk dilaksanakan
di kawasan bandar kerana kawasan agak terhad, dan kos pembinaannya lebih mahal.
Saya yakin dan percaya, usaha ini dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila kita mempunyai kemampuan kewangan yang stabil. Insya-Allah, sekolah satu sesi akan dapat dilaksanakan.
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TUN DAIM YANG DERMAWAN
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
Tak guna gak kalau tempoh pelajaran disekolah jadi panjang kalau kualiti guru masih ditakuk lama...kita hanya meningkatkan kuantiti jam disekolah bukannya kualiti....sebab tuh lah pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan kerana pelajar cuba cari jalan keluar terhadap masalah ni....Kualiti guru subjek kritikal math,b.Inggeris,fizik,kimia dan sebagainya adalah meragukan....Kalau kualiti tenaga pengajar tak ditingkatkan, sekolah satu sesi ini sebenarnya akan memerangkap pelajar n menjerumuskan mereka ke dalam masalah yang lebih besar lagi.....keadaan sekarang tak ubah macam tikus membaiki labu makin teruk je jadinya, sakit kepala tapi bagi ubat sakit lutut....Terlalu nak ikut model negara luar tanpa melihat secara terperinci kemampuan n kualiti guru2 kita dulu...umpama ada kete nak upgrade enjin jadi laju macam kete kawan kite tapi tayar pancit tak diganti....Model2 negara2 lain yg dah berjaya wajar dicontohi tapi problem di Malaysia nih ialah persoalan2 paling mendasar/asas pon tak diatasi dulu tapi ada hati nak wat itu ini....macam budak2 nak lari tapi merangkak pon failed lagi....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete